Saturday, May 9, 2009

FOREX - FOREIGN EXCHANGE

Sejak kebelakangan ini ramai diantara orang Melayu yang beragama Islam ingin mengetahui lebih mendalam mengenai FOREX. Memandangkan keadaan ekonomi yang semakin gawat dan ramai yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh sistem VSS, ramai di antara kita yang ingin mencuba menjana sistem kewangan yang stabil melalui internet.

Tetapi sejak kebelakangan ini juga ramai diantara kita yang kurang faham atau kurang membaca mengenai sistem FOREX ini dari segi kacamata Islam. Ada diantara kita hanya mendengar cakap kawan-kawan yang boleh dipercayai atau membaca artikel-artikel beberapa tahun yang lalu atau membaca artikel mengenai FOREX dari pendapat ISLAM sekadar membaca.

Akibatnya kita bergaduh atau bertelagah sesama sendiri dengan masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing menggunakan sumber-sumber atau pendapat yang ada pada mereka.

Tidak dinafikan di Malaysia, Bank Negara tidak membenarkan rakyat Malaysia bermain FOREX kerana dianggap agak "volatile" ataupun anda boleh rugi besar dalam masa beberapa minit.

Tetapi kebanyakan bank-bank di Malaysia mendapat keuntungan agak lumayan pada tahun 2008 dengan hanya bermain FOREX termasuk bank-bank yang mengamalkan sistem syariah.

Ada juga antara bank pusat yang mengalami kerugian sehingga RM1billion akibat bermain FOREX pada tahun-tahun lepas.

Dari segi kacamata Islam, isu FOREX harus dikupas secara satu-persatu mengenai permainan FOREX agar lebih jelas pada masyarakat Islam kerana permainan FOREX terbahagi pada beberapa cara permainan FOREX.

Ibarat seperti kata-kata Ust Zaharuddin, permainan FOREX boleh dikataertikan seperti menternak ayam. Jika cara sembelihan dan pemakanan ayam tidak betul atau tidak menuruti cara syariah Islam maka hukumnya adalah haram

Ikuti syarahan Ust Zaharuddin di bawah ini..

Video 1 - Hukum Perniagaan




Video 2 - Hukum FOREX



Video 3 - FOREX Yang Dibenarkan



Video 4 - FOREX Yang TIDAK Dibenarkan



Apakah itu FOREX dan siapakah pemain FOREX ?



Apakah itu SPOT FOREX ?



Macamana FOREX Berfungsi ?




Pihak JAKIM ada mengeluarkan pendapat mengenai FOREX melalui seorang Muslim yang mengutarakan isu FOREX pada bulan March 2008 melalui internet.


Inilah pertanyaannya dan inilah jawapan dari JAKIM. Terpulang pada anda untuk membuat kesimpulan kerana mengeluarkan sesuatu hukum samada HALAL atau HARAM sepertimana kata Ust. Zaharuddin memerlukan masa dan penyelidikan yang teliti oleh mereka-mereka yang pakar dari segi agama.


Tarikh Hantar Soalan
:
12/02/2008 03:25 AM
Soalan
:
Assalamualaikum.

Di sini saya ada kemusykilan berhubung dengan soal Forex atau perdagangan matawang antarabangsa.

1) Apakah hukum Forex yang sebenarnya? Terdapat banyak kekeliruan pada masa sekarang terhadap hukum Forex jadi saya ingin mengetahui pendapat JAKIM sendiri tentang isu ini.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan "pertangguhan dalam pertukaran matawang?" Adakah unsur ini terdapat di dalam Forex secara online?

3) Apa pula pendapat JAKIM tentang leverage dalam Forex? Adakah cara operasi Leverage itu sendiri yang haram ataupun swap (riba) yang terkandung di dalam leverage itu yang menyebabkan ia haram? Jika servis Leverage yang ditawarkan oleh broker Forex tidak dikenakan swap (riba) bagaimana?

4) Apa pendapat JAKIM bagi situasi dibawah:

4 orang trader Forex mendepositkan USD5,000 ke dalam akaun Forex mereka.

Trader 1:

Beliau memulakan transaksi BUY untuk pasangan GBP/USD, dimana beliau membeli matawang GBP (pada jumlah tertentu) dengan menjual matawang USD (yang dimiliki pada asalnya). Dan selepas nilai matawang GBP tersebut naik, beliau menjual semula matawang GBP tersebut dan mendapat semula matawang USD (dengan keuntungan).

Trader 2:

Beliau memulakan transaksi SELL untuk pasangan GBP/USD, dimana beliau menjual matawang GBP (di mana pada masa ini beliau hanya mendepositkan nilai dalam matawang USD sahaja) dan membeli matawang USD. Selepas nilai matawang GBP tersebut menurun, beliau menjual semula matawang USD dan mendapat matawang GBP (dengan keuntungan)


Trader 3:

Beliau memulakan transaksi BUY untuk pasangan USD/CHF, dimana beliau membeli matawang USD (pada jumlah tertentu) dengan menjual matawang CHF(yang tidak dimiliki pada asalnya). Dan selepas nilai matawang USD tersebut naik, beliau menjual semula matawang USD tersebut dan mendapat semula matawang CHF (dengan keuntungan).

Trader 4

Beliau memulakan transaksi SELL untuk pasangan USD/CHF, dimana beliau menjual matawang USD (yang dimilikinya) dan membeli matawang CHF. Selepas nilai matawang USD tersebut menurun, beliau menjual semula matawang CHFdan mendapat matawang USD (dengan keuntungan)

kesimpulan kes:
Trader mendeposit sejumlah wang dalam matawang USD
KES1: Beli GBP -- Jual USD -- GBP naik -- Jual GBP -- dapat USD
KES2: Jual GBP -- Beli USD -- GBP turun -- Jual USD -- dapat GBP
KES3: Beli USD -- Jual CHF -- USD naik -- Jual USD -- dapat CHF
KES4: Jual USD -- Beli CHF -- USD turun -- Jual CHF -- dapat USD

kes mana yang dibenarkan dan kes mana yang hukumnya haram.

Di harap JAKIM dapat mengemukakan pendapat JAKIM tentang perkara ini kerana ia sudah banyak dipersoalkan oleh masyarakat melayu terutama yang mencari rezeki dalam bidang ini.

Sekian terima kasih..
Jawapan
:
Pertukaran wang dengan wang seperti yang terdapat pada urusniaga dalam perniagaan pasaran mata wang (forex trading) adalah mengandungi unsur riba. Kedudukan nilai mata wang dalam pasaran pula adalah tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Keadaan sebegini boleh dikategorikan sebagai satu penipuan kepada pihak yang menyertainya. Perniagaan dalam pasaran mata wang seumpama ini berlaku tidak dalam satu majlis tetapi jika sebaliknya adalah harus seumpama money changer kerana telah ditetapkan harganya. Oleh itu, penyertaan pelaburan dalam pasaran mata wang (forex trading) hukumnya tidak halal kerana mengandungi unsur riba...
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 190308
Tarikh Selesai
:
19/0

1 comment:

  1. Salam bro, cuba kaji dgn lebih mendalam berkenaan leverage yg diberi oleh broker kepada trader.semoga lebih jelas lagi.

    ReplyDelete