Saturday, January 28, 2012

Intai Peluang Bisnes Projek KVMRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 1

Secara amnya "rail tansit" atau perkhidmatan keretapi boleh dikategorikan seperti berikut :-
Tram atau Rail-Guided Bus
Tram atau Rail-Guided Bus adalah ibarat sebuah bas yang tidak mempunyai tayar, sebaliknya dipasang pula dengan roda keretapi. 




Ianya bergerak di atas landasan keretapi yang dibina dan ditanam disepanjang jalanraya yang terdapat di bandar-bandar besar seperti bandaraya Toronto di Canada dan juga bandaraya San Francisco di USA. Amnya, 
Tram dan kenderaan yang lain seperti kereta, bas dan lori berkongsi laluan jalanraya yang sama tetapi keutamaan harus diberi pada Tram.
Tram bergerak seperti bas yang telah ditetapkan laluan perjalanan dan kerap berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 


Light Rail
Light Rail adalah "upgraded version" Tram atau Rail-Guided Bus. Ianya berjalan lebih laju dan boleh membawa lebih ramai penumpang pada suatu masa memandangkan gerabak keretapi Light Rail ini boleh disambung-sambung sehingga 3 atau 4 gerabak pada satu masa.
Light Rail pula mempunyai landasan berkembar khusus dan boleh dibina samada "elevated" mahupun "underground".
Ianya dibina khusus untuk perjalanan dalam kawasan bandar sahaja.
Di Malaysia Light Rail boleh dilihat di Putra LRT dan STAR LRT.

PUTRA LRT

STAR LRT

Rapid Transit
Rapid Transit pula seperti LRT tetapi ianya lebih laju dari LRT dan berkeupayaan untuk membawa lebih ramai penumpang berbanding dengan Light Rail. Ianya boleh dilihat di kebanyakan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

MRT Taiwan
Ianya juga bergerak di atas landasan berkembar yang khusus dibina seperti LRT Rail. Walaubagaimanapun ianya direka khusus untuk bergerak menyambung antara dari sebuah bandar ke sebuah bandar yang lain berbanding dengan LRT Transit yang dibina khusus dalam sesebuah bandar sahaja.
Contoh  laluan Rapid Transit boleh dilihat dengan jelas pada peta laluan Rapid Transit Singapura yang mana ianya mempunyai perancangan di masa hadapan untuk memperluaskan Rapid Transit Singapura ke Johor Baharu dan di sekitar bandar Johor Bahru.
Betul atau Tidak atau hanya Imaginasi?


Monorail
Monorail juga seperti Light Rail tetapi yang bezanya ianya tidak mempunyai landasan keretapi sebaliknya bergerak atas "beam" yang dibina untuk tujuan memberi arah pada keretapi Monorail dan disambung dari satu stesen ke stesen yang lain.


Ianya boleh dilihat dengan mudah pada KL Monorail..
KL Monorail
Moscow Monorail 
Other Mode of Rail
Ianya lebih kurang sama dengan Rapid Transit  tapi bezanya kebanyakan landasan berkembar keretapi ini di bina pada laluan yang lurus untuk membolehkannya beroperasi antara 80km/j hingga 300 km/j bergantung pada sistem keretapi yang dipasang.
Pada kebiasaannya ianya dibina untuk memendekkan jarang perjalanan dari suatu negeri ke negeri yang lain atau pun dari satu negara ke negara yang lain


Ianya boleh dikategorikan kepada
a. Commuter Rail
b. Regional Rail
c. Intercity Rail
d. High-Speed Rail


KTMB Komuter  beroperasi sebagai Commuter Rail, Regonal Rail dan Intercity Rail
China's High Speed Rail yang berkeupayaan bergerak 380km/j
Elevated Mecca Metro
Intai Peluang Bisnes Projek MRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 1 lebih menumpukan pada jenis jenis keretapi yang terdapat di dunia dan apakah perhubungan jenis keretapi ini antara satu sama lain.
Ini memandangkan di Malaysia terdapat lebih dari 1 jenis sistem pengangkutan keretapi iaitu :-
a. KTM Komuter
b. Monorail
c. LRT Putra dan STAR


Intai Peluang Bisnes Projek MRT - Klang Valley Mass Rapid Transit - Siri 2 akan membincang lebih lanjut mengenai Klang Valley Mass Rapid Transit  yang sekarang di dalam proses pembinaan.


Nantikan pembikinan Siri 2... 



No comments:

Post a Comment