Sunday, May 29, 2011

Kursus 2Hari Fiber Optics dari ZERO ...


Sesuai yang ingin belajar Fiber Optics dari ASAS dan mempunyai background ZERO...

Anda akan diajar dari A - Z dalam Kursus Fiber Optics 2 Hari bersama dengan theory dan praktical / hands-on...

Anda akan boleh menghantar sebutharga pada potensi pelanggan anda pada kadar harga yang kompetitif...

Anda akan tahu dimana dan bagaimana untuk mendapatkan produk fiber optik yang berkualiti pada harga yang kompetitif..

Anda berkeupaayan untuk mengawal selia kerja-kerja sub-kontraktor anda...

Anda akan tahu jika subkontraktor anda tidak melakukan kerja-kerja fiber optics mengikut spesifikasi...

Berdaftarlah sekarang Kursus / Seminar Fiber Optics 2Hari ...

Untuk ketahui silabus sila layari di Kursus 2Hari Fiber Optics atau layari disini untuk ketahui 9 Seminar ASAS Fiber Optics

Untuk berdaftar online sila layari sila toleh ke kanan anda ------->>>

atau anda boleh menghantar email ke fiberbaya@gmail.com untuk pertanyaan selanjutnya atau

sila hubungi Fihir di talian 017 500 3384

Saturday, May 28, 2011

Orang Melayu Cuma Nak Cepat Dapat Duit... Skim 2




Skim 2 ni yang agak paling menarik.

Ramai yang join Skim 2 ni..

Tak kira yang pandai atau yang tak pandai..

Skim 2 ni Skim HIBAH...

Apa itu HIBAH ?

Hibah itu adalah satu pemberian atau hadiah dari seseorang kepada seseorang sama ada orang kaya mahupun orang miskin.

Harus diingat Hibah bukanlah sedekah..

Macamana konsep HIBAH Skim 2 ni?

Dipendekkan cerita..

Adalah sorang Mamat Indonesia ni pada zaman dulu-dulu...

Dok kumpul harta sehingga berbillion-billion USD di luar negara..

La ni Mamat tu nak bayar zakat...

Jadi mamat tu nak share dengan semua orang yang memerlukan..

Jadi nak mudahkan cerita...

Dia bagi HIBAH...

Apa lagi ada seekor Mamat kat Malaysia ni..

Mungkin dah buat kira-kira campur tolak dari awal..

Buat satu konsortium..

Konon-kononnya dia dapat uruskan harta Mamat si Indonesia ni..

La ni tengah dok cari orang nak bagi Hibah....

Tapi ada syarat...

1 Lot Hibah dapat lebih kurang RM300,000.00...

Nak dapat RM 300,000.00 kena tanggung cost transfer duit & paper work..

Jadi cost transfer depa kira 1 Lot = RM 4,000.00

Jadi kalu nak berjuta duit Hibab kenalah ambil 4 lot..

Bila dapat duit Hibah ni bang?

Kabornya sebelum Hari Raya ...

Apa lagi..

Mana yang tak ada duit , meminjam sana dan sini...

Dok tamat sangat nak Hibah sampai jutaan Ringgit Malaysia

Depa dok beli ber lot-lot..

Ramai dah berangan-angan sambut Raya besar besaran...

Lepas satu Hari Raya ke satu Hari Raya..

Duit tak jugak masuk akaun... Dah masuk tahun ke 4 ni..

Apa dah jadi tuan Hibah?

Bila di tanya

Depa dok kata... kerja-kerja paper work semua dah siapp... sikit lagi sikit lagi.. sabar sabar..

Dah masuk tahun ke 6 ni..

Tanya lagi si Agen Hibab tu..

Macamana ni Tuan... dah tunggu 6 tahun...

Tahu apa agen tu jawab?

Minta maaf la tuan..

Saya pun macam tuan jugak ambil ber lot lot

Saya pun tak dapat apa-apa..

Baru saya tahu..

Yang selama ni tuan...

Saya dah kena PUKAU dek Mamat ni..

Patutlah selama ni saya dok ikut Mamat tu cakap apa...

Hancusssss....






Bila Sime Darby kata orang Melayu tak Pandai Urus Projek...



Sime Darby dah keluar dari bisnes Oil & Gas...

Macam mana depa keluar?

Depa jual Teluk Ramunia Fabrication Yard ke Petronas pada harga harga tunai RM296 juta dan Pasir Gudang Fabrication Yard ke Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings pada harga tunai RM 399 juta...

Apa itu Fabrication Yard?

Ini adalah tempat di mana mereka membina dari zero offshore oil platform ke oil platform yang serba lengkap sebelum di bawa ke tengah laut..

Kenapa depa nak keluar ?

Ini adalah ungkapan dari Sime Darby's President dan Group Chief Executive Datuk Mohd Bakke Salleh..

" There are too many variables in this business. You need to depend on the clients' specification, you have to get your costing right and there are continuos contract management issues. Do we have really have all this expertise?

"Furthermore there ais a lot of reliance on third parties or sub-contractors. We do not want to take on jobs with this type of risk profile. This is a business where the likelihood lf losing money is probable"


Dah kenapa pulak cakap macam tu?

Kesian kat orang Melayu.

Rupa-rupanya orang Melayu ni tak pandai dalam serba serbi..

Tak pandai baca spesifikasi

Tak pandai manage sub-kontractor

Yang paling penting tak pandai nak baca kontrak..

Ishhhh.. kesiannya orang Melayu

Tak pandai urus projek?

Sampai begitu sekali Sime Darby dok pikir...

Tapi yang cakap tu pandai buat apa ya?

Lepas ni Sime Darby nak buat apa?

Projek mana yang tak risiko..

Projek apa yang tak ada spesifkasi..

Projek apa yang tak pakai kontraktor..

Ni yang musykil ni.....

Yang bagus Sime Darby ni buat rumah je..

Sebabnya semua spesifikasi rumah depa buat sendiri..

Cuma bila nak buat rumah & nak rata tanah ...

Takkan Sime Darby nak buat sendiri kott...

Macam mana Malaysia nak maju dan tambah teknologi kalu anak syarikat kerajaan sendiri dah kata macam tu...

Menarik juga ni..










Wednesday, May 25, 2011

Bila Kawan Mempertikaikan Produk Anda..


Anda sudah berbisnes agak lama.

Bisnes anda terlibat dalam bidang perkhidmatan dan juga bidang pembekalan barang-barang kejuruteraan.

Untuk memastikan harga perkhidmatan dan pembekalan produk anda sentiasa berada di tahap kompetitif, anda tiada pilihan lain selain dari outsource barang-barang anda samada dari China atau dari negara negara lain.

Walaubagaimanapun anda sentiasa tidak mengabaikan tahap kualiti produk-produk anda agar sentiasa at par dengan produk-produk yang setaraf dengannya di sini.

Membekal produk-produk anda kepada pelanggan yang anda tidak kenali adalah lebih mudah dari membekal produk-produk anda kepada kekawan yang seangkatan dengan anda.

Apakan tidaknya..

Kekawan anda skeptikal dengan produk anda.

Produk yang dibeli dari orang lain tidak pernah dipertikaikan oleh kekawan anda malahan orang lain pun ambil dari China juga.

Tidak pula kekawan anda argue orang lain supply barang Made-In Puchong dan Made-In Jinjang.. malahan dipuji adalah..

Ada yang akan berkata sebegini rupa samada out of concerned atau sengaja tidak mahu berbisnes dengan anda ....

" Produk kau ni ada kualiti ke?"

" Peralatan aku semuanya ada standard dan quality .. kang aku ambil kau punya aku takut quality out..."

Dah lama berkawan masih lagi tak tahu yang kita ni maintain & stress on product quality?



Tapi bila sedara sakit buah pinggang pandai pulak pergi China cari ganti...

Tak tanya ke.. ada quality ke buah pinggang kat China tu ???

Quality my arse..




Kawan yang Mentol



Anda pernah bekerja di syarikat yang bernama Seksa Sdn Bhd.

Anda mempunyai ramai kekawan yang sebaya dengan anda semasa bekerja di Seksa Sdn Bhd.

Salah satu kawan anda bernama SEKSI.

SEKSI terus dipromosikan ke pangkat yang lebih tinggi & berjaya menaik taraf pendidikan diri..

Anda pula beralih angin dengan bekerja sendiri.

Entah macamana pula anda tak pasal-pasal mendapat kontrak dengan si SEKSI.

Kononnya si SEKSI ingin menolong sahabat.

Tiada siapa yang tahu alasan yang sebenar atau si SEKSI sudah tiada pilihan.

Anda berjumpa si SEKSI dan mengucapkan terima kasih.

Si SEKSI membalas

" You sekarang dah jadi sub-kontraktor I, I tak boleh jumpa & bersembang dengan you lagi "

Mak aiii... macam taraf Brahmin dan pariah pulak...

Besor benor ke jawatannya tu sampai begitu sekali....

Tak sangka..

Lagi tinggi belajar...

Lagi tinggi naik pangkat...

Rupa-rupanya akal jadi singkat...

Seksi.... Seksi..




Bila Main Contractor Tak Bayar Sub Kontraktor




Ini adalah extreme case yang dilakukan oleh seorang sub-kontraktor di Kuantan, Pahang.

Beliau menggunakan excavator beliau untuk menghalang pintu keluar masuk ke tapak pembinaan projek kerajaan dengan alasan main contractor gagal membuat payment sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini adalah salah satu cabaran yang dialami oleh semua yang menjalankan perniagaan sendiri.

Masalah payment atau pembayaran yang berdasarkan pada "back-to-back".. iaitu pembayaran akan dilakukan setelah pihak kerajaan membuat pembayaran terlebih dahulu.

Yang untung besar adalah main contractor.

Cuma perlu dapatkan kontrak.

Yang mengeluarkan peluh , keringat dan duit untuk pembinaan projek adalah sub-kontraktor.

Alahaii... syoknya jadi main kontraktor..

Jadilah kontraktor yang mempunyai "technical-know-who".. dan bukannya "technical-know-how"..

Anda ada kepakaran tetapi tidak ada "know-who".. siapalah anda...

Anda mahukan rezeki yang bersih anda jadilah sub kontaktor sampai bila-bila..

Anda cuma perlu menanggung kos projek orang lain..

Anda yang mengeluarkan duit, orang lain yang kaya raya...

Masih lagi mau jadi kontraktor???


Wednesday, May 18, 2011

Orang Melayu Cuma Nak Cepat Dapat Duit... Skim 1




Apa benar orang Melayu ni cuma nak cepat dapat duit?

Tak kiralah macamana sekalipun asalkan bulan-bulan masyukkk...

Kekadang sanggup berhutang dgn kekawan, ambil personal bank loan, gadai kereta & rumah asalkan tiap-tiap bulan duit masyukkkkkkk...

Itu yang majoriti nak..

Duit Masyukkk.. tanpa usaha..

Ibarat CASH machine..


Skim 1 - Pak Man Telo

Bermula dari trend Pak Man Telo sampailah sekarang... kalau ada individu atau syarikat yang offer keuntungan 7% sebulan selama 48 bulan, maka berduyun duyunlah orang Melayu akan memohon...

Apakan tidaknya, ayat ayat manis yang diucap oleh si agen ibarat menyusung bantal pada orang yang tengah mengantuk..

Cuba lihat Table di bawah.. Katakan anda masuk RM100,000.00 dan dapat 7% sebulan selama 48bulan atau 4 tahun ..

Berapa anda akan dapat pada penghujung 48 bulan ?

Alahaiii.. patutlah pun ramai yang masuk... mungkin saya pun tergugat sama..

Bulan

7% setahun

Keuntungan

1

7,000.00

(93,000.00)

2

14,000.00

(86,000.00)

3

21,000.00

(79,000.00)

4

28,000.00

(72,000.00)

5

35,000.00

(65,000.00)

6

42,000.00

(58,000.00)

7

49,000.00

(51,000.00)

8

56,000.00

(44,000.00)

9

63,000.00

(37,000.00)

10

70,000.00

(30,000.00)

11

77,000.00

(23,000.00)

12

84,000.00

(16,000.00)

13

91,000.00

(9,000.00)

14

98,000.00

(2,000.00)

15

105,000.00

5,000.00

16

112,000.00

12,000.00

17

119,000.00

19,000.00

18

126,000.00

26,000.00

19

133,000.00

33,000.00

20

140,000.00

40,000.00

21

147,000.00

47,000.00

22

154,000.00

54,000.00

23

161,000.00

61,000.00

24

168,000.00

68,000.00

25

175,000.00

75,000.00

26

182,000.00

82,000.00

27

189,000.00

89,000.00

28

196,000.00

96,000.00

29

203,000.00

103,000.00

30

210,000.00

110,000.00

31

217,000.00

117,000.00

32

224,000.00

124,000.00

33

231,000.00

131,000.00

34

238,000.00

138,000.00

35

245,000.00

145,000.00

36

252,000.00

152,000.00

37

259,000.00

159,000.00

38

266,000.00

166,000.00

39

273,000.00

173,000.00

40

280,000.00

180,000.00

41

287,000.00

187,000.00

42

294,000.00

194,000.00

43

301,000.00

201,000.00

44

308,000.00

208,000.00

45

315,000.00

215,000.00

46

322,000.00

222,000.00

47

329,000.00

229,000.00

48

336,000.00

236,000.00


Fuyoooo... Anda akan dapat RM 236,000.00 pada penghujung 48bulan.

Kalau ada yang bergolok gadai dengan bank, pada kiraanya, akan selesailah pinjaman yang dibuat pada penghujung bulan yang ke 14 atau 1 tahun 2 bulan.

Selepas bayar loan, yang meminjam pun akan tersenyumlah sehingga dari bulan 15 hinggalah ke bulan 48...

Katakanlah anda cuma ada RM25,000.00.. Apa kah pula pulangan anda?

Jom kita main kira-kira jap..

Bulan

7% setahun

Keuntungan

1

1,750.00

(23,250.00)

2

3,500.00

(21,500.00)

3

5,250.00

(19,750.00)

4

7,000.00

(18,000.00)

5

8,750.00

(16,250.00)

6

10,500.00

(14,500.00)

7

12,250.00

(12,750.00)

8

14,000.00

(11,000.00)

9

15,750.00

(9,250.00)

10

17,500.00

(7,500.00)

11

19,250.00

(5,750.00)

12

21,000.00

(4,000.00)

13

22,750.00

(2,250.00)

14

24,500.00

(500.00)

15

26,250.00

1,250.00

16

28,000.00

3,000.00

17

29,750.00

4,750.00

18

31,500.00

6,500.00

19

33,250.00

8,250.00

20

35,000.00

10,000.00

21

36,750.00

11,750.00

22

38,500.00

13,500.00

23

40,250.00

15,250.00

24

42,000.00

17,000.00

25

43,750.00

18,750.00

26

45,500.00

20,500.00

27

47,250.00

22,250.00

28

49,000.00

24,000.00

29

50,750.00

25,750.00

30

52,500.00

27,500.00

31

54,250.00

29,250.00

32

56,000.00

31,000.00

33

57,750.00

32,750.00

34

59,500.00

34,500.00

35

61,250.00

36,250.00

36

63,000.00

38,000.00

37

64,750.00

39,750.00

38

66,500.00

41,500.00

39

68,250.00

43,250.00

40

70,000.00

45,000.00

41

71,750.00

46,750.00

42

73,500.00

48,500.00

43

75,250.00

50,250.00

44

77,000.00

52,000.00

45

78,750.00

53,750.00

46

80,500.00

55,500.00

47

82,250.00

57,250.00

48

84,000.00

59,000.00


Mak aiii... RM59,000.000..... dengan tak buat apa apa pung....

Adakah perkara-perkara di atas satu realiti atau satu mitos?

Jika anda orang yang terawal masuk YA, anda akan dapat imbuhan seperti di atas tetapi selalunya tidak lama.

Anda mungkin akan berhenti dapat keuntungan pada tahun yang kedua..

Kenapa?

Rasanya anda pun tahu.. tapi macam tak nak ambil pusing..

Alaah.. tak payah lagi ambil tahu.. janji masyukk...

Kalu tak masyukkk aku belasah agen tu..

Bila dah hangit.. anda pun mulalah keluarkan bab-bab agama..

Ayat - ayat yang popular dah hangus dan hangit ---

aku pun dah letih ngadap polis.. asyik dalam siasatn je alasan nya.. bila nk settle pun x tahu.. ikut hati nk ku santau je ko ... bior muntah2 darah.. gambor kau pun aku ada.. chis..!!!

btul tu... ikutkan hati mmg nk wat gtu... tp, nk wat camana, kita msh bpegang pada agama... halal haram...


Mulalah menyiasat yang si agen hingga ke lubang cacing..

Agen IC pun depa boleh siasat.. lepas tu siap lagi tampal kat Forum..

Jangan kata IC agen, gambar agen dengan anak bini pun depa dok tampal dalam FORUM..

Siap lagi gambar kawin sedara mara si agen ambil gambar bersama pun ditampalnya kat FORUM..

Kekadang tu sanggup tu supply nama anak bini si agen, siapa nama, umur berapa , sekolah kat mana, kerja kat mana.. peehhh...

Yang tak sedap tu bila depa ungkit bab agama...

Kenapa nak ungkit bab agama?

Bisnes dapat peratusan komisen tanpa sebarang usaha adalah tidak dibenarkan dalam agama.

Jadi bila nak ingatkan si agen mengenai bab agama siap lagi gambar kubur dan keranda nampak gayanya si agen tu tetap seperti biasa..

Kenapa?

Dari awal lagi bisnes ini tidak dibenarkan oleh agama.

Yang nak masuk juga, bila dah hangus, be gentleman.. janganlah mengamuk..

Kecuali anda berhutang dengan sedara mara atau kekawan..

Hangitlah anda..

Bila jumpa di Hari Raya, dah tak macam hari raya lagi.. ..

Sedara mara dok perli kiri kanan..

Anda terasa seolah oleh sedara mara dok menjeling kat anda..

Kawan jangan cakaplah..

Habis anda dimaki hamun dari atas sampai ke bawah..

Habis semua alat alat sulit disebut macam jampi serampah..

Apa anda boleh buat?

Anda cuma mampu berkata ...

Tipah Tertipu bang...