KVMRT adalah singkatan untuk Klang Valley Mass Rapid Transit.
Untuk mengetahui apakah itu Mass Rapid Transit sila Ke POST sebelum ini.
Ianya adalah pembinaan sistem keretapi baru selain dari LRT, Monorail dan KTM Komuter yang bernilai hampir RM50,000,000,000.00 ( RM 50 Billion)..
Laluan KVMRT Maklumat mengenai laluan KVMRT dan infrastruktur KVMRT boleh anda lihat seperti gambarajah di atas. |
Siapakah yang mengurus projek KVMRT ini?
Syarikat Prasana Negara Bhd dibawah milik Kementerian Kewangan Malaysia telah pun dilantik sebagai projek KVMRT mewakili Kerajaan Malaysia.
Siapakah pula yang akan menjadi pemilik dan pengendali KVMRT ini kelak?
Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) juga telah dilantik sebagai empunya KVMRT memandangkan Syarikat Prasarana Negara Sdn Bhd mempunyai pengalaman dalam pengendalian LRT dan Monorail disamping memudahkan mengintegrasi pengangkutan keretapi kelak.
SPNB juga buat masa sekarang mengawal selia projek keretapi penyambungan LRT seperti berikut :-
a. Kelana Jaya LRT Extension line
b. Ampang LRT Extension line
Siapakah pula Project Management Consultant (PMC) untuk projek KVMRT?
Untuk projek KVMRT ini panggilan Project Management Consultant (PMC) telah ditukar kepada PDP iaitu Project Delivery Partner
Panggilan PDP adalah yang unggul kali digunakan di Malaysia.
Walaubagaimanapun fungsi PDP boleh dibahagi kepada 2 bahagian utama
a. Sebagai Pengurus Projek mewakili SPNB bagi memastikan projek KVMRT ini siap dengan sempurnanya mengikuti tarikh siap yang telah ditetapkan oleh kerajaan disamping memastikan pembinaannya mengikut piawaian yang telah ditentukan disamping memastikan kos pembinaan tidak meningkat melebihi apa yang telah ditetapkan sebelum ini.
b. PDP juga bertanggungjawab mengeluarkan tender, mengevaluasi tender dan menganugerahkan kontrak.
Beza ketara antara PDP dan PMC
Jika berlakunya kelewatan dalam pembinaan KVMRT ini dari segi teknikal dan kewangan adalah difahamkan PDP ini bertanggungjawab penuh.
Kemungkinan besar maksud utamanya Variation Order tidak dibenarkan sama sekali.
Kemungkinan juga PDP ini boleh dikenakan penalti jika
a. tidak dapat menyempurnakan projek KVMRT mengikut masa yang ditetapkan
b. kos asal tidak dapat menampung untuk menyempurnakan projek KVMRT sepenuhnya.
Itulah beza agaknya antara PDP dan PMC.
Tetapi harus diingat
a. tiada projek keretapi di dunia disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
b. tiada juga projek keretapi yang menetapi kos kewangan yang dirancang.
Hampir 99.99% projek keretapi di Malaysia mengalami kelewatan kekadang antara 2 tahun - 10 tahun.
Contoh:-
a. KTMB Komuter Klang Valley - kelewatan dan kos yang lari dari tempuh masa
b. Rawang ke Ipoh - juga mengalami kelewatan sehingga beberapa tahun
c. Ipoh - Padang Besar - tarikh siap ditolak ke hadapan
d. Seremban - Gemas - juga melihatkan kelewatan
Dengan magnitud projek KVMRT terutama sekali pembinaan infrastruktur yang melibatkan tanah awam dan pembinaan terowong yang panjangnya hampir mencecah 10km di bawah tanah , faktor cuaca, faktor keadaan tanah bawah tanah dan faktor pengambilalihan tanah akan menjadi faktor utama punca kelewatan pembinaan sivil dan infrastruktur KVMRT.
Faktor pengujian dan mengujilari Sistem Keretapi yang utama terutama railway signalling dan komunikasi juga berkemungkinan akan mengalami gangguan yang tidak diduga di saat akhir jika sekiranya sistem-sistem ini dicampuraduk seperti Rojak Mamak.
Siapakah yang telah dilantik sebagai PDP?
MMC-Gamuda Konsortium.
Kalau mengikut keratan akhbar sebelum ini sehingga 10% dari harga pembinaan KVMRT ini telah diperuntukkan sebagai pembayaran yuran PDP.
Kenapa MMC-Gamuda Konsortium?
Kemungkinan besar berdasarkan kepada pengalaman MMC-Gamuda Konsortium sebagai :-a. Pengurus dan Kontraktor Utama Projek Landasan Berkembar KTMB dari Ipoh ke Padang Besar
b. Kemungkinan jua pembinaan Landasan Berkembar KTMB dari Gemas ke Johor Bahru di bawah Konsortium dari negara China.
Conflict of Interest untuk MMC-Gamuda Konsortium sebagai PDP dan juga bakal kontraktor KVMRT?
Perlantikan MMC-Gamuda Konsortium sebagai PDP tidak membenarkan mereka terlibat sama sekali dalam mana-mana tender KVMRT kecuali "tunnelling".
Itu pun dibenarkan jika harga MMC-Gamuda Konsortium adalah yang terendah sekali ataupun MMC-Gamuda Konsortium boleh memberi harga yang lebih rendah dari harga tender yang terendah sekali.
Untuk makluman MMC-Gamuda Konsortium juga terlibat dalam "tunnelling" untuk Projek SMART Tunnel sebelum ini yang mana mereka juga adalah kontraktor utama.
Walaubagaimanapun adalah tidak sukar untuk MMC ataupun Gamuda terlibat sama dalam proses tendering pembinaan KVMRT ini.
Ianya boleh dilakukan samada menerusi anak syarikat mereka yang lain atau pun melalui syarikat lain yang tidak secara langsung mereka sendiri mempunyai kepentingan.
Siapakah dia MMC-Gamuda Konsortium ini?
Secara amnya jika tidak silap (kalau silap bacalah sebagai hiburan)
Orang di belakang tabir MMC & Gamuda
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary |
Datok Lin Yun Ling |
No comments:
Post a Comment