Monday, February 21, 2011

Bisnes Partner - Si Hitam Manis atau Si Putih..


Anda memerlukan bisnes partner?

Untuk apa anda memerlukan bisnes partner ?

a. Untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda?
b. Sekadar teman berbicara dan teman berbincang mengenai bisnes?
c. Mencari bisnes partner yang mempunyai modal ?
d. Mencari bisnes partner yang mempunyai kenalan luar biasa?


Apa apa pun alasan anda, pasti kan bisnes partner anda tidak "menduakan" anda..

Kekadang anda curah kepercayaan penuh pada bisnes parner anda tapi bisnes partner anda lebih cerdik dari anda dan mempunyai agenda tersendiri yang lebih terserlah..

Apa yang patut anda lakukan?

Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan... cuma anda perlu monitor bisnes partner anda...


Untuk keadaan menjadi lebih menyebelahi anda.. anda buatlah surat perjanjian dengan "scope of work" masing-masing.. .

Jika pada waktu tempuh yang ditetapkan "Scope of Work" tidak ditepati atau bisness off target.. secara otomatik terbatal lah bisness alliance anda...

Rasanya ini lebih mudah dan lebih professional...








Thursday, February 17, 2011

Buat Bisnes Jangan Pinjam Bank.. Guna OPM..



Apakah itu OPM?

Saya perhatikan ramai yang berniaga menggunakan konsep OPM, agak berjaya juga dalam bisnes malah terlebih berjaya pun ada..

Malah bagi saya mereka ini adalah orang-orang yang cukup pintar sehingga orang lain sanggup memberikan kepercayaan pada mereka-mereka ini.

OPM didalam Bahasa Inggeris adalah Other's People Money


Apakah maksud OPM yang sebenar?

Maksud yang terlebih mudah adalah anda menggunakan duit orang lain untuk memulakan perniagaan anda..

Bagi pihak anda pula, anda cuma perlukan idea yang bernas dan pandai berkata-kata untuk menyakinkan orang lain agar memberi duit mereka pada anda untuk anda kembangkan dan diberi pulangan yang lumayan.

Dalam erti kata lain.. anda cuma perlukan air liur saja..

Dengan konsep OPM, anda tidak perlu membayar interest pada sesiapa dan monthly installment pun tiada.

Jika bisnes tidak menjadi, anda cuma perlu berkata " Apa nak buat.. dah tak boleh jalan.. dah takdir".. he he he

Jika anda ingin berniaga internet tapi tiada modal pusingan, anda request pembeli anda membayar produk yang ingin dibeli terlebih dahulu. Jadi selepas pembeli membuat pembayaran, anda sudahpun mendapat keuntungan terlebih dahulu walaupun barang yang ditempah belum lagi dihantar pada si pembeli.

Bisnes OPM yang paling popular adalah konsep Pak Man Telo..

Anda masih ingat lagi Pak Man Telo? Bijak orang nya..

Apa lagi bisnes yang boleh digunakan OPM ini?

Anda ada produk yang hebat dan memerlukan modal pusingan untuk mengembangkan bisnes anda.

Apa yang perlu anda lakukan?

Anda buat pakej perniagaan.. anda tawarkan mereka produk hebat anda

a. Pakej RM50,000.00
b. Pakej RM15,000.00
c. Pakej RM 3,000.00

Tapi masa marketing anda tokok tambah ayat yang berikut ...

"Abang ambil Pakej RM50,000.00.. abang tak perlu berniaga... biar kami yang berniaga untuk abang... lepas tu tiap-tiap bulan abang akan dapat keuntungan 8%.. Amacam bang? Semua ni legal bang.. ada surat perjanjian lagi"...

Mau ke tak mau?

Anda rasa ramai tak orang Melayu akan join OPM ni?

Disclaimer -- Achtung -- Artikel ini tiada hubungkait antara yang mati dan hidup. Hanyalah sekadar luahanrasa semata-mata...









Monday, February 14, 2011

Tip Untuk FACEBOOK 1

Anda baru terperasan yang facebook anda cuma disiarkan kawan-kawan yang selalu anda ber 'chat'?

Anda mempunyai beribu kawan berfacebook tetapi kenapa kawan-kawan yang selalu anda chat saja yang keluar di facebook anda?

Mana perginya kekawan yang lain-lain?

Kenapa mereka senyap je?

Tak kan kekawan yang lain tak log in facebook mereka dan menulis di wall mereka ?

Ini adalah kerana "setting" otomatik yang dilakukan oleh FACEBOOK..

Untuk mengubah setting ini anda perlu berbuat demikian :-

a. Scroll paling bawah pada FACEBOOK anda
b. Perhatikan "Edit Option" yang ada disebelah bawah paling kanan
c. Tekan "Edit Option"
d. Tukar Edit Option kepada " All your friends and pages"
e. Tekan SAVE..

Itu saja yang anda perlu lakukan.


Seminar Kerjaya & Peluang Perniagaan Dalam Bidang FIBER OPTICS

Seminar Kerjaya & Peluang Perniagaan Dalam Bidang FIBER OPITCS & Tips Memulakan Bisnes Pada Kos Minima

FEES :-
PROMOTION PRICE
RM 80.00 per person

(Tea-breaks & lunch NOT inclusive)
___________________________________

Apa yang akan dipelajari ?

Kenapa Fiber Optik
Aplikasi Menarik Fiber Optik
Fiber Optik dan Komponen
Pengguna Fiber Optik di Malaysia
Prospek Fiber Optik di Malaysia
Kerjaya Fiber Optik
Peluang Bisnes Fiber Optik
Lesen Perniagaan Yang Diperlukan PKK, MOF, CIDB
Kos Permulaan ( Manpower & Equipment)
Bagaimana Memulakan Bisnes pada Kos Minima
Kenali Pesaing & Sahabat Anda
Meminimakan Kos dan Memaksimumkan Keuntungan


Light demo on fiber optics tools & equipment :-
Fiber Identifier, Fiber Talkset , Power Meter & Light Source , Splicing Machine,

Pendaftaran

Untuk berdaftar sila email ke fiberbaya@gmail.com atau tekan butang email di bawah

a. Nama Anda
b. HandPhone anda
c. Email Anda.

Maklumat pembayaran akan diemailkan pada anda.



Lokasi -

No. 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
For direction please click MAPS to BAYATECH

Less than 10 minutes bus ride T301 from Wangsa Maju LRT..

Untuk tempat tinggal yang berdekatan dengan lokasi kursus, dicadangkan





4Days Fiber Optics Course for BUSINESS


4Days Fiber Optics Course for BUSINESS / ENTERPRENEUR

Kursus akan dijalankan dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia & English

Tarikh -

7hb - 10hb March 2011

atau

28hb - 31hb March 2011

atau 4 x Ahad

13hb March, 20hb March, 27hb March dan 3hb April 2011


HARI PERTAMA

10am – 12.30pm

Kenapa Fiber Optics

Applikasi Menarik Fiber Optik

Jenis Kabel Fiber Optik (Indoor & Outdoor)

Komponen-Komponen Fiber Optik ( Indoor & Outdoor)

2pm – 4.30pm

Asas Fiber Optik Schematic Diagram / Layout

Melihat Pemasangan Kabel Fiber Optik (Indoor &Outdoor)

Q & A

Hari KEDUA

10am – 12.30pm

Penyediaan Fiber Optik Kabel (Video)

Cara Pemasangan Fiber Optik Kabel (Indoor & Outdoor)

Penamatan / Fiber Termination (Indoor & Outdoor)

Penyambungan Fiber Optics (Fusion Splicing & Mechanical Splicing)

2pm – 4.30pm

Hands-On / Praktikal

Penyambungan Fiber Optics (FUSION Splicing Machine)

Mechanical Splicing ( Video)

Q & A

Hari KETIGA

10am – 12.30pm

Testing & Commissioning of Fiber Optics Link

( Theoretical vs Measured Data)

Basic OTDR & its theory

Maintenance & Trouble Shooting

Documentation

2pm – 4.30pm

Hands-On / Praktikal

OTDR

Visual Fault Locator

Power Meter & Light Source

Fiber Identifier

Fiber Optics Talk Set

Q & A

Hari KEEMPAT

10am – 12.30pm

Peluang Bisnes Fiber Optik

Lesen Perniagaan Yang Diperlukan PKK, MOF, CIDB

Kos Permulaan ( Manpower & Equipment)

Kenali Pesaing & Sahabat Anda

Site Survey & Costing

Meminimakan Kos dan Memaksimumkan Keuntungan

Cara untuk Dapatkan Quotation (Local & Overseas Suppliers)

Cara untuk Quote pada Clients

2pm – 4.30pm

Hands-On / Praktikal

Anda akan diberi layout pemasangan fiber optic kabel.

Tugas anda adalah :-

  1. Pesediaan Bill of Quantity & Estimate
  2. Pengiraan Kos dan Keuntungan / Kerugian
  3. Quote pd Client setelah anda menerima quotations dari suppliers

Q&A

Yuran - RM 1,980.00 untuk syarikat *** RM 1,100.00 untuk individu*** (offer valid March 2011 ONLY)
Termasuk makan & minum
Termasuk Ujian Kompetensi Fiber Optics dengan MCMC..

Lokasi -

No. 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
For direction please click MAPS to BAYATECH

Less than 10 minutes bus ride T301 from Wangsa Maju LRT..

Untuk tempat tinggal yang berdekatan dengan lokasi kursus, dicadangkan


Untuk maklumat lanjut email fiberbaya@gmail.com atau layari Kursus 4Hari Fiber Optics for BUSINESS

Please Stop Embarrassing Us, Son...



An Arab student wrote an email to his father..

Dear Dad,

Berlin is wonderful.

People here is nice and I really like it here.




But Dad, I am a bit ashamed to arrive at my college with my pure gold Ferrari 599GTV
when all my teachers and many fellows students travel by train.

Your Son,

Nasser.

The next day, Nasser gets a reply from his father,


My Dear Son,

Twenty Million US Dollar has just been transferred to your account.
Please stop embarassing us.
Go and get yourself a train too..

Your Dad...


Sunday, February 13, 2011

7 tahun Makmur, 7 tahun Kemarau

Sentiasalah kita ingat dalam minda kita akan pesanan Nabi Allah Yusof a.s. - 7 tahun makmur 7 tahun kemarau..
Apakah yang dimaksudkan dengan 7 tahun makmur dan 7 tahun kemarau ?



Maksudnya senang saja.

Dalam menikmati kesenangan dan kemewahan yang diperolehi sekarang ingatlah sentiasa akan kesukaran dan kesulitan yang pasti akan menyusul tanpa disedari.

Samada kita berbisnes sendiri atau makan gaji, kita selalu alpha akan kemewahan dan kesenangan yang kita nikmati.

Kita selalu lupa hukum alam yang telah ditetapkanNya.

Di dunia ini hukum alam telah menetapkan apa yang naik pasti akan turun atau dalam omputihnya -



Segala kemewahan dan kesulitan pasti milikNya sahaja.

Apakah bukti 7 tahun makmur dan 7 tahun kemarau?

Masa saya tamat pengajian tahun 1988 ekonomi Malaysia tengah merudum.



Dan ekonomi Malaysia merudum lagi pada tahun 1998 hasil dari krisis matawang.



Pada tahun awal 2008 dunia mengalami lagi ekonomi runcing hasil dari krisis sub-prima yang bermula di US.

Apakah masih awal untuk diperkatakan ekonomi akan merudum lagi pada tahun 2018??

Ianya cuma 7 tahun dari sekarang.....

Apakah 2011 tanda bermulanya pemulihan ekonomi?

Beringatlah kita sentiasa....

Saturday, February 12, 2011

Bila Keuntungan Melebihi Segala-Galanya..


Di tapak tiang besar gajah sekarang ini dahulu terdapat tiang TNB yang dipasang dengan talian fiber optics , kalau tak silap, dari Kedai Tenaga Taman Melawati ke sub-station TNB yang berhampiran.

Sekarang tiang tu dah sujud ke bumi dek pembinaan tiang besar gajah tersebut.

Kurang pasti samada kontraktor pembinaan tersebut sudah mendapat kebenaran dari TNB ke tidak sebelum tiang tersebut dijatuhkan sebegini rupa..

Tapi rasa-rasanya tiada kebenaran..



Oleh kerana tiada tindakan dari TNB hingga masa kini, adalah selamat diambilkira line komputer dari Kedai Tenaga Taman Melawati ke Bangsar(?) untuk sistem komputeran TNB masih lagi berfungsi dengan baik..


Kalau tidak masakan TNB tidak ambil tindakan.

Kalau line komputeran tu rosak rasanya mahu satu TNB dari Bangsar datang melawat..

Nak tahu kenapa?

SEBAB nya macamana nak buat pembayaran bil TNB kat Kedai Tenaga di Taman Melawati sebab line komputer tak boleh nak akses.. rugi besar TNB..

Harap-harap orang TNB yang dok lalu lalang kat MRR2 nak ke pejabat TNB di Taman Melawati, singgah lah sebentar tengok-tengok apa yang patut... kerja kan kontraktor pembinaan tu habis habisan... he he he..







Friday, February 11, 2011

NO Plastic Day - Mat Bangla, Indon & Myanmar mesti Frust...


Setiap hari Sabtu diisytiharkan hari bebas plastik.

Pada hari ini sahajalah, setiap beg plastik akan dikenakan bayaran ekstra 20 sen satu jika anda membeli belah di Carrefour, Giant, Tesco , Jaya Jusco, UO & 7-11. Untuk mengelakkan dikenakan bayaran, anda dicadangkan membawa bekas membawa barangan dapur sendiri.

Jika anda malas nak bawa sendiri, bertukarlah membeli belah barangan dapur pada hari lain.

Jika diamati sejak kebelakangan ini, jumlah yang membeli belah pada hari Sabtu semakin berkurangan.

Jadi untuk mengelak kekurangan jumlah pembeli pada hari Sabtu, Carrefour, UO dan yang lain-lain menyediakan kotak-kotak kosong secara percuma pada setiap pembeli sebagai pengganti beg plastik.

Selalunya kotak-kotak kosong ini dikumpul dan dijual semula oleh pekerja-pekerja asing supermarket pada kadar RM1 setiap kotak kosong yang tidak digunakan lagi. Disinilah agaknya pekerja-pekerja asing ini mencari income lebih untuk menambah pendapatan bulanan mereka.



Apabila supermarket-supermarket ini memberi kotak-kotak kosong secara percuma pada setiap pembeli pada hari Sabtu, nampak gayanya Mat Bangla, Mat Indon & Mat Myanmar mesti gigit jari..." income aku bulan ni dah jadi kurenggggggg.... "

Wednesday, February 9, 2011

Penangan FACEBOOK - You Love Me , I Love You?



I love you
You love me
We are happy family





Itu adalah ungkapan karakter Barney & Kawan-kawan khusus untuk anak-anak.

Apakah kaitannya dengan FACEBOOK? Ianya berkait-kait sebenarnya...


Anda sepasang suami isteri yang saling mempercayai antara satu sama lain? Maklumlah dah lama bersama, tentu dah tahu perangai masing-masing..

Bagaimana pula jika sepasang suami isteri ini membuka akaun facebook?
Adakah si suami akan add isteri sebagai kawan?
Adakah si isteri akan add suami sebagai kawan?
Atau kerana saling mempercayai antara satu sama lain si suami dan si isteri berkata tak perlu.
You mind your own business. I mind my own business. We trust each other.

Jika begitu, adakah anda sebagai seorang suami merasa tidak sedap hati apabila balik ke rumah si isteri masih lagi ber facebook tak habis habis.. Si suami pun sama juga... bila tengah malam dia pulak sama ber facebook..

Adakah anda akan mengintip facebook isteri anda?
Dengan siapa dia bersembang?
Siapakah kawan-kawannya?
atau
Adakah anda akan berusaha untuk mengintip isteri anda dengan memeriksa "history" facebook isteri anda ?

Apabila anda si suami memeriksa "history" facebook isteri, anda terjumpa pulak si isteri berchatting dengan lelaki lain.. maka keluar lah diruang facebook " I love you"..

Si suami terpegun?

Si isteri pun sama juga seperti si suami. Minta kawan-kawan baik add friend untuk si suami. Maka si isteri pun memulakan penyiasatan...
Si suami pun sama dengan si isteri.... bersembang di ruang facebook macam orang bujang..

Si isteri terpegun?

Akhir sekali kedua-dua nya mencari dan menyimpan bukti di facebook akan ketidakjujuran antara satu sama lain..

Apa yang berlaku akhirnya?

Perang dunia ke empat bermula dengan masing-masing menuduh antara satu sama lain berlaku curang dan salinan ruang chatting facebook dikemukakan sebagai menyokong pertuduhan..

Emphhh... jadi elakkanlah perkara ini terjadi pada anda sepasang suami isteri.

Add lah suami menjadi kawan isteri dan si suami add lah isteri menjadi kawan.

Jika ada kekawan lelaki si isteri menulis di ruang facebook perkara-perkara yang tidak sepatut di tulis, maka si suami tulis lah ".. ehem ini suaminya tengah berchatting"

Kalau ada kekawan perempuan si suami tergedik-gedik di ruang facebook suami, si isteri mainkanlah peranan...












Tuesday, February 8, 2011

Win - Win Situation atau simply RASUAH??





Dalam mengharungi bisnes deals samada swasta atau kerajaan kita akan berjumpa dengan berbagai-bagai manusia.

Ada yang berambut hitam.
Ada yang berambut putih.
Dan ada pula yang bertudung..

Ada yang berkulit sawo matang.
Ada yang berkulit putih macam telur rebus.
Dan ada pula berkulit hitam tapi walaupun hitam tetap dipandang manis.

Bila dah lama sangat berurusan dengan manusia-manusia ni kekadang tengok di dahi mereka pun kita dah boleh agak mamat ni nak sesuatu ni...

Ada yang terus cakap kat kita.
Ada yang malu-malu gitu.
Ada yang berbelit-belit.
Dan ada yang " harap-harap you faham apa I maksud kan"

Sesetengah orang kata kalau client nak komisen itu lah win-win situation.. dia ambil something kita bagi dia something.. ok la tu.. dia dapat sikit , kita pun dapat..

Ada pulak sesetengah tu kita quote RM80,000.00 ..
dia pun minta diskaun 20%..
kita pun bagi..
Bila dapat PO harga maintain RM80,000.00...
Tapi itu 20% saya punya tau... he he he

Ada orang kata bagi komisen tu tak dosa.
Sebab dia minta pendapat Tok Guru dia.
Tok Guru kata ok .. tak ada hal..
Sebab Tok Guru kata kalu semua orang bagi
Komisen macam tak ada apa-apa..
Pehhh... Tok Guru .. Tok Guru...

Walauu apa apa pun..
Itulah RASUAH namanya
Cuma RASUAH ditukar nama
Agar sinonimnya lebih enak dialunkan..

Cerita diatas tiada kena mengena samada yang hidup atau dah mati.. cuma rekaan semata-semata.. sekadar penghibur di waktu malam..









Monday, February 7, 2011

Ada orang lupa dia berhutang



Dalam menjalankan bisnes sendiri hampir 10 tahun , macam-macam sudah saya alami. Berbagai-bagai jenis manusia sudah saya ketemui dan kenali.

Ada yang eksyen bukan main.
Ada yang humble tak menentu.

Tapi yang pasti yang berhutang mesti lupa pasal hutang.

Kata-kata yang selalu didengari kalu kita ingatkan hutang dia --

" eh eh eh bila pulak aku berhutang dengan kau "
" bila masa aku ambil barang dengan kau ni"
" ada anta invois?"
" eh bila kau anta barang kat aku?.. Nanti aku cek ngan budak aku dulu"

Yang paling klasik --

" Aku ni hidup aman damai selama ni tak pernah aku berhutang dengan orang"

Yang paling kelakar --

" Bila kau dah tenat.. macam-macam cerita kau buat !!! "

He he he .. biasalah kan..

Kita kalu berhutang dengan orang, orang akan ingatkan kita sampai hari-hari SMS & call mintak hutang.. tapi kalu dia berhutang dengan kita... kussss semangat dia boleh lupa selamba alam jee... lamanya tu dia hutang kita tu.. 10 tahun bang...

Ramai kekawan saya yang macam tu..

Bila saya tutup syarikat yang pertama, saya dah tak boleh nak collect hampir RM250,000.00.. antu-antu ni semuanya dah hilang.. Bila kita jumpa lagi selepas 10 tahun... eh eh eh.. hidup lagi rupanya antu antu ni..

Tak pulak saya call mangkuk-mangkuk ni hari-hari kolek hutang.. kalu saya tahu cam ni jadinya dari dulu saya dah appoint "debt collector".. tak pun "debt collector" yang terpampang dalam banner ni..



Disclaimer :- Achtung!!! -- Saya tak bertanggungjawab ya jika tuan-tuan dan puan-puan call nombor yang tertera dalam banner tu... tapi yang pasti itu bukan nombor saya..

p/s tapi kalu dah cuba khidmat orang tu.. jangan lupa ya share dengan saya.. he he he..


Kalu ada sesapa yang berhutang dan berhajat dipermudahkan bayar hutang bacalah doa-doa berikut - tak kira lah hutang dengan manusia ke, bank ke, kad kredit ke, along ke.. etc...



Jomlah kita mencapai financial freedom..
tak perlu buat bisnes berhutang..
biar bank sujud kat kita jangan kita sujud kat bank mintak duit....




Sunday, February 6, 2011

Kursus Bajet Fiber Optics 2Hari


Untuk yang bajet conscious, disediakan Kursus Installation, Splicing, Testing, Commissioning, Maintanance, Troubleshooting & Emergency Restoration selama 2 Hari sahaja..

Apa yang akan anda pelajari ? -

Kursus akan dijalankan dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia & English

What will you learned?


Fiber Optics & Applications

Fiber Optics Cables Construction & Components
Fiber Optics Schematic Diagram, Bill Of Quantity & Costing
How to Quote and Request to Quote
Installation of Outdoor & Indoor Fiber Optics
Fusion Splicing & Mechanical Splicing of Fiber Optics

Proper Testing & Commissioning and Handing Over to Client

Routine Maintenance & TroubleShooting of Fiber Optics
Emergency Restoration and Documentation

plus light demo on kegunaan peralatan fiber optics seperti

a. splicing machine
b. OTDR
c. Fiber Identifier
d. Power Meter & Light Source
e. Visual Fault Locator
f. Fiber Optics Talk Set

Fees untuk Kursus Bajet Fiber Optics 2 Hari

PROMOTION PRICE --- RM 380.00 per person
(Tea-breaks & lunch NOT inclusive)

Lokasi

No. 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
For direction please click MAPS to BAYATECH

Less than 10 minutes bus ride T301 from Wangsa Maju LRT..


For details please call 017 500 3384


Untuk tempat tinggal yang berdekatan dengan lokasi kursus, dicadangkan


ROOM TYPE

RATES

Single Room

RM 55.00

Double Room

RM 72.00

Twin Sharing Room

RM 89.00

Triple Room

RM 99.00

Quadruple Room

RM 115.00






Fiber Optics FREE Seminar

Ya tuan-tuan dan puan-puan.. FREE Seminar Fiber Optics

Apa yang akan anda bakal ketahui -

a. ketahui bagaimana fiber optics di buat daripada gentian kaca
b. apakah dia applikasi-applikasi fiber optics selain daripada menghantar data, voice dan video
c. jenis fiber yang ada di pasaran
d. bagaimana memasang fiber optics dgn cara yg betul agar ianya berkekalan tanpa sebarang masalah
e. saksikan bagaimana penyambung dua kaca fiber optics di lakukan
f. sijil kompetensi fiber optics di Malaysia
g. anda ada sebarang soalan mengenai projek fiber optics?

Two sessions of FREE Fiber Optics Seminar
a. 10.00 am - 12.00 pm
b. 3.00 pm - 5.00 pm
Sabtu - 12th February 2011
Thursday - 10th February 2011

Please REGISTER to confirm attendance
---------------------------------------------------------------------
Max participants -- 18 pax
---------------------------------------------------------------------
Seminar Location
No;. 11-1, Wangsa Melawati , Kuala Lumpur
For maps please click Maps to Bayatech
_______________________________________

FREE Registration... ..
Email the following informations to us :-

" SEMINAR FO"
a. your name
b. your handphone number
c Seminar's time

to fiberbaya@gmail.com or inquiry@bayatech.com.my

Any inquiries please call 017 500 3384..

See ya at the Seminar ...

Tertinggal Anak Dalam Kereta


Saya selalu hairan akan mendengar cerita kawan-kawan yang kekadang tertinggal anak dalam kereta.... Tetapi baru-baru ni saya pulak yang berbuat demikian ....

Saya & keluarga melawat adik saya yang menjalani pembedahan pembuangan hempedu di Hospital Selayang. Sebelum saya turunkan isteri & anak-anak di lobi wad, mereka semua berpesan pada saya mengenai anak bongsu saya yg sedang tidur di belakang kereta.

Saya terus parking kereta di basemen hospital dan tanpa berfikir lagi terus naik ke tingkat 9. Sampai ke tingkat 9, anak-anak dan isteri terus bertanya "Mana Fazil?"
Saya pula bertanya balik "Fazil pergi mana?"

Masa tu lah saya terus bergegas ke parking lot basemen. Nasib baik anak saya masih tidur dan terus terjaga bila pintu kereta dibuka. Lepas tu saya di perli oleh isteri, anak-anak dan adik saya..

Sekarang ni baru saya faham, kenapa sesetengah ibu bapa tertinggal anak dalam kereta...