Thursday, January 29, 2009

Siapa kata memulakan perniagaan tiada kos ?


Anda terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi pada masa yang sama anda ingin menjimatkan kos memulakan perniagaan serta menjimatkan kos bulanan maintenance pejabat.

Kos memulakan perniagaan dari rumah memanglah hampir tiada tetapi majoriti pelanggan di bidang perkhidmatan mahupun produk lebih senang berbicara bila mengetahui anda mempunyai peniagaan di alamat yang boleh diterimapakai kecuali anda menjalankan perniagaan menjual produk melalui internet ataupun MLM.

Kebanyakan pelanggan di Malaysia mengukur "kejayaan" seseorang di bidang perniagaan berdasarkan pada kereta jenis apa yang anda bawa atau pun di mana lokasi anda berniaga.

Jika anda berkereta berjenama dan besar maka anda mendapat extra point sebelum anda boleh berurusniaga dengan mereka.

Jika anda berkereta kecil dan jenama biasa maka mereka ini lebih skeptikal di atas kemampuan anda untuk memberi perkhidmatan atau membeli produk anda kerana takut anda tidak berupaya dari segi kewangan.


Perbelanjaan Bulanan Perniagaan

KOS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Pejabat Sendiri

RM

Rumah

RM

Pejabat ( Deposit, 1st month Sewa)

2,400

0

Deposit (Electricity & Water)

1,200

0

Ubaisuai Pejabat

8,000

0

Perabut Pejabat & Perkakas

5,000

0

Minimum Kos

16,600

0



KOS BULANAN PERNIAGAAN

Pejabat Sendiri

RM

Rumah

RM

Office Rental

1,200

0

Admin Clerk (EPF, SOCSO etc)

1,300

0

Utilities (TNB, Syabas, Indah Water, Telekom, Internet line , Parking etc)

800

400

Minimum Kos

3,200

400



Pengiraan di atas berdasarkan pada sewa bilik pejabat keluasan 20' x 70' di tingkat 2 / tingkat 3.
Kos renovation termasuk 1 bilik bos & 1 bilik meeting & 3 unit air-conditioners.
Kos perabut termasuk perabut bilik bos, perabut kerani / kerani akaun & perabut mesyuarat.
Sewa pejabat adalah RM1200 sebulan.

Siapa kata memulakan perniagaan tiada kos ?

Walaupun memulakan perniagaan di rumah kos paling minimum pun adalah RM400 sebulan. Jika dimasukkan bil elektrik, bil air dan bil telefon rumah dalam business expenses maka kos bulanan tentu akan meningkat.
Kos di atas belum termasuk lagi kos bil handphone & kos entertainment umpamanya belanja client makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam (jika appointment waktu malam).

Adakah cara lain yang dapat membantu mengurangkan kos perniagaan?






Tuesday, January 20, 2009

Solat Dari Perspektif Sains


Orang Islam wajib mengerjakan solat lima kali sehari semalam disamping digalakkan melakukan solat sunat terutamanya solat tahajud pada waktu malam.

Kita hanya mengerjakan solat atas hukum wajib tetapi kita kurang ambil tahu apakah kebaikan solat dari sudut kacamata sains.

Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?

Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?

Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif sains ?

Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.


Adakah mana-mana institusi-institusi di Malaysia atau di dunia yang telah mengadakan kajian saintifik terhadap solat ?

Ya. Kajian saintifik terhadap solat
telah dijalankan oleh sekumpulan para penyelidik dari Universiti Malaya di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan. Hasil kajian mereka telah dibukukan dan berada di pasaran sekarang. Buku tersebut boleh didapati samada dalam versi Bahasa Malaysia atau English.





Apakah kesan kajian saintifik yang diambil kira selain dari kesan fizikal dan mental terhadap mereka yang mengamalkan solat ?

Para penyelidik dari Universiti Malaya membuat kajian saintifik mengenai kesan pergerakkan solat terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular (jantung), sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otot dan disfungsi ereksi (mati pucuk) dan hasil kajian saintifik mereka amat mengagumkan.

Apakah yang boleh disimpulkan secara ringkas ?

Secara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-

a. Komposisi Badan

Kajian Pertama
  • solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
  • tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
  • tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
Kajian Kedua

b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)



Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

c. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.




d. Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.


e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)




Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.