Sunday, October 21, 2012

Mesin Pemerosesan Makanan


Anda mempunyai resipi makanan tersendiri dan resipi anda mempunyai potensi untuk dimajukan kehadapan, apa kata anda memulakan dengan bisnes yang anda sendiri ada mempunyai kemahiran.

Anda boleh mulakan dengan menjual contohnya karipap anda yang isi, rasa dan rupa tidak ubah seperti karipap di IKEA.  Jika anda duduk di depan kaunter jualan makanan di IKEA, anda boleh kira secara rambang bertapa banyak jualan karipap mereka dalam masa satu hari apatah lagi di hujung minggu. 

Anda dicadangkan memulakan jualan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat anda. Jika anda malu , anda berilah contoh percuma pada mereka dan minta pendapat mereka terlebih dahulu.

Anggaplah komentar, ulasan dan pendapat mereka adalah untuk memperbaiki produk anda. Tidak dinafikan akan ada yang begitu negatif dan memberi komen yang menyakitkan hati anda tetapi itu adalah sebahagian dari kehidupan dalam alam perniagaan.

Mungkin anda terfikir, menjual karipap masalah utama adalah dalam kelipan karipap itu sendiri. Tetapi tahukah anda sudah pun ada mesin yang bekeupayaan membuat kelipan karipap begitu cepat..

Lihat video di bawah ini..



Jika anda ingin melihat mesin mesin makanan yang lain, anda boleh ke salah satu website yang menjual khusus barang-barang keperluan mempercepatkan prosesan makanan.. Dari masa ke semasa saya akan cuba update list mereka yang menjual produk yang sama.

a. http://www.rcmesinmakanan.com yang bertempat di Batu Caves, Selangor DE..