Wednesday, April 22, 2009

Ahli Syurga Vs Ahli Neraka

Pada suatu ketika setelah kiamat tamat, termaktublah seperti dalam perjanjian manusia dibahagi pada Ahli Syurga dan Ahli Neraka..

Setelah sekian lama di dalam syurga dan neraka, pada suatu masa ahli syurga dan ahli neraka telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan membina jambatan antara syurga dan neraka.

Telah juga dipersetujui bahawa Ahli syurga akan membina jambatan dari syurga ke neraka dan ahli neraka akan membina jambatan dari neraka dan syurga mengikut spesifikasi yang disediakan dan ditetapkan samada dari segi material yang diperlukan dan sumber tenaga.

Pada hari yang telah ditetapkan untuk memulakan pertandingan pembinaan jambatan, maka ahli syurga dan ahli neraka memulakan pembinaan jambatan dari syurga ke neraka dan dari neraka ke syurga. Pertandingan adalah berdasarkan siapa yang siap dahulu dia lah yang bakal memenangi pertandingan ini.

Setelah beberapa minggu dan bulan berlalu, ahli neraka diisytiharkan pemenang pertandingan membina jambatan antara neraka dan syurga.

Ada pihak-pihak yang kurang bersetuju atas kemenangan ahli neraka ini kerana bagi mereka ahli syurga lah yang patut memenangi pertandingan ini.

Setelah siasatan demi siasatan dijalankan akhirnya mereka akur dengan kemenangan ahli neraka.

Apakah yang mereka akur?

Siasatan menunjukkan ahli neraka yang membina jambatan dari neraka ke syurga adalah merupakan kontraktor-kontraktor pembinaan semasa hayat mereka di dunia..

He he he he... jangan marahhhhhhhh...

No comments:

Post a Comment