Sunday, October 21, 2012

Mesin Pemerosesan Makanan


Anda mempunyai resipi makanan tersendiri dan resipi anda mempunyai potensi untuk dimajukan kehadapan, apa kata anda memulakan dengan bisnes yang anda sendiri ada mempunyai kemahiran.

Anda boleh mulakan dengan menjual contohnya karipap anda yang isi, rasa dan rupa tidak ubah seperti karipap di IKEA.  Jika anda duduk di depan kaunter jualan makanan di IKEA, anda boleh kira secara rambang bertapa banyak jualan karipap mereka dalam masa satu hari apatah lagi di hujung minggu. 

Anda dicadangkan memulakan jualan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat anda. Jika anda malu , anda berilah contoh percuma pada mereka dan minta pendapat mereka terlebih dahulu.

Anggaplah komentar, ulasan dan pendapat mereka adalah untuk memperbaiki produk anda. Tidak dinafikan akan ada yang begitu negatif dan memberi komen yang menyakitkan hati anda tetapi itu adalah sebahagian dari kehidupan dalam alam perniagaan.

Mungkin anda terfikir, menjual karipap masalah utama adalah dalam kelipan karipap itu sendiri. Tetapi tahukah anda sudah pun ada mesin yang bekeupayaan membuat kelipan karipap begitu cepat..

Lihat video di bawah ini..



Jika anda ingin melihat mesin mesin makanan yang lain, anda boleh ke salah satu website yang menjual khusus barang-barang keperluan mempercepatkan prosesan makanan.. Dari masa ke semasa saya akan cuba update list mereka yang menjual produk yang sama.

a. http://www.rcmesinmakanan.com yang bertempat di Batu Caves, Selangor DE..



Friday, September 7, 2012

Bila CEO RyanAir panggil pelanggan "BODOH"..




RyanAir adalah sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah seperti Air Asia yang berpusat di Ireland.

Baru baru ini 5 orang keluarga McLeod menempah penerbangan balik dengan RyanAir dari Spain ke Britain.

Mereka membeli tiket penerbangan melalui "online" tetapi mungkin terlupa untuk mencetak "boarding passes"
untuk kelima-lima ahli keluarga mereka.

Akibatnya ketika "check-in" mereka dipaksa membayar sebanyak $380 oleh syarikat penerbangan RyanAir hanya untuk mencetak kelima-lima boarding passess tersebut.

Keluarga McLeod tidak berpuas hati lalu meluahkan segala-galanya di Facebook.

Akibatnya ramailah yang menghentam balik RyanAir kerana kos sebenar mencetak boarding passess menurut mereka tidaklah sampai $0.05 sehelai.

Menurut CEO RyanAir apabila membuat kenyaatan balas .. Keluarga McLeod harus didenda 60Euro kerana bersikap bodoh kerana tidak berusaha di tempat lain seperti internet cafe ataupun berusaha mencetak boarding passess di hotel tempat mereka menginap di Spain sebelum check-in.

Apakah yang boleh kita belajar dari peristiwa di atas?

Pada pemberi perkhidmatan-
a. Jangan sekali panggil clients kita bodoh.
b. Luahkan perasaan anda mengenai clients anda di Facebook atau social media yang lain tanpa merujuk pada mereka
c. Senyumlah ajelah bila clients berhangin dgn kita kerana itu sudah lumrah
d. Rujuklah kembali pada terma & syarat ketika pembelian dilakukan

Pada pelanggan :-
a. Anda menaiki penerbangan murah.. jadi berusahalah ikut segala peraturan mereka tanpa sebarang argument.
b. Jika anda beli produk pada harga murah dan perkhidmatan harga yang paling minimam usahlah anda beranggapan serbis seperti 8 bintang.
c. Jika anda beli Kancil, usahlah anggap servis maintenance seperti BMW..


Saturday, August 25, 2012

Bisnes Baju Kurung

Bisnes Baju Kurung atau pakaian khusus untuk wanita Melayu nampaknya satu peluang perniagaan yang harus dimonopoli oleh usahawan orang-orang Melayu itu sendiri.


Lihat saja di gedung gedung pasaraya samada di Carrefour, Tesco, Giant ataupun di pusat membeli belah yang terdapat di seluruh Malaysia.

Memang tidak dinafikan deretan demi deretan peniaga-peniaga menjual baju-baju Melayu khusus untuk kegunaan Melayu samada lelaki mahupun wanita ataupun kanak-kanak.

Tidak pula dinafikan kebanyakan pekerja-pekerja mereka adalah dari keturunan Melayu samada dari Malaysia mahupun dari Indonesia.

Tetapi kita perhatikan baik baik siapakah pula pemilik deretan peniaga-peniaga baju-baju Melayu tersebut?

Majoriti peniaga-peniaga yang menjual baju Melayu adalah samada dari keturunan Pakistan ataupun Bangladesh.

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Mungkin salah satu sebab utama adalah dari segi kos permulaan memulakan bisnes di gedung-gedung pasaraya.

Peniaga dari Pakistan ini kemungkinan besar tiada masalah kewangan membayar deposit sewaan ataupun membayar sewaan di gedung-gedung besar samada di Carrefour, Giant mahupun Tesco.

Apabila ramainya peniaga dari Pakistan berebut-rebut mendapatkan ruang perniagaan di gedung-gedung pasaraya ini, tidak dinafikan pula, pihak pengurusan pasaraya akan menaikkan sewaan tapak perniagaan di premis mereka.

Ianya ibarat graf supply dan demand. Apabila demand terlalu tinggi dan supply berkurangan secara otomatik harga akan naik mendadak.

Apatah lagi apabila membeli baju-baju kurung dalam jumlah kuantiti yang besar samada dari kilang-kilang mahupun dari peniaga-peniaga kecil yang lain.

Memandangkan mereka punyai kewangan yang besar, mereka boleh membeli pada harga rendah dan membayar segala urusan bisnes mereka secara tunai.

Jika anda adalah seorang pengilang yang menghasilkan baju kurung, anda pun akan memilih pembeli yang membeli pada kuantiti yang besar dengan bayaran tunai kerana anda juga memerlukan wang untuk putaran atau pusingan modal perniagaan anda.

Adakah peniaga Melayu kurang modal atau aliran wang tunai yang menyebabkan mereka tidak berpeluang berniaga di gedung-gedung pasaraya di negara sendiri dan menjual pula pada bangsa sendiri?

Ataupun pembeli pembeli berbangsa Melayu ini lebih selesa membeli baju pakaian harian mereka dari bangsa lain memandangkan orang-orang Melayu mempunyai pandangan negatif terhadap peniaga Melayu terutama sekali dari segi harga...


Thursday, February 2, 2012

Ingin Berbisnes Sendiri? - Persediaan Siri 2

Anda ingin berbisnes sendiri?
Jika anda sudah berumah tangga & sudah pun mempunyai anak-anak adalah baiknya anda berbincang terlebih dahulu dengan isteri anda mengenai pelan anda..
Anda harus ketahui bahawa bisnes sendiri ibarat roller coaster.. ada kalanya anda berada di atas dan ada kalanya anda berada di bawah sekali.. 




Ianya tidak semudah seperti yang anda sangka sebelum ini.
Anda lihat kekawan anda berjaya dalam bisnes mereka, jadi anda pun ingin menjadi seperti mereka..
Tetapi tahukah anda apakah perjalanan yang sudah mereka lalui?
Jika anda menaiki roller coaster dan berada di tahap yang paling tinggi, semuanya indah belaka.. sudah tentu isteri dan keluarga anda senyum girang..


Tetapi jika roller coaster anda berada di tahap bawah sekali, sudikah isteri anda berdamping dengan anda dengan senyuman yang girang jua?


Saya sudah banyak saksikan isteri tidak sanggup berdamping dengan si suami apabila bisnes si suami merudum tidak disangka-sangka.. 
Ada juga si isteri yang terus meminta cerai..
Ada juga si isteri yang terus bermasam muka ..
Jika anda seorang yang bujang, anda mungkin tidak mempunyai masalah seperti mereka yang sudah berumahtangga..
Kecualilah jika anda mahu berbisnes sendiri tetapi anda sudah pun menjumpai lubuk emas yang mana anda dan keluarga anda tidak habis makan sehingga 8 keturunan..


Tetapi terpulang pada anda untuk berbincang dan bercerita panjang dengan pasangan masing-masing.. 
Saya pasti perbincangan nanti akan membawa berkat di dalam kehidupan anda..


Sunday, January 29, 2012

Intai Peluang Bisnes Projek KVMRT - Siri 2

Apakah dia KVMRT ?
KVMRT adalah singkatan untuk Klang Valley Mass Rapid Transit.
Untuk mengetahui apakah itu Mass Rapid Transit sila Ke POST sebelum ini.
Ianya adalah pembinaan sistem keretapi baru selain dari LRT, Monorail dan KTM Komuter yang bernilai hampir RM50,000,000,000.00 ( RM 50 Billion)..


Laluan KVMRT
Maklumat mengenai laluan KVMRT dan infrastruktur KVMRT boleh anda lihat seperti gambarajah di atas.


Siapakah yang mengurus projek KVMRT ini?
Syarikat Prasana Negara Bhd dibawah milik Kementerian Kewangan Malaysia telah pun dilantik sebagai projek KVMRT mewakili Kerajaan Malaysia.


Siapakah pula yang akan menjadi pemilik dan pengendali KVMRT ini kelak?
Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) juga telah dilantik sebagai empunya KVMRT memandangkan Syarikat Prasarana Negara Sdn Bhd mempunyai pengalaman dalam pengendalian LRT dan Monorail disamping memudahkan mengintegrasi pengangkutan keretapi kelak.
SPNB juga buat masa sekarang mengawal selia projek keretapi penyambungan LRT seperti berikut :-
a. Kelana Jaya LRT Extension line
b. Ampang LRT Extension line


Siapakah pula Project Management Consultant (PMC) untuk projek KVMRT?
Untuk projek KVMRT ini panggilan Project Management Consultant (PMC) telah ditukar kepada PDP iaitu  Project Delivery Partner
Panggilan PDP adalah yang unggul kali digunakan di Malaysia.
Walaubagaimanapun fungsi PDP boleh dibahagi kepada 2 bahagian utama
a. Sebagai Pengurus Projek mewakili SPNB bagi memastikan projek KVMRT ini siap dengan sempurnanya mengikuti tarikh siap yang telah ditetapkan oleh kerajaan disamping memastikan pembinaannya mengikut piawaian yang telah ditentukan disamping memastikan kos pembinaan tidak meningkat melebihi apa yang telah ditetapkan sebelum ini.
b. PDP juga bertanggungjawab mengeluarkan tender, mengevaluasi tender dan menganugerahkan kontrak.


Beza ketara antara PDP dan PMC
Jika berlakunya kelewatan dalam pembinaan KVMRT ini dari segi teknikal dan kewangan adalah difahamkan PDP ini bertanggungjawab penuh. 
Kemungkinan besar maksud utamanya Variation Order  tidak dibenarkan sama sekali.
Kemungkinan juga PDP ini boleh dikenakan penalti jika 
a. tidak dapat menyempurnakan projek KVMRT mengikut masa yang ditetapkan
b. kos asal tidak dapat menampung untuk menyempurnakan projek KVMRT sepenuhnya.
Itulah beza agaknya antara PDP dan PMC.
Tetapi harus diingat 
a. tiada projek keretapi di dunia disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
b. tiada juga projek keretapi yang menetapi kos kewangan yang dirancang.
Hampir 99.99% projek keretapi di Malaysia  mengalami kelewatan kekadang antara  2 tahun - 10 tahun.
Contoh:-
a. KTMB Komuter Klang Valley - kelewatan dan kos yang lari dari tempuh masa
b. Rawang ke Ipoh - juga mengalami kelewatan sehingga beberapa tahun
c. Ipoh - Padang Besar -  tarikh siap ditolak ke hadapan
d. Seremban - Gemas - juga melihatkan kelewatan


Dengan magnitud projek KVMRT terutama sekali pembinaan infrastruktur yang melibatkan tanah awam dan pembinaan terowong  yang panjangnya hampir mencecah 10km di bawah tanah ,  faktor cuaca,  faktor keadaan tanah bawah tanah dan faktor pengambilalihan tanah akan menjadi faktor utama punca kelewatan pembinaan sivil dan infrastruktur KVMRT.


Faktor pengujian dan mengujilari Sistem Keretapi yang utama terutama railway signalling dan komunikasi juga berkemungkinan akan mengalami gangguan yang tidak diduga di saat akhir jika sekiranya sistem-sistem ini dicampuraduk seperti Rojak Mamak.


Siapakah yang telah dilantik sebagai PDP?
MMC-Gamuda Konsortium.
Kalau mengikut keratan akhbar sebelum ini sehingga 10% dari harga pembinaan KVMRT ini telah diperuntukkan sebagai pembayaran yuran PDP.


Kenapa MMC-Gamuda Konsortium?




Kemungkinan besar berdasarkan kepada pengalaman MMC-Gamuda Konsortium sebagai :-a. Pengurus dan Kontraktor Utama Projek Landasan Berkembar KTMB dari Ipoh ke Padang Besar
b. Kemungkinan jua pembinaan Landasan Berkembar KTMB dari Gemas ke Johor Bahru di bawah Konsortium dari negara China.


Conflict of Interest untuk MMC-Gamuda Konsortium sebagai PDP dan juga bakal kontraktor KVMRT?
Perlantikan MMC-Gamuda Konsortium sebagai PDP tidak membenarkan mereka terlibat sama sekali dalam mana-mana tender KVMRT kecuali "tunnelling".
Itu pun dibenarkan jika harga MMC-Gamuda Konsortium adalah yang terendah sekali ataupun MMC-Gamuda Konsortium boleh memberi harga yang lebih rendah dari harga tender yang terendah sekali.




Untuk makluman MMC-Gamuda Konsortium juga terlibat dalam "tunnelling" untuk Projek SMART Tunnel sebelum ini yang mana mereka juga adalah kontraktor utama.


Walaubagaimanapun adalah tidak sukar untuk MMC ataupun Gamuda terlibat sama dalam proses tendering pembinaan KVMRT ini.


Ianya boleh dilakukan samada menerusi anak syarikat mereka yang lain atau pun melalui syarikat lain yang tidak secara langsung mereka sendiri mempunyai kepentingan.


Siapakah dia MMC-Gamuda Konsortium ini?
Secara amnya jika tidak silap (kalau silap bacalah sebagai hiburan)
Orang di belakang tabir MMC & Gamuda
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Dato' Lin Yun Ling
Datok Lin Yun Ling
Intai Peluang Bisnes Projek KVMRT - Siri 3 akan membincangkan mengenai sivil, infrastruktur dan sistem keretapi yang dijangka akan digunapakai....





























Saturday, January 28, 2012

Intai Peluang Bisnes Projek KVMRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 1

Secara amnya "rail tansit" atau perkhidmatan keretapi boleh dikategorikan seperti berikut :-
Tram atau Rail-Guided Bus
Tram atau Rail-Guided Bus adalah ibarat sebuah bas yang tidak mempunyai tayar, sebaliknya dipasang pula dengan roda keretapi. 




Ianya bergerak di atas landasan keretapi yang dibina dan ditanam disepanjang jalanraya yang terdapat di bandar-bandar besar seperti bandaraya Toronto di Canada dan juga bandaraya San Francisco di USA. Amnya, 
Tram dan kenderaan yang lain seperti kereta, bas dan lori berkongsi laluan jalanraya yang sama tetapi keutamaan harus diberi pada Tram.
Tram bergerak seperti bas yang telah ditetapkan laluan perjalanan dan kerap berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 


Light Rail
Light Rail adalah "upgraded version" Tram atau Rail-Guided Bus. Ianya berjalan lebih laju dan boleh membawa lebih ramai penumpang pada suatu masa memandangkan gerabak keretapi Light Rail ini boleh disambung-sambung sehingga 3 atau 4 gerabak pada satu masa.
Light Rail pula mempunyai landasan berkembar khusus dan boleh dibina samada "elevated" mahupun "underground".
Ianya dibina khusus untuk perjalanan dalam kawasan bandar sahaja.
Di Malaysia Light Rail boleh dilihat di Putra LRT dan STAR LRT.

PUTRA LRT

STAR LRT

Rapid Transit
Rapid Transit pula seperti LRT tetapi ianya lebih laju dari LRT dan berkeupayaan untuk membawa lebih ramai penumpang berbanding dengan Light Rail. Ianya boleh dilihat di kebanyakan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

MRT Taiwan
Ianya juga bergerak di atas landasan berkembar yang khusus dibina seperti LRT Rail. Walaubagaimanapun ianya direka khusus untuk bergerak menyambung antara dari sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain berbanding dengan LRT Transit yang dibina khusus dalam sesebuah bandar sahaja.
Contoh  laluan Rapid Transit boleh dilihat dengan jelas pada peta laluan Rapid Transit Singapura yang mana ianya mempunyai perancangan di masa hadapan untuk memperluaskan Rapid Transit Singapura ke Johor Baharu dan di sekitar bandar Johor Bahru.
Betul atau Tidak atau hanya Imaginasi?


Monorail
Monorail juga seperti Light Rail tetapi yang bezanya ianya tidak mempunyai landasan keretapi sebaliknya bergerak atas "beam" yang dibina untuk tujuan memberi arah pada keretapi Monorail dan disambung dari satu stesen ke stesen yang lain.


Ianya boleh dilihat dengan mudah pada KL Monorail..
KL Monorail
Moscow Monorail 
Other Mode of Rail
Ianya lebih kurang sama dengan Rapid Transit  tapi bezanya kebanyakan landasan berkembar keretapi ini di bina pada laluan yang lurus untuk membolehkannya beroperasi antara 80km/j hingga 300 km/j bergantung pada sistem keretapi yang dipasang.
Pada kebiasaannya ianya dibina untuk memendekkan jarang perjalanan dari suatu negeri ke negeri yang lain atau pun dari satu negara ke negara yang lain


Ianya boleh dikategorikan kepada
a. Commuter Rail
b. Regional Rail
c. Intercity Rail
d. High-Speed Rail


KTMB Komuter  beroperasi sebagai Commuter Rail, Regonal Rail dan Intercity Rail
China's High Speed Rail yang berkeupayaan bergerak 380km/j
Elevated Mecca Metro
Intai Peluang Bisnes Projek MRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 1 lebih menumpukan pada jenis jenis keretapi yang terdapat di dunia dan apakah perhubungan jenis keretapi ini antara satu sama lain.
Ini memandangkan di Malaysia terdapat lebih dari 1 jenis sistem pengangkutan keretapi iaitu :-
a. KTM Komuter
b. Monorail
c. LRT Putra dan STAR


Intai Peluang Bisnes Projek MRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 2 akan membincang lebih lanjut mengenai Klang Valley Mass Rapid Transit  yang sekarang di dalam proses pembinaan.


Nantikan pembikinan Siri 2... 



Thursday, January 26, 2012

Intai Peluang Perniagaan Lebuhraya Pantai Barat

West Coast Exrpessway Sdn Bhd  telah dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk pembinaan lebuhraya baru dari Lebuhraya Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak.


Panjang lebuhraya dari Banting ke Taiping adalah sejauh 316 km dengan laluan bertol adalah sejumlah 224 km dan selebihnya laluan tidak bertol.


Pembinaan lebuhraya ini adalah berdasarkan kepada BOT konsep iaitu Build, Operate and Transfer yang mana rekacipta dan pembinaan lebuhraya termasuk operasi sepanjang  lebuhraya ini adalah hak milik West Coast Expressway Sdn Bhd. Diakhir operasi period ini, lebih kurang 60 tahun, lebuhraya ini akan dipindahmilik kepada Kerajaan Malaysia.


Anggaran pembinaan lebuhraya ini adalah sebanyak RM 7,000,000,000.00 (RM 7 Billion)


Untuk makluman West Coast  Expressway Sdn Bhd adalah anak syarikat  62.4% milik Kumpulan Europlus Sdn Bhd.
Adalah dijangkakan segala urusan rekacipta lebuhraya ini termasuk pembinaan sivil , pembinaan infrastruktur, pemasangan sistem lebuhraya termasuk toll, sistem keselamatan, sistem perhubungan dan yang berkaitan akan disempurnakan oleh Kumpulan Europlus Sdn Bhd.


Maklumat korporat Kumpulan Europlus Sdn Bhd adalah seperti berikut :-


Tan Sri Dato’ (Dr.) Ir. Chan Ah Chye @ Chan Chong YoonDato’ Abdul Hamid Bin Mustapha
(President/Chief Executive - Executive Director)(Chairman/Independent Non Executive Director)
Puan Sri Datin Thong Nyok ChooLoy Boon Chen
(Non Independent Non Executive Director)(Executive Director)
Datuk Oh Chong PengU Chin Wei
(Independent Non Executive Director)(Independent Non Executive Director)
Dato’ Goh Chye KoonChee Heng Tong
(Non Independent Non Executive Director)(Non Independent Non Executive Director)
Company Secretary
Raw Koon Beng
(MIA 8521)
Stock Exchange Listing
Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad
Audit Committee
Datuk Oh Chong Peng
Chairman
Dato’ Abdul Hamid Bin Mustapha
Member
U Chin Wei
Member
Principal Bankers
EON Bank Berhad
CIMB Bank Berhad
RHB Investment Bank Berhad
Auditors
Baker Tilly Monteiro Heng (AF0117)
22-1, Monteiro & Heng Chambers
Jalan Tun Sambanthan 3
50470 Kuala Lumpur
Tel No. : 03-2274 8988
Fax No.: 03-2260 1708
Share Registrar
Tricor Investor Services Sdn Bhd
Level 17, The Gardens North Tower
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Tel No. : 03 – 2264 3883
Fax No.: 03 – 2282 1886
Registered Office
Suite 2.05, Level 2, Menara Maxisegar
Jalan Pandan Indah 4/2
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur
Tel No. : 03 – 4296 2000
Fax No.: 03 – 4294 5072



Pengarah - Pengarah Kumpulan Europlus Sdn Bhd adalah seperti dibawah ini.


Dato’ Abdul Hamid Bin Mustapha •
Malaysian, aged 65, Chairman/Independent Non-Executive Director, joined the Board of Kumpulan Europlus Berhad (“KEURO”) on 27 October 2005 and was appointed as Chairman on 29 September 2009.
Dato’ Abdul Hamid is a member of the Audit Committee and also the Chairman of Nomination Committee and Remuneration Committee of KEURO. Dato’ Abdul Hamid also sits on the Board of Edaran Berhad, Online E-Club Malaysia Berhad and several other private companies.
Dato’ Abdul Hamid graduated with Bachelor of Arts from University of Malaya. He has served the Royal Malaysia Police Force in various capacities since 1971 until his retirement as the Commissioner of Police, Director of Public Order and Internal Security in 2002. He was appointed as a member of the Police Force Commission in Malaysia in May 2003 to May 2005.
Dato’ Abdul Hamid has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the Company. He has no convictions for offences within the past ten (10) years.
Tan Sri Dato’ (Dr.) Ir. Chan Ah Chye @ Chan Chong Yoon •
Malaysian, aged 65, President/Chief Executive, joined the Board of KEURO as Director on 1 March 2001 and was appointed as President/Chief Executive on 1 July 2003. Tan Sri Chan is the Chairman of the Executive Committee and a member of the Remuneration Committee of KEURO. He is also a Non-Independent Non-Executive Director of Trinity Corporation Berhad.
Tan Sri Chan graduated with a Bachelor Degree in Civil Engineering from the University of Malaya in 1970 and is a member of the Institution of Engineers, Malaysia since 1974 and was subsequently made a Fellow in 1984. Tan Sri Chan has over 40 years experience in the property and construction industry since Tan Sri Chan started his career with Messrs Binnie & Partners (M) Sdn Bhd and later joined Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor in 1971 as a Project Manager handling project designs, management and property development. Tan Sri Chan was awarded the prestigious “Property Man of the Year 1998” by Federation Internationale Des Professions Immobilieres (“FIABCI”) in recognition of his achievements in property development. Tan Sri Chan was conferred the Honorary Doctorate of Science (Engineering) by the University Malaya on 11 August 2003.
Tan Sri Chan is the spouse of Puan Sri Datin Thong Nyok Choo, who is also a Director of KEURO. Tan Sri Chan has no convictions for offences within the past ten (10) years.
Puan Sri Datin Thong Nyok Choo •
Malaysian, aged 66, Non-Independent Non-Executive Director, joined the Board of KEURO on 1 March 2001.
Puan Sri Thong graduated with a Bachelor of Arts (Hons) Degree in 1971 and a Diploma in Education in 1973 from the University of Malaya. Puan Sri Thong served as General Manager with Pembangunan Brisdale Sdn Bhd (“PB”), a property development company, from 1984 to 1989 and was appointed a Director of PB in March 1992. Puan Sri Thong is presently a director of several private limited companies.
Puan Sri Thong is the spouse of Tan Sri Dato’ (Dr) Ir Chan Ah Chye @ Chan Chong Yoon, who is the President/Chief Executive of KEURO. Puan Sri Thong has no conviction for offences within the past ten (10) years.
Datuk Oh Chong Peng •
Malaysian, aged 66, an Independent Non-Executive Director, joined the Board of KEURO on 28 September 2007. Datuk Oh is the Chairman of the Audit Committee and a member of Nomination Committee and Remuneration Committee.
Datuk Oh undertook his accountancy training in London and qualified as a Chartered Accountant in 1969. He is a Fellow of the Institute of Chartered Accountants, England and Wales. Datuk Oh joined Coopers & Lybrand in London in 1969 and in Malaysia in 1971. He was a partner of Coopers and Lybrand Malaysia from 1974 until his retirement in 1997.
Datuk Oh is currently the Chairman of Alliance Financial Group Berhad. He is also a Non-Executive Director of several public listed companies, such as British American Tobacco (Malaysia) Berhad, Dialog Group Berhad, IJM Corporation Berhad, IJM Plantations Berhad, Malayan Flour Mills Berhad and Ingenious Growth Berhad.
He is a Government appointed member of the Labuan Financial Services Authority (LFSA).
His past appointments include being a Government appointed Member of the Kuala Lumpur Stock Exchange (1990-1996), a Council member (1981-2002) and a past President (1994-1996) of the Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA).
Datuk Oh has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the Company. He has no convictions for offences within the past ten (10) years.
Dato Goh Chye Koon •
Malaysian, aged 62, Non-Independent Non-Executive Director, joined the Board of KEURO on 28 September 2007.
Dato’ Goh graduated with a Bachelor of Engineering (Honours) Degree from University of Malaya in 1973, and served as an engineer in the Ministry of Works for 11 years and was its Superintending Engineer prior to joining IJM Corporation Berhad (“IJM”) as Senior Engineer in 1984. He was promoted as General Manager (Central Region) in 1986 and was made Alternate Director on 25 July 1995 before assuming the position of Deputy Group Managing Director on 1 January 1997. He was redesignated Deputy Chief Executive Officer and Deputy Managing Director on 26 February 2004, and upon his retirement in June 2008, he remained as Executive Director of IJM for a year till June 2009. He is presently the Non-Executive Director of IJM.
He was a member of the Technical Resource Group on Human Resource of the National Productivity Corporation. (2003 – January 2010). He was the Chairman of the Building Industry Presidents’ Council and the President of the Master Builders Association Malaysia for session 2004/2006, and was its Deputy President for session 2002/2004, Vice President from 1990 to 2002 and Deputy Secretary General from 1998 to 1990. He was also a member of the Construction Industry Development Board, Malaysia (2004-2006), Construction Consultative Panel of the National Productivity Corporation (2003-2006) and Presidential Consultative Council of the Board of Engineers, Malaysia (2002-2004). He is presently an Advisory Peer Group (APG) member of the School of Science and Technology (SST), Wawasan Open University (March 2010).
Dato’ Goh has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the Company. He has no convictions for offences within the past ten (10) years.
Chee Heng Tong •
Malaysian, aged 70, Non-Independent Non-Executive Director, joined the Board of KEURO on 9 August 2004. He is a member of Executive Committee of KEURO.
Mr Chee graduated with a Bachelor of Arts (Hons) Degree in Economics from the University of Malaya. He joined Bank Negara Malaysia as an Economist in 1965 and served in various capacities, before being appointed as Manager of Bank Regulations Department in 1974. From 1980 to 1996, he was involved in senior management positions in several financial institutions in the country.
He was the Executive Director of Kampong Lanjut Tin Dredging Berhad, a property development company listed on the Main Board of Bursa Malaysia Securities Berhad, from 1990 to 1994.
He has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the company. He has no conviction for offences within the past ten (10) years.
Loy Boon Chen •
Malaysian, aged 59, Executive Director, joined the Board of KEURO on 28 September 2008. He is a member of Executive Committee of KEURO. He is also an Executive Director of Trinity Corporation Berhad.
Mr Loy Boon Chen holds a Master Degree in Business Administration from Golden Gate University, San Francisco, USA and is a Certified Public Accountant, Malaysia.
Mr Loy worked as an auditor for an international accounting firm for seven (7) years prior to joining Mudajaya Construction Sdn Bhd as Chief Accountant before being appointed Group Financial Controller of IJM Corporation Berhad in 1994. Mr Loy was appointed the Financial Director of IJM Corporation Berhad from 1998, and was the Head of the Finance & Accounts Department and Chairman of IJM Group Risk Management Committee up till the end of 2006. Thereafter, he was assigned to be in charge of special projects.
Mr Loy was member of the Accounting Standards Sub-Committee of the Federation of Public Listed Companies Berhad (1998-2006).
He was an Independent and Non-Executive Director of Guangdong Provincial Expressway Development Co. Limited, a company listed on the Shenzhen Stock Exchange, China for more than 10 years until his retirement in 2010.
He has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the Company. He has no convictions for offences within the past ten (10) years.
U Chin Wei •
Malaysian, aged 60, Independent Non-Executive Director of KEURO, joined the Board of KEURO on 1 July 2003. He is a member of the Audit Committee and Nomination Committee. He is also a Director of TA Enterprise Berhad.
Mr U is a Fellow of Institute of Chartered Accountants in England and Wales and a member of the Malaysian Institute of Accountants and carries with him a wealth of experience from international companies and local conglomerates. Before returning to Malaysia, he worked in the London office of Coopers & Lybrand Chartered Accountant (now known as PriceWaterhouse Coopers). His initial years of career were with Inchcape and YTL Group. He was with the MUI Group from 1980 to 1989 where he served as General Manager. He was appointed as an Executive Director of Pegi Malaysia Berhad for a year and he was subsequently appointed as an Executive Director of TA Enterprise Berhad, a position he held until October 1998. He was reappointed as an Independent Non-Executive Director from July 1999.
On 5 October 2009 he was appointed as an Independent Non-Executive Director of TA Global Berhad.
He has no family relationship with any other directors and/or major shareholders of the Company. There is no conflict of interest with the Company. He has no conviction for offences within the past ten (10) years.



Kesemua maklumat mengenai Kumpulan Europlus Sdn Bhd seperti di atas boleh anda dapati di laman sesawang mereka di http://www.keuro.com.my


Yang menariknya Kumpulan Europlus Sdn Bhd pula dimiliki sebanyak 25% oleh IJM Corporation.


Buat masa sekarang IJM adalah pemegang lebuhraya toll concession untuk lebuhraya yang berikut di Malaysia :-
a. Besraya Highway
b. New Pantai Highway
c. Lekas Highway
Pada masa yang sama juga IJM mempunyai tiga lebuhraya bertol di India and Argentina.


IJM juga telah dianugerah kontrak untuk  menyambung New Pantai Expressway sejauh 10km lagi dari Pantai Tol Plaza ke Ampang berjumlah RM1,000,000,000.00 (RM 1 Billion).


Dengan berbekalkan pengalaman dalam pembinaan lebuhraya utama di Malaysia dan di luar negara, adalah dijangkakan IJM akan memain peranan besar dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Barat ini. 


Jika anda bercadang untuk melibatkan bisnes anda di bidang pembinaan lebuhraya, anda dicadangkan membuat presentation pada IJM juga disamping Kumpulan Europlus Sdn Bhd.


Menjadi subkontraktor pada IJM dikira berbaloi kerana IJM dipercayai mempunyai kewangan yang teguh hasil dari kutipan lebuhraya bertol di Malaysia dan luar negara yang semakin meningkat dari tahun ke tahun disamping mendapat kepercayaan dari bank-bank tempatan untuk membuat pinjaman membiayai projek-projek yang mereka perolehi.


Baru baru ini pula IJM Construction Sdn Bhd telah dianugerah Pakej V Klang Valley Mass Rapid Trasnit (KVMRT) projek bernilai RM 974 juta iaitu pembinaan "viaduct guideway and other associated works" dari stesen MRT dari Maluri Portal hingga ke Plaza Phoenix Stesen.


Apakah peluang perniagaan yang boleh anda intai di sini?


Secara amnya boleh dikategori seperti berikut :-


a. Kerja-kerja Sivil 


b. Kerja-Kerja Infrastruktur 
  • pembinaan toll plaza
  • pembinaan jambatan
  • pembinaan laluan tambahan jika perlu
  • pembinaan R&R
c. Kerja-Kerja Pemasangan Sistem Lebuhraya
  • supply, install, test & commission sistem toll
  • supply, install, test & commission sistem keselamatan seperti CCTV
  • supply, install, test & commission sistem perhubungan melalui fiber optics
  • dan lain lain sistem yang bersangkutan dengan pembinaan lebuhraya 
Kemungkinan besar anda sukar untuk menembusi Kumpulan Europlus Sdn Bhd kerana kemungkinan besar mereka sudahpun mempunyai kontraktor-kontraktor utama pilihan mereka. 

Tetapi anda boleh menjadi subkontraktor kepada kontraktor utama Kumpulan Europlus Sdn Bhd.

Jika anda mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang yang tertentu dalam pembinaan lebuhraya ini, anda lebihkanlah kepada kemahiran dan kepakaran anda ketika anda membuat presentation kelak.

Tetapi sayugia diingatkan anda harus berjaga jaga dalam urusan pembayaran terutama sekali jika anda adalah sub-kontraktor kepada sub-kontraktor yang tidak ubah seperti sistem MLM.

Apakah yang dimaksudkan sub-kontraktor kepada sub-kontraktor?

Lakaran yang mudah adalah seperti dilakarkan di bawah ini :-

Kumpulan Europlus Sdn Bhd

Kontraktor Utama

Sub-Kontraktor 1

Sub-Kontraktor 2

Sub-Kontraktor 3

Sub-Kontraktor 4

Sub-Kontraktor yang ke n

Jadi dimanakah anda ??


Adalah kemungkinan besar jika anda menjadi sub-kontraktor kepada sub-kontraktor method pembayaran adalah berdasarkan kepada "back-to-back payment"..

Maksudnya jika anda sub-kontraktor yang ke 4 pembayaran hanya boleh dilakukan oleh sub-kontraktor yang ke 3 setelah mendapat pembayaran dari sub-kontraktor yang ke 2. Sub-kontraktor yang ke 2 akan membayar sub-kontraktor ke 3 setelah mendapat pembayaran dari sub-kontraktor yang pertama. Dan begitulah pusingannya sehingga kontraktor utama mendapat pembayaran inbois mereka dari Kumpulan Europlus Sdn Bhd.

Selamat Mencuba..