Peluang Perniagaan UNIFI ke 2 adalah melalui pemasangan fiber optics kabel dari tiang telekom sehingga ke dalam rumah..
Untuk pemasangan kabel fiber optics ini segala material pemasangan akan diberi oleh TM yang mana anda harus mengambil barang-barang tersebut dari warehouse TM yang sudah dikenalpasti.
Anda cuma memberi perkhidmatan iaitu
a. mengukur jarak kabel fiber optik yang diperlukan
b. mengenal pasti tempat pemasangan UNIFI dalam rumah pelanggan
c. mengaktifkan UNIFI pelanggan..
Tetapi sebelum itu anda harus menghadiri kursus pemasangan UNIFI yang dianjurkan sendiri oleh TM.
Apa yang akan anda pelajari?
a. anda akan diajar bagaimana membuat pemasangan yang betul mengikut spesifikasi TM dari tiang telekom / manhole TM hingga ke rumah pelanggan.
b. anda akan diajar bagaimana membuat pemasangan fiber optik dalam rumah pelanggan.
c. anda akan diajar bagaimana membuat penamatan connector SC pada hujung fiber optics
d. anda akan diajar bagaimana mengaktifkan UNIFI pelanggan sehingga pelanggan boleh menonton TV, bercakap melalui telefon dan juga berinternet
e. anda akan diajar bagaimana melayan pelanggan anda
Anda juga akan diwajibkan mengambil ujian fiber optics kompetensi TM & ujian-ujian yang bersangkutan
a. CA1C - pemasangan fiber dalam rumah
b. CA2C - pemasangan fiber dari luar ke dalam rumah
c. NIOSH TM - ujian confined space iaitu sijil yang membenarkan dan mentauliahkan anda memasuki manhole TM
Difahamkan jumlah yuran mengambil kursus ini adalah dalam lingkungan RM3,000.00 termasuk yuran pengambilan ujian..
Setelah anda lulus ujian tersebut, TM akan membuat penilaian mengenai pemasangan UNIFI anda sebelum anda dibenarkan membuat pemasangan UNIFI yang lain - lain..
Apakah kos lain yang perlu anda tahu ?
Anda perlu ada :-
a. Fiber optics Cleaver (pemotong fiber optics yang jitu)
b. Tangga mengikut spesifikasi TM
c. Fiber Cleaner accessories kit
d. Fiber Test Gear
Yang mana anggaran kasar adalah lebih kurang RM10,000.00 per team.
Berapakan pula pemasangan fiber di rumah yang dibayar oleh TM?
Difahamkan yuran pemasangan fiber di rumah adalah lebih kurang RM200 sebuah rumah dan mengikut panjang kabel yang ditetapkan oleh TM.
Apa lagi yang boleh anda buat duit?
Seperti dinyatakan di atas, pakej termasuk panjang kabel yang ditetapkan oleh TM.
Jika sekiranya pelanggan berhajat memasang UNIFI melebihi dari jarak kabel yang ditetapkan oleh TM, anda dibenarkan berdiskusi dengan pelanggan anda mengenai harga pemasangan kabel yang terlebih panjang tanpa melibatkan TM.
Jika sekiranya pelanggan mengkehendaki anda membuat laluan kabel yang cantik cantik , itupun anda boleh berdiskusi dgn pelanggan anda mengenai harga..
Berapakah jumlah pekerja yang diperlukan?
Lebih kurang 3 - 4 orang satu pasukan.
Adakah cara lain menjimatkan kos pembelian barangan pengujian & pemasangan fiber optics?
Ada sebenarnya. Sesetengah main contractor yang dilantik oleh TM mempunyai pakej sedemikian.
Maksudnya anda akan diberi terlebih dahulu peralatan fiber optics yang diperlukan termasuk kos kursus yang diperlukan ..
Tetapi pembayaran akan dibuat secara ansuran dan ditolak dari invoice anda..
Apa yang dimaksudkan dengan main contractor?
TM sudahpun melantik beberapa main contactor yang mempunyai kewangan teguh sebagai kontraktor pemasangan utama mereka.
Anda pula akan diletakkan di bawah kontraktor pemasangan utama ini.
Dan mereka inilah yang akan membayar anda..
Segala urusan kewangan dari segi sebut harga pemasangan hendaklah anda berurusan terus dengan kontraktor pemasangan utama yang dilantik oleh TM..
..terima kasih
ReplyDelete..terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih akan info yg diberikan
ReplyDeletehi boleh boleh tanya mcm mana nak apply dan belajar
ReplyDeletekenapa sekarang cas pemasangan tidak mengikut panjang fiber yg tm tentukan. kenapa rm66 sahaja. customer mesti nk cantik, tp layak ke dengan bayaran rm66 fiber dari belakang rumah pusing sampai kedepan rumah customer.. TM sekarang seperti sengaja membebankan contraktor pemasangan. jika cas berlebihan, customer report tm kami juga yg bersalah. ada yg dipaksa pulang kan pula Rm pada customer. kami kontraktor ada kalanya sampai nk boh petrol pon xdak duit.. tol kena tinggal ic, harapkan duit rm66 tu cukup ke.. jgn buat kami ni mcm budak2. kami dah buat sehabis baik utk TM. mna lagi dgn VOC nk rating 9/10,kci lagi, morning call pulak, ontime, xmaw noshow, onu panas, speed test... sungguh tidak adil. sy berharap TM memberi kelonggaran pada kontraktor supaya kami berasa selesa dgn tugas kami. nak tarik fiber sekarang dh la jauh2. dgn pokok, parit semua kami hadap utk done 1 order. fikir la TM..
ReplyDelete