Wednesday, August 3, 2016

Bila Kekawan Mempertikaikan Produk Anda


Picture

Anda sudah berbisnes agak lama.

Bisnes anda terlibat dalam bidang perkhidmatan dan juga bidang pembekalan barang-barang kejuruteraan.

Untuk memastikan harga perkhidmatan dan pembekalan produk anda sentiasa berada di tahap kompetitif, anda tiada pilihan lain selain dari outsource barang-barang anda samada dari China atau dari negara negara lain.

Walaubagaimanapun anda sentiasa tidak mengabaikan tahap kualiti produk-produk anda agar sentiasa at par dengan produk-produk yang setaraf dengannya di sini.

Membekal produk-produk anda kepada pelanggan yang anda tidak kenali adalah lebih mudah dari membekal produk-produk anda kepada kekawan yang seangkatan dengan anda.

Apakan tidaknya..

Kekawan anda skeptikal dengan produk anda.

Produk yang dibeli dari orang lain tidak pernah dipertikaikan oleh kekawan anda malahan orang lain pun ambil dari China juga.

Tidak pula kekawan anda argue orang lain supply barang Made-In Puchong dan Made-In Jinjang.. malahan dipuji adalah..

Ada yang akan berkata sebegini rupa samada out of concerned atau sengaja tidak mahu berbisnes dengan anda ....

" Produk kau ni ada kualiti ke?"
" Peralatan aku semuanya ada standard dan quality .. kang aku ambil kau punya aku takut quality out..."

Quality my ass..  ingat kita ni jual barang lusuh ke ?
Picture
Tapi bila ada sedara mara sakit buah pinggang pandai pulak pergi China cari ganti...

Tak tanya ke.. ada quality ke buah pinggang dari China tu ???

Quality my arse..

No comments:

Post a Comment