Sunday, January 8, 2012

Intai Peluang Bisnes di Bidang Fiber Optics

Anda pernah dengar perkataan UNIFI yang diwar warkan oleh Telekom Malaysia?
Kalau di luar negara nama lain adalah Fiber-To-The-Home..
Apa yang dimaksudkan Fiber-To-The-Home?
Maksudnya TM akan memasang kabel fiber optics sehingga ke rumah anda..
Apa beza dengan pemasangan kabel yang sedia ada sekarang?
Bezanya, kabel yang sedia ada adalah dari buatan tembaga atau copper manakala fiber optics dari gentian kaca..
Apa beza copper dan fiber?


Copper cable ada limitation dari segi penghantaraan data, video dan voice
Fiber Optic Cable hampir tiada limitation sebab tu anda boleh menonton TV, ber broadband dan bercakap melalui telefon pada waktu yang sama tanpa sebarang gangguan elektromagnetic..

Apa Peluang Bisnes Yang Ada??

Ada 2 jenis peluang perniagaan untuk anda khususnya yang berminat..

Yang Pertama adalah Bisnes Marketing atau Pemasaran UNIFI

Anda mungkin ternampak banner seperti gambar di atas?

Itulah adalah banner pemasaran UNIFI oleh TM ..

TM melantik agen-agen dimana terdapat perkhidmatan UNIFI untuk melakukan pemasaran bagi pihak TM..

Anda cuma perlu canopy, meja / kerusi,brosur/banner UNIFI dan borang pendaftaran UNIFI sahaja..

Dalam erti kata yang lain kos pemasaran anda hampir tiada..

Jika ada sesiapa yang berminat untuk memohon UNIFI, mereka cuma perlu mengisi borang permohonan UNIFI ..

Dan anda pula menghantar borang yang sudah dipenuhi dan ditandatangani pada TM..

Jika semuanya dalam proses dan prosedur yang betul anda akan mendapat komisen anda dari TM pada bulan yang berikutnya

Manakala urusan pemasangan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak TM termasuk urusan temujanji dengan pelanggan sehinggalah urusan memastikan UNIFI sudah pun diaktifkan oleh TM
Mudah bukan?

Ikuti blog seterusnya untuk Peluang Perniagaan UNIFI yang ke 2...




















No comments:

Post a Comment