Sunday, May 21, 2017

Fadilah Ya Kafi Ya Ghani Ya Fattah Ya Razzaq




Ya Kafi, Ya Ghani, Ya Fattah, Ya Razak

ulang2 baca sepanjang hari dan malam sekadar yg mampu setiap hari

Maksud dlm bahasa Arab.

Ya Kafi = Allah Yg Maha Mencukupkan

Ya Ghani = Allah Yg Maha Kaya

Ya Fattah = Allah Yg Maha Pembuka Pintu Rahmat

Ya Razak = Allah Ya Maha Pemberi Rezeki



Peluang Bisnes di AEON Big, Wangsa Maju




Sesiapa yang berhajat dan berkemampuan untuk menyewa lot biz perniagaan di Big EON, Wangsa Maju, anda boleh hubungi nombor tertera di atas.

Ada beberapa lot kosong samada di aras Food Court atau kiosk atau push cart.

​Selamat Mencuba.






Peluang Bisnes di Melawati Mall, Taman Melawati




Melawati Mall yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur dijangka dibuka pada orang ramai pada Julai 2017.. 

Jika anda ingin menyewa business lot atau kiosk atau cart  anda boleh hubungi mereka untuk membuat pertanyaan.


Anda boleh layari www.melawatimall.com untuk pertanyaan online atau hubungi 
+60 16 920 1000 atau email  leasing@melawati-mall.com

Selamat Maju Jaya..










Monday, August 8, 2016

Bisnes Food Truck



Sebelum mencebur diri ke bisnes Food Truck anda harus membuat beberapa keputusan umpamanya :-
  • Anda boleh memasak?
  • Masakan jenis apa yang anda suka memasak?
  • Masakan yang popular di sekitar kawasan anda
  • Kemudahan mendapatkan bahan bahan untuk memasak
  • Masakan jenis apa yang mudah dibawa ke dalam food truck
  • Kemudahan untuk menyediakan or memanas masakan dalam ruang food truck
  • Jenis masakan yang yang memudahkan anda memasak atau yang mudah untuk anda untuk mencuba resipi baru
  • Jenis masakan yang mudah dibawa oleh pelanggan
  • Jenis masakan yang berpotensi untuk dijual pada kos yang efektif
  • Jenis masakan yang tidak dijual oleh food truck bisnes yang lain
  • Waktu perniagaan anda samada sarapan pagi, tengahhari , makan malam atau larut malam atau kesemuanya sekali
  • Jenis makanan yang dijual agar ianya bersesuaian dengan ruang food truck

Makanan
Anda harus bersedia untuk mencuba resipi baru disamping menggunakan kaum keluarga dan sahabat andai untuk memberi komen mengenai resipi baru. 
Pastikan resipi anda mudah dibuat dalam kuantiti yang besar , rasa yang konsisten, mudah dijamu dan mudah dibawa kehulu hilir 

Lesen dan Permit
Pastikan anda menghubungi pihak berkuasa tempatan mengenai lesen, permit & sijil kesihatan yang perlu ada pada anda dan pekerja anda sebelum anda mula membeli food truck.

Lokasi Food Truck Anda
Anda harus menjana harian pendapatan mininam untuk mendapatkan pulang modal anda. Setidak tidaknya anda harus memastikan lokasi food truck mampu menarik jumlah pengunjung yang boleh memberi pulang modal pada anda.. 
Lokasi yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

a. Sekitar lokasi pejabat
b. Sekitar shopping malls 
c. Sekitar kawasan yang popular dengan pelancung
d. Sekitar kawasan yang menganjurkan program sukan atau program yang lain
e. Sekitar kawasan yang menganjurkan persidangan atau pertunjukkan 
f.  Sekitar kawasan pantai dan riadah
g. Sekitar kawasan station LRT atau bas atau teksi
h. Sekitar kawasan kampus kolej univerisiti, kolej atau universiti
i. Sekitar kawasan yang dibenarkan bisnes food truck oleh pihak berkuasa tempatan
j. Sekitar kawasan festival seperti majlis perkahwinan, hari sukan sekolah dsb

Kos Permulaan
Tiada formula khusus mengenai kos untuk memulakan mana mana jenis perniagaan. Tetapi anda harus membuat senarai barang-barang atau perkakasan yang diperlukan untuk memulakan food truck bisnes termasuk ubah suai pada food truck anda.

Anda harus juga memikirkan aspek aspek berikut :
Truck atau Lori
a. Penyelenggaraan Food Truck secara bulanan i.e. wear & tear dll
b. Kos inspection di Puspakom
c. Kos penggunaan diesel atau petrol
d. Kos Insurance dan lesen JPJ
e. Kos keselamatan lori atau truck anda dari segi kecurian, kelalaian pihak ketiga dan sebagainya

Secara am senarai kos permulaan adalah seperti berikut :-
Pembelian food truck
Food truck inspection
Ubahsuai Food Truck
Generator
POS System
Mengecat Food Truck
Kos pembelian bahan bahan masakan
Perkakasan & Peralatan Dapur
Website
Pemasaran
Gaji Pekerja
Penyewaan perkakasan dapur
Minyak
Permit & Lesen
Insurance

Pemasaran
Walaupun bisnes anda jenis bergerak tetapi anda harus juga memikirkan aspek pemasaran untuk menambah pendapatan seperti pemasaran di sosial media mahupun pamplet agar lebih ramai yang tahu mengenai kewujudan bisnes anda. Berkemungkinan juga anda boleh mengadakan catering bergerak atas jemputan orang ramai.

Bantuan Modal
Jika anda seorang graduan anda boleh membuat permohonan pinjaman perniagaan tetapi harus diingat yang anda perlu menyediakan kertas kerja termasuk kos dan pulangan. Permohonan pinjaman boleh dilakukan samada melalui bank swasta, anak syarikat kerajaan seperti TEKUN, Perbadanan Usahawan mahupun orang perseorangan yang mahu melabur dengan anda.

Famili
a. Anda harus bersedia "berjauhan dengan keluarga" berkemungkinan anda keluar awal pagi dan balik kerumah bila hari sudah gelap





Friday, August 5, 2016

Intai-Intai Bisnes - Penyambungan Pembinaan DUKE Highway



Lebuhraya DUKE ( Damansara - Ulu Kelang Expressway) bermula dari Damansara hingga ke persimpangan di Ulu Kelang meliputi interchanges & ramp berikut :-

Interchanges
  • Duta
  • Kuching
  • Sentul Pasar
  • Setiawangsa
  • Hillview
  • Bandar Dalam
  • Greenwood

Ramps
  • Sentul
  • Jalan Pahang
  • Jalan Semarak
  • Jalan 37/56
  • Ayer Jernih


KESTURI (Konsortium Lebuhraya  Utara-Timur (KL) Sdn Bhd) ditugaskan merekabentuk, membina, mengurus, mengawal selia dan menyelenggara Lebuhraya DUKE.

Secara am Lebuhraya terbahagi pada DUKE FASA 1, DUKE FASA 2 dan DUKE FASA 3.
DUKE FASA 1 telah pun siap dibina manakala DUKE FASA 2 dalam proses pembinaan dan DUKE FASA 3 dijangka akan bermula tidak lama lagi.


Apakah bisnes yang boleh yang terdapat dalam pembinaan DUKE FASA 2 dan DUKE FASA 3 ?

a. Kerja-kerja sivil 
b. Kerja-kerja infrastruktur
c. Kerja-kerja elektrikal
d. Kerja-kerja mechanical

Siapa yang patut anda jumpa

a. KESTURI
b. EKOVEST
c. Pihak JuruPerunding
d. Kontraktor Utama

Harga pembinaan

a. DUKE FASA 3 - RM 3.57 billion
b. DUKE FASA 2 - RM 1.18 billion








Wednesday, August 3, 2016

Bila Kekawan Mempertikaikan Produk Anda


Picture

Anda sudah berbisnes agak lama.

Bisnes anda terlibat dalam bidang perkhidmatan dan juga bidang pembekalan barang-barang kejuruteraan.

Untuk memastikan harga perkhidmatan dan pembekalan produk anda sentiasa berada di tahap kompetitif, anda tiada pilihan lain selain dari outsource barang-barang anda samada dari China atau dari negara negara lain.

Walaubagaimanapun anda sentiasa tidak mengabaikan tahap kualiti produk-produk anda agar sentiasa at par dengan produk-produk yang setaraf dengannya di sini.

Membekal produk-produk anda kepada pelanggan yang anda tidak kenali adalah lebih mudah dari membekal produk-produk anda kepada kekawan yang seangkatan dengan anda.

Apakan tidaknya..

Kekawan anda skeptikal dengan produk anda.

Produk yang dibeli dari orang lain tidak pernah dipertikaikan oleh kekawan anda malahan orang lain pun ambil dari China juga.

Tidak pula kekawan anda argue orang lain supply barang Made-In Puchong dan Made-In Jinjang.. malahan dipuji adalah..

Ada yang akan berkata sebegini rupa samada out of concerned atau sengaja tidak mahu berbisnes dengan anda ....

" Produk kau ni ada kualiti ke?"
" Peralatan aku semuanya ada standard dan quality .. kang aku ambil kau punya aku takut quality out..."

Quality my ass..  ingat kita ni jual barang lusuh ke ?
Picture
Tapi bila ada sedara mara sakit buah pinggang pandai pulak pergi China cari ganti...

Tak tanya ke.. ada quality ke buah pinggang dari China tu ???

Quality my arse..