Ini adalah extreme case yang dilakukan oleh seorang sub-kontraktor di Kuantan, Pahang.
Beliau menggunakan excavator beliau untuk menghalang pintu keluar masuk ke tapak pembinaan projek kerajaan dengan alasan main contractor gagal membuat payment sejak beberapa bulan yang lalu.
Ini adalah salah satu cabaran yang dialami oleh semua yang menjalankan perniagaan sendiri.
Masalah payment atau pembayaran yang berdasarkan pada "back-to-back".. iaitu pembayaran akan dilakukan setelah pihak kerajaan membuat pembayaran terlebih dahulu.
Yang untung besar adalah main contractor.
Cuma perlu dapatkan kontrak.
Yang mengeluarkan peluh , keringat dan duit untuk pembinaan projek adalah sub-kontraktor.
Alahaii... syoknya jadi main kontraktor..
Jadilah kontraktor yang mempunyai "technical-know-who".. dan bukannya "technical-know-how"..
Anda ada kepakaran tetapi tidak ada "know-who".. siapalah anda...
Anda mahukan rezeki yang bersih anda jadilah sub kontaktor sampai bila-bila..
Anda cuma perlu menanggung kos projek orang lain..
Anda yang mengeluarkan duit, orang lain yang kaya raya...
Masih lagi mau jadi kontraktor???
Kalau nak tengok contoh yang besar dan tersuluh kes ni, cobalah tanya sub kontraktor kepada anak syarikat Alam Teknokrat(SKALI) yang dapat kontrak berjuta-juta 200 juta lebih dari EPU, secara direct nego untuk projek web kerajaan. Sekarang ni tak bayar subkontraktor melayu,lebih dari sepuluh syarikat, siap ada yang tutup kedai. Macam ni la main con Melayu, duit masuk tak bayar subcon. Mana pergi Ibrahim Ali, yang nak tolong melayu dengan PERKASA.
ReplyDelete