Thursday, February 2, 2012

Ingin Berbisnes Sendiri? - Persediaan Siri 2

Anda ingin berbisnes sendiri?
Jika anda sudah berumah tangga & sudah pun mempunyai anak-anak adalah baiknya anda berbincang terlebih dahulu dengan isteri anda mengenai pelan anda..
Anda harus ketahui bahawa bisnes sendiri ibarat roller coaster.. ada kalanya anda berada di atas dan ada kalanya anda berada di bawah sekali.. 




Ianya tidak semudah seperti yang anda sangka sebelum ini.
Anda lihat kekawan anda berjaya dalam bisnes mereka, jadi anda pun ingin menjadi seperti mereka..
Tetapi tahukah anda apakah perjalanan yang sudah mereka lalui?
Jika anda menaiki roller coaster dan berada di tahap yang paling tinggi, semuanya indah belaka.. sudah tentu isteri dan keluarga anda senyum girang..


Tetapi jika roller coaster anda berada di tahap bawah sekali, sudikah isteri anda berdamping dengan anda dengan senyuman yang girang jua?


Saya sudah banyak saksikan isteri tidak sanggup berdamping dengan si suami apabila bisnes si suami merudum tidak disangka-sangka.. 
Ada juga si isteri yang terus meminta cerai..
Ada juga si isteri yang terus bermasam muka ..
Jika anda seorang yang bujang, anda mungkin tidak mempunyai masalah seperti mereka yang sudah berumahtangga..
Kecualilah jika anda mahu berbisnes sendiri tetapi anda sudah pun menjumpai lubuk emas yang mana anda dan keluarga anda tidak habis makan sehingga 8 keturunan..


Tetapi terpulang pada anda untuk berbincang dan bercerita panjang dengan pasangan masing-masing.. 
Saya pasti perbincangan nanti akan membawa berkat di dalam kehidupan anda..