Saturday, August 25, 2012

Bisnes Baju Kurung

Bisnes Baju Kurung atau pakaian khusus untuk wanita Melayu nampaknya satu peluang perniagaan yang harus dimonopoli oleh usahawan orang-orang Melayu itu sendiri.


Lihat saja di gedung gedung pasaraya samada di Carrefour, Tesco, Giant ataupun di pusat membeli belah yang terdapat di seluruh Malaysia.

Memang tidak dinafikan deretan demi deretan peniaga-peniaga menjual baju-baju Melayu khusus untuk kegunaan Melayu samada lelaki mahupun wanita ataupun kanak-kanak.

Tidak pula dinafikan kebanyakan pekerja-pekerja mereka adalah dari keturunan Melayu samada dari Malaysia mahupun dari Indonesia.

Tetapi kita perhatikan baik baik siapakah pula pemilik deretan peniaga-peniaga baju-baju Melayu tersebut?

Majoriti peniaga-peniaga yang menjual baju Melayu adalah samada dari keturunan Pakistan ataupun Bangladesh.

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Mungkin salah satu sebab utama adalah dari segi kos permulaan memulakan bisnes di gedung-gedung pasaraya.

Peniaga dari Pakistan ini kemungkinan besar tiada masalah kewangan membayar deposit sewaan ataupun membayar sewaan di gedung-gedung besar samada di Carrefour, Giant mahupun Tesco.

Apabila ramainya peniaga dari Pakistan berebut-rebut mendapatkan ruang perniagaan di gedung-gedung pasaraya ini, tidak dinafikan pula, pihak pengurusan pasaraya akan menaikkan sewaan tapak perniagaan di premis mereka.

Ianya ibarat graf supply dan demand. Apabila demand terlalu tinggi dan supply berkurangan secara otomatik harga akan naik mendadak.

Apatah lagi apabila membeli baju-baju kurung dalam jumlah kuantiti yang besar samada dari kilang-kilang mahupun dari peniaga-peniaga kecil yang lain.

Memandangkan mereka punyai kewangan yang besar, mereka boleh membeli pada harga rendah dan membayar segala urusan bisnes mereka secara tunai.

Jika anda adalah seorang pengilang yang menghasilkan baju kurung, anda pun akan memilih pembeli yang membeli pada kuantiti yang besar dengan bayaran tunai kerana anda juga memerlukan wang untuk putaran atau pusingan modal perniagaan anda.

Adakah peniaga Melayu kurang modal atau aliran wang tunai yang menyebabkan mereka tidak berpeluang berniaga di gedung-gedung pasaraya di negara sendiri dan menjual pula pada bangsa sendiri?

Ataupun pembeli pembeli berbangsa Melayu ini lebih selesa membeli baju pakaian harian mereka dari bangsa lain memandangkan orang-orang Melayu mempunyai pandangan negatif terhadap peniaga Melayu terutama sekali dari segi harga...