Sunday, May 10, 2009

Kaedah Mudah SIFIR - E-BOOK


Sifir adalah mudah. Sesiapa saja boleh menyelesaikan jawapan sifir dengan mudah jika diberi cara atau teknik yang mudah.

Kaedah Mudah Sifir ini bukanlah kaedah bagaimana untuk menghafal sifir. Sebaliknya kaedah yang dipermudahkan untuk para pelajar atau ibubapa mendapatkan segera jawapan SIFIR tanpa perlu menghafal.

Jadi janganlah terlepas peluang keemasan ini... Cepat lah membeli E-Kaedah Mudah Sifir ini untuk anak anda agar SIFIR yang susah menjadi senang dan senang bertambah mudah...



Sifir ibarat sebuah refleksi di cermin. Jika anda tahu sebahagian dari SIFIR 1 - SIFIR 11, jadi secara otomatik anda tahu kesemua jawapan SIFIR. Ini kerana, jika diperhatikan gambarajah seperti di atas, jawapan SIFIR 6 x 8 adalah sama dengan 8 x 6!!! Jika anda mengetahui sebahagian dari SIFIR 1 - SIFIR 11 jadi anda tahu kesemua jawapan SIFIR 1 - SIFIR 11...

Dengan adanya Kaedah Mudah Sifir ini, para pelajar akan lebih teruja dan lebih bersemangat untuk menyelesaikan masalah Sifir 1 – Sifir 11.

Ini berdasarkan kepada pengalaman saya ketika mengadakan Kelas Mudah Sifir yang saya adakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad. Saya dapati para pelajar yang lemah sifir akan lebih teruja dengan Kaedah Mudah Sifir ini yang mana Sifir yang mereka sangka susah selama ini menjadi lebih mudah. Dengan Kaedah ini anak anda akan lebih yakin pada diri mereka dan seterusnya lebih bersemangat untuk menyelesaikan masalah sifir.

Dengan memberikan jawapan SIFIR yang tepat, pelajar akan merasa bangga dan ini akan menaikkan lagi moral mereka untuk belajar sifir kerana mereka akan beranggapan mereka mempunyai teknik yang memudahkan mereka untuk mendapat jawapan Sifir dengan mudah !!

Berikut dilampirkan Demo E-Kaedah Mudah untuk anda membuat penilaian sebelum membuat pembelian. Walaubagaimana E-Kaedah Mudah SIFIR akan memberi anda secara terperinci bagaimana untuk mendapatkan jawapan SIFIR samada menggunakan teknik jari-jemari ataupun teknik mudah nombor rujukan 10. Kesemua teknik akan diperincikan dengan lebih detail agar mudah difahami oleh para pelajar.

Demo E-Kaedah Mudah SIFIR seperti ditunjukkan dibawah ini hanyalah diambil secara rawak dari buku E-Kaedah Mudah SIFIR yang sebenar.













Adalah diharapkan Kaedah Mudah Sifir dapat membantu mereka yang lemah dalam Sifir agar dapat memudahkan mereka menyelesaikan masalah matematik.


Apa kata mereka yang telah membeli senaskah E-Kaedah Mudah Sifir Ini ?

Pn. Sharina Amir .....


Saya mempunyai seorang anak yang berusia 8 Tahun,yang masih belum dapat menghafal sfir. Tapi alhamdulillah, setelah saya mencuba kaedah Tuan, dan mengajarnya dalam masa sehari sahaja dia dapat menjawab soalan sifir yang susah. Saya sangat-sangat bersyukur menjumpai kaedah ini bukan saja saya seronok dengan perkembangan anak saya ini, malah beliau juga gembira dan tidak sangka dapat menjawab soalan sifir yang sangat susah, contoh 7X8, 8X9 , 7X7 dan seterusnya. Saya rasa memang sangat berbaloi denga RM 10 harge E-book ini. Inilah pengajaran sifir yang pada saya memang sesuai untuk anak-anak, yang malas menghafal sifir ( seperti anak saya). Terima kasih.

En. Rosli ...


ok tk saya da terima. saya sedang praktikkan. nampaknya memang mudah dan senang. cuma skrng ni nk show to my childs pulak....

Rebutlah peluang keemasan ini dengan membeli E-Kaedah Mudah Sifir pada harga RM20.

Anda pasti tidak menyesal dan anak anda pasti teruja dengan Kaedah Mudah Sifir ini...

Saturday, May 9, 2009

FOREX - FOREIGN EXCHANGE

Sejak kebelakangan ini ramai diantara orang Melayu yang beragama Islam ingin mengetahui lebih mendalam mengenai FOREX. Memandangkan keadaan ekonomi yang semakin gawat dan ramai yang kehilangan pekerjaan disebabkan oleh sistem VSS, ramai di antara kita yang ingin mencuba menjana sistem kewangan yang stabil melalui internet.

Tetapi sejak kebelakangan ini juga ramai diantara kita yang kurang faham atau kurang membaca mengenai sistem FOREX ini dari segi kacamata Islam. Ada diantara kita hanya mendengar cakap kawan-kawan yang boleh dipercayai atau membaca artikel-artikel beberapa tahun yang lalu atau membaca artikel mengenai FOREX dari pendapat ISLAM sekadar membaca.

Akibatnya kita bergaduh atau bertelagah sesama sendiri dengan masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing menggunakan sumber-sumber atau pendapat yang ada pada mereka.

Tidak dinafikan di Malaysia, Bank Negara tidak membenarkan rakyat Malaysia bermain FOREX kerana dianggap agak "volatile" ataupun anda boleh rugi besar dalam masa beberapa minit.

Tetapi kebanyakan bank-bank di Malaysia mendapat keuntungan agak lumayan pada tahun 2008 dengan hanya bermain FOREX termasuk bank-bank yang mengamalkan sistem syariah.

Ada juga antara bank pusat yang mengalami kerugian sehingga RM1billion akibat bermain FOREX pada tahun-tahun lepas.

Dari segi kacamata Islam, isu FOREX harus dikupas secara satu-persatu mengenai permainan FOREX agar lebih jelas pada masyarakat Islam kerana permainan FOREX terbahagi pada beberapa cara permainan FOREX.

Ibarat seperti kata-kata Ust Zaharuddin, permainan FOREX boleh dikataertikan seperti menternak ayam. Jika cara sembelihan dan pemakanan ayam tidak betul atau tidak menuruti cara syariah Islam maka hukumnya adalah haram

Ikuti syarahan Ust Zaharuddin di bawah ini..

Video 1 - Hukum Perniagaan




Video 2 - Hukum FOREX



Video 3 - FOREX Yang Dibenarkan



Video 4 - FOREX Yang TIDAK Dibenarkan



Apakah itu FOREX dan siapakah pemain FOREX ?



Apakah itu SPOT FOREX ?



Macamana FOREX Berfungsi ?




Pihak JAKIM ada mengeluarkan pendapat mengenai FOREX melalui seorang Muslim yang mengutarakan isu FOREX pada bulan March 2008 melalui internet.


Inilah pertanyaannya dan inilah jawapan dari JAKIM. Terpulang pada anda untuk membuat kesimpulan kerana mengeluarkan sesuatu hukum samada HALAL atau HARAM sepertimana kata Ust. Zaharuddin memerlukan masa dan penyelidikan yang teliti oleh mereka-mereka yang pakar dari segi agama.


Tarikh Hantar Soalan
:
12/02/2008 03:25 AM
Soalan
:
Assalamualaikum.

Di sini saya ada kemusykilan berhubung dengan soal Forex atau perdagangan matawang antarabangsa.

1) Apakah hukum Forex yang sebenarnya? Terdapat banyak kekeliruan pada masa sekarang terhadap hukum Forex jadi saya ingin mengetahui pendapat JAKIM sendiri tentang isu ini.

2) Apakah yang dimaksudkan dengan "pertangguhan dalam pertukaran matawang?" Adakah unsur ini terdapat di dalam Forex secara online?

3) Apa pula pendapat JAKIM tentang leverage dalam Forex? Adakah cara operasi Leverage itu sendiri yang haram ataupun swap (riba) yang terkandung di dalam leverage itu yang menyebabkan ia haram? Jika servis Leverage yang ditawarkan oleh broker Forex tidak dikenakan swap (riba) bagaimana?

4) Apa pendapat JAKIM bagi situasi dibawah:

4 orang trader Forex mendepositkan USD5,000 ke dalam akaun Forex mereka.

Trader 1:

Beliau memulakan transaksi BUY untuk pasangan GBP/USD, dimana beliau membeli matawang GBP (pada jumlah tertentu) dengan menjual matawang USD (yang dimiliki pada asalnya). Dan selepas nilai matawang GBP tersebut naik, beliau menjual semula matawang GBP tersebut dan mendapat semula matawang USD (dengan keuntungan).

Trader 2:

Beliau memulakan transaksi SELL untuk pasangan GBP/USD, dimana beliau menjual matawang GBP (di mana pada masa ini beliau hanya mendepositkan nilai dalam matawang USD sahaja) dan membeli matawang USD. Selepas nilai matawang GBP tersebut menurun, beliau menjual semula matawang USD dan mendapat matawang GBP (dengan keuntungan)


Trader 3:

Beliau memulakan transaksi BUY untuk pasangan USD/CHF, dimana beliau membeli matawang USD (pada jumlah tertentu) dengan menjual matawang CHF(yang tidak dimiliki pada asalnya). Dan selepas nilai matawang USD tersebut naik, beliau menjual semula matawang USD tersebut dan mendapat semula matawang CHF (dengan keuntungan).

Trader 4

Beliau memulakan transaksi SELL untuk pasangan USD/CHF, dimana beliau menjual matawang USD (yang dimilikinya) dan membeli matawang CHF. Selepas nilai matawang USD tersebut menurun, beliau menjual semula matawang CHFdan mendapat matawang USD (dengan keuntungan)

kesimpulan kes:
Trader mendeposit sejumlah wang dalam matawang USD
KES1: Beli GBP -- Jual USD -- GBP naik -- Jual GBP -- dapat USD
KES2: Jual GBP -- Beli USD -- GBP turun -- Jual USD -- dapat GBP
KES3: Beli USD -- Jual CHF -- USD naik -- Jual USD -- dapat CHF
KES4: Jual USD -- Beli CHF -- USD turun -- Jual CHF -- dapat USD

kes mana yang dibenarkan dan kes mana yang hukumnya haram.

Di harap JAKIM dapat mengemukakan pendapat JAKIM tentang perkara ini kerana ia sudah banyak dipersoalkan oleh masyarakat melayu terutama yang mencari rezeki dalam bidang ini.

Sekian terima kasih..
Jawapan
:
Pertukaran wang dengan wang seperti yang terdapat pada urusniaga dalam perniagaan pasaran mata wang (forex trading) adalah mengandungi unsur riba. Kedudukan nilai mata wang dalam pasaran pula adalah tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Keadaan sebegini boleh dikategorikan sebagai satu penipuan kepada pihak yang menyertainya. Perniagaan dalam pasaran mata wang seumpama ini berlaku tidak dalam satu majlis tetapi jika sebaliknya adalah harus seumpama money changer kerana telah ditetapkan harganya. Oleh itu, penyertaan pelaburan dalam pasaran mata wang (forex trading) hukumnya tidak halal kerana mengandungi unsur riba...
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 190308
Tarikh Selesai
:
19/0

Kursus Fiber Optics

Pihak kami akan mengadakan 8 kursus fiber optics merangkumi dari :-

  1. 4 Hari - Theory & Hands-ON untuk Field Personnel ( mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam fiber optics )
  2. 2 Hari - Fiber Optics for Non-Technician Personnel (untuk mereka-mereka yang ingin mengetahui mengenai selok belok fiber optics tetapi tidak terlalu teknikal)
  3. 2 Hari - Project Management in Fiber Optics ( khusus untuk mereka yang terlibat dalam bidang bisnes fiber optik tetapi tidak tahu atau kurang pasti cara-cara pengendalian atau pengurusan fiber optics dari teknikal, kewangan mahupun dokumentasi)
  4. 1 Hari - How To Become Fiber Optics Contractor ( Anada akan diajar mengenai lesen yang diperlukan, cara-cara pendaftaran dengan pihak pelanggan, peralatan fiber optics yang diperlukan dan kos, sumber tenaga manusia yang diiktiraf oleh pihak SKMM, sumber bahan-bahan fiber optics yang berpatutan dan berkualiti samada dari luar dalam mahupun dari luar negara)
  5. 1 Hari - Business Opportunities in Fiber Optics ( Anda akan didedahkan bidang-bidang yang anda boleh buat bisnes melalui fiber optik)
  6. 1 Hari - Teknikal -- Memahami Teori dan Praktikal Fiber Optik Splicing
  7. 1 Hari - Teknikal -- Memahami Teori dan Praktikal Kegunaan OTDR
  8. 1 Hari - Teknikal -- Memahami Teori dan Praktikal Power Meter & Lightsource
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan pembayaran sila hubungi 017 500 3384 atau anda boleh layari web Bayatech di sini.

Thursday, April 23, 2009

Why Engineers Make Less Money

Why executives make more money

Engineers and scientists will never make as much money as business executives. Now, for the first time we have a rigid Mathematical proof that explains why this is true.
Postulate 1: Knowledge is power.


Postulate 2: Time is money.
Now, as every Engineer knows,
 Work
-------- = Power
Time

Since Knowledge = Power, and Time = Money, we have

Work
-------- = Knowledge
Money


Solving for Money, we get:

Work
------------ = Money
Knowledge

Thus, as Knowledge approaches zero, Money approaches infinity, regardless of the amount of work done.
Conclusion: The less you know, the more you make.

Engineers vs Managers

Engineers vs. Managers

A group of managers were given the assignment to measure the height of a flagpole. So they go out to the flagpole with ladders and tape measures, and they're falling off the ladders, dropping the tape measures - the whole thing is just a mess.

An engineer comes along and sees what they're trying to do, walks over, pulls the flagpole out of the ground, lays it flat, measures it from end to end, gives the measurement to one of the managers and walks away.

After the engineer has gone, one manager turns to another and laughs. "Isn't that just like an engineer, we're looking for the height and he gives us the length."

Wednesday, April 22, 2009

Ahli Syurga Vs Ahli Neraka

Pada suatu ketika setelah kiamat tamat, termaktublah seperti dalam perjanjian manusia dibahagi pada Ahli Syurga dan Ahli Neraka..

Setelah sekian lama di dalam syurga dan neraka, pada suatu masa ahli syurga dan ahli neraka telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan membina jambatan antara syurga dan neraka.

Telah juga dipersetujui bahawa Ahli syurga akan membina jambatan dari syurga ke neraka dan ahli neraka akan membina jambatan dari neraka dan syurga mengikut spesifikasi yang disediakan dan ditetapkan samada dari segi material yang diperlukan dan sumber tenaga.

Pada hari yang telah ditetapkan untuk memulakan pertandingan pembinaan jambatan, maka ahli syurga dan ahli neraka memulakan pembinaan jambatan dari syurga ke neraka dan dari neraka ke syurga. Pertandingan adalah berdasarkan siapa yang siap dahulu dia lah yang bakal memenangi pertandingan ini.

Setelah beberapa minggu dan bulan berlalu, ahli neraka diisytiharkan pemenang pertandingan membina jambatan antara neraka dan syurga.

Ada pihak-pihak yang kurang bersetuju atas kemenangan ahli neraka ini kerana bagi mereka ahli syurga lah yang patut memenangi pertandingan ini.

Setelah siasatan demi siasatan dijalankan akhirnya mereka akur dengan kemenangan ahli neraka.

Apakah yang mereka akur?

Siasatan menunjukkan ahli neraka yang membina jambatan dari neraka ke syurga adalah merupakan kontraktor-kontraktor pembinaan semasa hayat mereka di dunia..

He he he he... jangan marahhhhhhhh...

Engineers and Lawyers

There was once an engineer who found a magic lamp. When he rubbed it, a genie jumped out and said to him, "You have three wishes. But there is a catch - this wish system of mine was designed by a lawyer, so whatever you wish for every lawyer in the world will get double of!"

The engineer replied, "That's no problem, I can live with that." He then said, "For my first wish, I wish I had a Ferarri."

"OK", said the genie, and a Ferarri appeared in front of the engineer. "But remember, every lawyer in the world now has 2 Ferarris," the genie told the engineer.

The engineer remained unperturbed and said, "For my second wish, I wish for a million bucks." So a million bucks appeared in front of the engineer and the genie said, "remember, every lawyer in the world now has 2 million bucks."

The engineer was non-committal and then said, "I always wished I could donate a kidney!"

Tuesday, April 21, 2009

Engineering VS Management

Engineering Vs Management

Woman in a hot air balloon realized she was lost. She reduced altitude and spotted a man below. She descended a bit more and shouted, 'Excuse me sir, can you help me? I promised a friend I would meet him an hour ago but I don't know where I am.'

The man below replied, 'You're in a hot air balloon hovering approximately 30 feet above the ground. You're between 40 and 41 degrees north latitude and between 59 and 60 degrees west longitude.'

'You must be an engineer,' said the lady balloonist.

'I am', replied the man. 'How did you know?'

'Well, answered the balloonist, 'everything you told me is technically correct, but I've no idea what tomake of your information, and the fact is I'm still lost. Frankly, you've not been much help to me at all. If anything, you've delayed my trip even more.'

The man below responded, 'You must be in management.'

'I am,' replied the lady balloonist, 'but, how did you know?'

'Well,' said the man, 'You don't know where you are, or where you're going. You have risen to where you are, due to a large quantity of hot air within. You made a promise, which you've no idea how to keep, and you expect people beneath you, to solve your problems, and you are prompt to blame others for your fate and stupid deeds!!!!!

Sunday, April 12, 2009

Kaedah Mudah Sifir

Kelas Mudah Sifir akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Tuan-tuan boleh pilih samada sesi pagi (10 am - 12pm) atau sesi petang (2pm - 4pm).

Bayaran adalah RM35 seorang satu sesi.

Anak tuan-tuan akan diajar cara mudah Sifir 1 - Sifir 11.

Pihak saya menyediakan pakej seperti berikut :-

1 kali sesi -- RM 35
2 kali sesi -- RM 60
3 kali sesi -- RM 80
4 kali sesi -- RM 100

Walaubagaimanapun terpulang pada tuan-tuan berdasarkan kepada kemampuan anak anda.

Minimum umur adalah 10 tahun atau berada di Darjah 4 keatas.

Sesi diatas hanya meliputi Sifir sahaja dan tidak merangkumi pendaraban / multiplication kerana anak anda harus faham mengenai sifir sebelum ke pendaraban / multiplication.

Kelas Pendaraban / Multiplication akan diadakan pada bulan Mei yang mana anak anda akan diajar cara pendaraban yang agak mudah untuk pendaraban melebihi 1 digit nombor.

Sila ke www.bayatech.com.my untuk pendaftaran

Thursday, January 29, 2009

Siapa kata memulakan perniagaan tiada kos ?


Anda terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi pada masa yang sama anda ingin menjimatkan kos memulakan perniagaan serta menjimatkan kos bulanan maintenance pejabat.

Kos memulakan perniagaan dari rumah memanglah hampir tiada tetapi majoriti pelanggan di bidang perkhidmatan mahupun produk lebih senang berbicara bila mengetahui anda mempunyai peniagaan di alamat yang boleh diterimapakai kecuali anda menjalankan perniagaan menjual produk melalui internet ataupun MLM.

Kebanyakan pelanggan di Malaysia mengukur "kejayaan" seseorang di bidang perniagaan berdasarkan pada kereta jenis apa yang anda bawa atau pun di mana lokasi anda berniaga.

Jika anda berkereta berjenama dan besar maka anda mendapat extra point sebelum anda boleh berurusniaga dengan mereka.

Jika anda berkereta kecil dan jenama biasa maka mereka ini lebih skeptikal di atas kemampuan anda untuk memberi perkhidmatan atau membeli produk anda kerana takut anda tidak berupaya dari segi kewangan.


Perbelanjaan Bulanan Perniagaan

KOS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Pejabat Sendiri

RM

Rumah

RM

Pejabat ( Deposit, 1st month Sewa)

2,400

0

Deposit (Electricity & Water)

1,200

0

Ubaisuai Pejabat

8,000

0

Perabut Pejabat & Perkakas

5,000

0

Minimum Kos

16,600

0



KOS BULANAN PERNIAGAAN

Pejabat Sendiri

RM

Rumah

RM

Office Rental

1,200

0

Admin Clerk (EPF, SOCSO etc)

1,300

0

Utilities (TNB, Syabas, Indah Water, Telekom, Internet line , Parking etc)

800

400

Minimum Kos

3,200

400



Pengiraan di atas berdasarkan pada sewa bilik pejabat keluasan 20' x 70' di tingkat 2 / tingkat 3.
Kos renovation termasuk 1 bilik bos & 1 bilik meeting & 3 unit air-conditioners.
Kos perabut termasuk perabut bilik bos, perabut kerani / kerani akaun & perabut mesyuarat.
Sewa pejabat adalah RM1200 sebulan.

Siapa kata memulakan perniagaan tiada kos ?

Walaupun memulakan perniagaan di rumah kos paling minimum pun adalah RM400 sebulan. Jika dimasukkan bil elektrik, bil air dan bil telefon rumah dalam business expenses maka kos bulanan tentu akan meningkat.
Kos di atas belum termasuk lagi kos bil handphone & kos entertainment umpamanya belanja client makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam (jika appointment waktu malam).

Adakah cara lain yang dapat membantu mengurangkan kos perniagaan?






Tuesday, January 20, 2009

Solat Dari Perspektif Sains


Orang Islam wajib mengerjakan solat lima kali sehari semalam disamping digalakkan melakukan solat sunat terutamanya solat tahajud pada waktu malam.

Kita hanya mengerjakan solat atas hukum wajib tetapi kita kurang ambil tahu apakah kebaikan solat dari sudut kacamata sains.

Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?

Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?

Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif sains ?

Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.


Adakah mana-mana institusi-institusi di Malaysia atau di dunia yang telah mengadakan kajian saintifik terhadap solat ?

Ya. Kajian saintifik terhadap solat
telah dijalankan oleh sekumpulan para penyelidik dari Universiti Malaya di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan. Hasil kajian mereka telah dibukukan dan berada di pasaran sekarang. Buku tersebut boleh didapati samada dalam versi Bahasa Malaysia atau English.





Apakah kesan kajian saintifik yang diambil kira selain dari kesan fizikal dan mental terhadap mereka yang mengamalkan solat ?

Para penyelidik dari Universiti Malaya membuat kajian saintifik mengenai kesan pergerakkan solat terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular (jantung), sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otot dan disfungsi ereksi (mati pucuk) dan hasil kajian saintifik mereka amat mengagumkan.

Apakah yang boleh disimpulkan secara ringkas ?

Secara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-

a. Komposisi Badan

Kajian Pertama
  • solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
  • tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
  • tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
Kajian Kedua

b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)



Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

c. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.




d. Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.


e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)




Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.