Monday, February 7, 2011

Ada orang lupa dia berhutang



Dalam menjalankan bisnes sendiri hampir 10 tahun , macam-macam sudah saya alami. Berbagai-bagai jenis manusia sudah saya ketemui dan kenali.

Ada yang eksyen bukan main.
Ada yang humble tak menentu.

Tapi yang pasti yang berhutang mesti lupa pasal hutang.

Kata-kata yang selalu didengari kalu kita ingatkan hutang dia --

" eh eh eh bila pulak aku berhutang dengan kau "
" bila masa aku ambil barang dengan kau ni"
" ada anta invois?"
" eh bila kau anta barang kat aku?.. Nanti aku cek ngan budak aku dulu"

Yang paling klasik --

" Aku ni hidup aman damai selama ni tak pernah aku berhutang dengan orang"

Yang paling kelakar --

" Bila kau dah tenat.. macam-macam cerita kau buat !!! "

He he he .. biasalah kan..

Kita kalu berhutang dengan orang, orang akan ingatkan kita sampai hari-hari SMS & call mintak hutang.. tapi kalu dia berhutang dengan kita... kussss semangat dia boleh lupa selamba alam jee... lamanya tu dia hutang kita tu.. 10 tahun bang...

Ramai kekawan saya yang macam tu..

Bila saya tutup syarikat yang pertama, saya dah tak boleh nak collect hampir RM250,000.00.. antu-antu ni semuanya dah hilang.. Bila kita jumpa lagi selepas 10 tahun... eh eh eh.. hidup lagi rupanya antu antu ni..

Tak pulak saya call mangkuk-mangkuk ni hari-hari kolek hutang.. kalu saya tahu cam ni jadinya dari dulu saya dah appoint "debt collector".. tak pun "debt collector" yang terpampang dalam banner ni..



Disclaimer :- Achtung!!! -- Saya tak bertanggungjawab ya jika tuan-tuan dan puan-puan call nombor yang tertera dalam banner tu... tapi yang pasti itu bukan nombor saya..

p/s tapi kalu dah cuba khidmat orang tu.. jangan lupa ya share dengan saya.. he he he..


Kalu ada sesapa yang berhutang dan berhajat dipermudahkan bayar hutang bacalah doa-doa berikut - tak kira lah hutang dengan manusia ke, bank ke, kad kredit ke, along ke.. etc...



Jomlah kita mencapai financial freedom..
tak perlu buat bisnes berhutang..
biar bank sujud kat kita jangan kita sujud kat bank mintak duit....




No comments:

Post a Comment