Saturday, February 12, 2011

Bila Keuntungan Melebihi Segala-Galanya..


Di tapak tiang besar gajah sekarang ini dahulu terdapat tiang TNB yang dipasang dengan talian fiber optics , kalau tak silap, dari Kedai Tenaga Taman Melawati ke sub-station TNB yang berhampiran.

Sekarang tiang tu dah sujud ke bumi dek pembinaan tiang besar gajah tersebut.

Kurang pasti samada kontraktor pembinaan tersebut sudah mendapat kebenaran dari TNB ke tidak sebelum tiang tersebut dijatuhkan sebegini rupa..

Tapi rasa-rasanya tiada kebenaran..



Oleh kerana tiada tindakan dari TNB hingga masa kini, adalah selamat diambilkira line komputer dari Kedai Tenaga Taman Melawati ke Bangsar(?) untuk sistem komputeran TNB masih lagi berfungsi dengan baik..


Kalau tidak masakan TNB tidak ambil tindakan.

Kalau line komputeran tu rosak rasanya mahu satu TNB dari Bangsar datang melawat..

Nak tahu kenapa?

SEBAB nya macamana nak buat pembayaran bil TNB kat Kedai Tenaga di Taman Melawati sebab line komputer tak boleh nak akses.. rugi besar TNB..

Harap-harap orang TNB yang dok lalu lalang kat MRR2 nak ke pejabat TNB di Taman Melawati, singgah lah sebentar tengok-tengok apa yang patut... kerja kan kontraktor pembinaan tu habis habisan... he he he..







1 comment:

  1. Untuk pengetahuan tuan, kabel optik (LMF) tersebut sudah lama tidak dapat digunakan lagi atas sebab2 kerosakan yang berlaku akibat pembangunan dikawasan Desa Setapak berhampiran Pencawang Masuk Utama Wangsa Maju dan kerosakan yang berterusan pada kabel tersebut akibat pemasangan papan iklan gergasi adalah di dalam pengetahuan pihak kami juga.

    Pihak kami dalam peroses merombak dan membersih kabel tersebut.

    Terima Kasih diatas keprihatinan tuan

    | zainundin hj tawang | comm technical executive | IDO - central - kl - ict | TNB

    | ' 603. 8921 8674|

    ReplyDelete