I love you
You love me
We are happy family
Itu adalah ungkapan karakter Barney & Kawan-kawan khusus untuk anak-anak.
Apakah kaitannya dengan FACEBOOK? Ianya berkait-kait sebenarnya...
Anda sepasang suami isteri yang saling mempercayai antara satu sama lain? Maklumlah dah lama bersama, tentu dah tahu perangai masing-masing..
Bagaimana pula jika sepasang suami isteri ini membuka akaun facebook?
Adakah si suami akan add isteri sebagai kawan?
Adakah si isteri akan add suami sebagai kawan?
Atau kerana saling mempercayai antara satu sama lain si suami dan si isteri berkata tak perlu.
You mind your own business. I mind my own business. We trust each other.
Jika begitu, adakah anda sebagai seorang suami merasa tidak sedap hati apabila balik ke rumah si isteri masih lagi ber facebook tak habis habis.. Si suami pun sama juga... bila tengah malam dia pulak sama ber facebook..
Adakah anda akan mengintip facebook isteri anda?
Dengan siapa dia bersembang?
Siapakah kawan-kawannya?
atau
Adakah anda akan berusaha untuk mengintip isteri anda dengan memeriksa "history" facebook isteri anda ?
Apabila anda si suami memeriksa "history" facebook isteri, anda terjumpa pulak si isteri berchatting dengan lelaki lain.. maka keluar lah diruang facebook " I love you"..
Si suami terpegun?
Si isteri pun sama juga seperti si suami. Minta kawan-kawan baik add friend untuk si suami. Maka si isteri pun memulakan penyiasatan...
Si suami pun sama dengan si isteri.... bersembang di ruang facebook macam orang bujang..
Si isteri terpegun?
Akhir sekali kedua-dua nya mencari dan menyimpan bukti di facebook akan ketidakjujuran antara satu sama lain..
Apa yang berlaku akhirnya?
Perang dunia ke empat bermula dengan masing-masing menuduh antara satu sama lain berlaku curang dan salinan ruang chatting facebook dikemukakan sebagai menyokong pertuduhan..
Emphhh... jadi elakkanlah perkara ini terjadi pada anda sepasang suami isteri.
Add lah suami menjadi kawan isteri dan si suami add lah isteri menjadi kawan.
Jika ada kekawan lelaki si isteri menulis di ruang facebook perkara-perkara yang tidak sepatut di tulis, maka si suami tulis lah ".. ehem ini suaminya tengah berchatting"
Kalau ada kekawan perempuan si suami tergedik-gedik di ruang facebook suami, si isteri mainkanlah peranan...
amalkan untuk mengenali semua kawan pasangan anda..adalah lebih baik jika menjadi family friends.
ReplyDelete