Untuk makluman landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Johor Bahru adalah fasa terakhir perancangan Kerajaan Malaysia dalam menaik tarif sistem keretapi dari Johor Bahru sehingga ke Padang Besar di sempadan Thailand.
Pembinaan Landasan Berkembar YangTelah Beroperasi
a. Kuala Lumpur - Ipoh
b. Kuala Lumpur - Batu Caves
c. Kuala Lumpur - Seremban
d. Kuala Lumpur - Port Klang
Pembinaan Landasan Berkembar Yang Dalam Pembinaan
a. Ipoh - Padang Besar - Gamuda MMC adalah kontraktor utama
b. Seremban ke Gemas - Indian Railway Construction adalah kontraktor utama
Pembinaan Landasan Berkembar Yang Belum Lagi Dilaksana
a. Gemas ke Johor Bahru - CCRC dari negara China menjadi sebutan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Pembinaan Landasan Keretapi Berkembar?
Ianya adalah satu projek untuk menaik taraf sistem keretapi di Malaysia seperti berikut
a. Pemasangan landasan keretapi yang kedua selari atau diperbaiki dengan yang ada sekarang
Dulu - Single Track |
Sekarang - Landasan Berkembar atau Double Track |
Dulu - Manual Railway Signalling |
Sekarang - Auto Railway Signalling |
c. Pemasangan sistem komunikasi melalui fiber optics disepanjang laluan landasan berkembar
Sistem Telekomunikasi Keretapi disambung dari stesen ke stesen via laluan fiber optics |
Sistem 25kV Keretapi Elektrifikasi |
Apa peluang bisnes yang ada?
a. Infrastruktur
- pembinaan stesen keretapi moden
Stesen Baru Batu Caves |
Stesen Baru dan Landasan Berkembar dalam pembinaan |
- pembinaan landasan berkembar
- pembinaan jambatan bertingkat
b. Sistem Keretapi - Telekomunikasi
- Fiber Optics Digital Sistem
- Train Ticketing
- Train Radio System
- Sistem PABX
- Railway Signal Post Telephone
- Sistem Pengawasan
- Passenger Information System
c. Sistem Keretapi - Signalling
Anda boleh mulakan dengan membuat pengenalan syarikat anda dari keupayaan syarikat anda untuk membekal, memasang, menguji dan mentauliah sistem keretapi kepada mereka-mereka yang berjaya mendapat projek landasan berkembar ini..
Anda boleh menjadi kontraktor atau sub-kontraktor pada sistem yang berikut :-
a. membekal dan memasang sistem peralatan keretapi sepanjang jalan keretapi
b. membekal dan memasang sistem peratalan keretapi di dalam stesen keretapi
Sayugia diingatkan anda harus bersedia dari segi dan mental ketika anda membuat pengenalan syarikat anda memandangkan anda terpaksa bersaing dengan kontraktor dan sub-kontraktor yang sedia ada selain dari pesaing dari kontraktor Cina, India, Melayu atau CIMB ...
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment