Friday, September 7, 2012

Bila CEO RyanAir panggil pelanggan "BODOH"..




RyanAir adalah sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah seperti Air Asia yang berpusat di Ireland.

Baru baru ini 5 orang keluarga McLeod menempah penerbangan balik dengan RyanAir dari Spain ke Britain.

Mereka membeli tiket penerbangan melalui "online" tetapi mungkin terlupa untuk mencetak "boarding passes"
untuk kelima-lima ahli keluarga mereka.

Akibatnya ketika "check-in" mereka dipaksa membayar sebanyak $380 oleh syarikat penerbangan RyanAir hanya untuk mencetak kelima-lima boarding passess tersebut.

Keluarga McLeod tidak berpuas hati lalu meluahkan segala-galanya di Facebook.

Akibatnya ramailah yang menghentam balik RyanAir kerana kos sebenar mencetak boarding passess menurut mereka tidaklah sampai $0.05 sehelai.

Menurut CEO RyanAir apabila membuat kenyaatan balas .. Keluarga McLeod harus didenda 60Euro kerana bersikap bodoh kerana tidak berusaha di tempat lain seperti internet cafe ataupun berusaha mencetak boarding passess di hotel tempat mereka menginap di Spain sebelum check-in.

Apakah yang boleh kita belajar dari peristiwa di atas?

Pada pemberi perkhidmatan-
a. Jangan sekali panggil clients kita bodoh.
b. Luahkan perasaan anda mengenai clients anda di Facebook atau social media yang lain tanpa merujuk pada mereka
c. Senyumlah ajelah bila clients berhangin dgn kita kerana itu sudah lumrah
d. Rujuklah kembali pada terma & syarat ketika pembelian dilakukan

Pada pelanggan :-
a. Anda menaiki penerbangan murah.. jadi berusahalah ikut segala peraturan mereka tanpa sebarang argument.
b. Jika anda beli produk pada harga murah dan perkhidmatan harga yang paling minimam usahlah anda beranggapan serbis seperti 8 bintang.
c. Jika anda beli Kancil, usahlah anggap servis maintenance seperti BMW..