Monday, March 21, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri? Perlu Pejabat ke tak perlu pejabat?


Dalam proses memulakan bisnes mungkin anda terfikir..

" Perlu pejabat ke atau tidak perlu lagi?"
" Macamana dengan pendaftaran Kementerian Kewangan?"
" Macamana pula nak tulis alamat kat bisnes kad?"
" Nak meeting kat mana nih?"
" Macamana pula jika client nak datang meeting?"

dan macam-macam lagi persoalan yang terlintas didalam kepala anda..

Walaubagaimanapun jawapannya ada pada jenis bisnes yang bakal anda jalankan..

Umpamanya jika anda target bisnes utama anda adalah jabatan-jabatan kerajaan ( seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dll agensi kerjaaan ) memandangkan anda punyai ramai kekawan di sana, jadi anda tiada pilihan kerana kriteria utama pendaftaran denganKementerian Kewangan adalah mempunyai pejabat. Anda juga diminta menyertakan salinan surat sewa pejabat semasa pendaftaran kelak.

Tapi perlukah anda menyewa pejabat yang sebenar pada permulaan menjalankan bisnes?

Jawapan anda mungkin cuma perlu menyewa alamat perniagaan pada 12 bulan yang pertama. Anda juga diminta mencari penyewa alamat perniagaan yang bersetuju menandatangai surat sewa pejabat .

Jika bisnes utama adalah adalah jual beli melalui internet atau secara konvensional, anda mungkin cuma perlu beroperasi dari rumah sahaja.

Cuma anda pastikan tempat kerja anda di rumah anda berasingan dari bilik tidur . Jika tidak anda akan bekerja sambil tidur atas katil....


Wednesday, March 9, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri? Masih tertanya-tanya bisnes apa?


Ramai yang tertanya-tanya nak buat bisnes apa?

Ada juga yang minta pendapat di forum-forum... alamatnya siaplah dengan berbagai-bagai jenis bisnes diutarakan dari ais krim goreng hinggalah ke pakaian dalam wanita..

Ceburi bisnes yang anda mempunyai skill atau kemahiran atau "gut feeling" atau anda tahu selok belok sesuatu produk ataupun kemahiran..

Tapi anda mungkin tertanya-tanya "Skill apa yang aku ada?"...

Semua orang nak bisnes maju dalam sekelipan dan tiada siapa yang mahu bisnes maju ibarat si kura-kura..

Kalau boleh esok start bisnes, lusa dah pakai Mercedes..

Dalam bisnes tiada jalan pintas.. Semua orang akan lalui zaman makmur dan zaman kemarau..

Perhatikan mereka yang billionaire seperti Bill Gates.. dia kaya kerana menciplak software sekutunya..

Jepun makmur kerana menciplak dan memperbaiki mutu produk America..

Owner Facebook jadi kaya raya kerana menciplak idea kekawannya..

Apakah "moral of the story" ?

Usah tertanya-tanya.. jawapannya ada pada ANDA..











Tuesday, March 8, 2011

Wanita...


SELAMAT HARI WANITA...

CANTIK JELITA
Semuga semua wanita muslim, terutama isteri saya dan anak-anak dara saya agar sentiasa menjaga kesihatan agar sentiasa menawan dan ditawan, sihat walafiat, dipertingkatkan keimanan & ketaqwaan dan dilimpah ruah dengan rezeki yang halal dan baik ... AMIN..

Monday, March 7, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri ? Bersedialah Mengumpul Musuh Bisnes!!



Ya. Bukannya bisnes saingan malahan musuh bisnes.

Jika ianya bisnes saingan anda mungkin lagi boleh bersembang-sembang kosong tapi musuh bisnes sukar untuk dibawa berunding.

Malah bagi mereka dunia bisnes adalah hak mutlak kepunyaan mereka.

Jadi kalu ada sesiapa berhajat nak mulakan bisnes kena minta permisi dari mereka terlebih dahulu.

Itulah yang saya alami apabila saya menceburi bisnes pada awalnya.

Mereka-mereka ini kurang faham mengenai konsep perdagangan bebas ataupun mereka ini tidak mahu diganggu "comfort zone" mereka.

Tetapi alangkah baiknya jika mereka ini mempamirkan diweb mereka nama pelanggan-pelanggan mereka dengan amaran tertulis "Ini pelanggan saya... jangan dikacau"

Jadi senanglah untuk kita memahami dan tak perlu lah kita berbalah-balah dan bermusuh-musuh.

Dunia ini luas. Rezeki ada dimana-mana. Cuma kita perlu pohon dan berpegang pada Nya sahaja.

Apa yang perlu anda buat jika ketemu dengan orang-orang seperti ini?

Perlu meminta maaf?

Tidak perlu sebenarnya. Cuma kita perlu yakin, berdoa dan bertawakal.










Wednesday, March 2, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri ? Bersedialah Kehilangan Kekawan




Dalam memulakan bisnes sendiri, mungkin anda mengharapkan bantuan dari kawan-kawan yang anda kenali selama ini. Anda sangka anda
kenal dan rapat pada mereka..

Mungkin anda tidak mengharapkan bantuan wang ringgit dari mereka tetapi anda mungkin cuma mengharapkan sokongan moral dari mereka.

Tetapi ramai dari mereka yang tersalah anggap.

Apabila anda menyatakan niat untuk berbisnes sendiri akan ada kalangan kekawan yang menganggap anda memerlukan bantuan dari mereka.

Andaikata kawan rapat anda seorang "Project Manager" di sebuah syarikat telekomunikasi yang ternama di Malaysia.

Dan anda pula menyatakan hasrat anda menceburi dalam bidang pengkabelan, jangan terkejut jika anda call dia lagi sekali lagi mungkin panggilan anda sudah tidak dijawab atau jika dijawab umpama mahu tidak mahu bercakap.

Kerana apa?
  1. Kawan anda takut anda mengecek projek dari dia..
  2. Kawan anda tidak selesa mungkin anda akan meminta bantuan darinya
  3. Kawan anda tidak mahu anda mengacau susunan projek organisasinya...
  4. Kawan anda tidak yakin anda boleh berjaya..
Ada juga kekawan yang hendak menolong tetapi apabila melihat
anda memandu Proton Saga model lama, kekawan anda pun hilang dari pandangan anda.

Bukan apa.. persepsi orang Melayu, kalu berbisnes sekadar Proton model lama alamatnya tidak berjaya.

Ada juga kekawan yang secara sinis memperkecilkan kebolehan anda berniaga dari segi kewangan mahupun dari segi pengurusan anda.

Ada juga yang bakal kata "Tak sesuai sekarang.. Ekonomi tak bagus"..

Walau apapun jua alasan anda untuk berbisnes sendiri, pastikan anda tidak mengharapkan kekawan anda bakal sudi menolong anda.

Ada juga yang akan mengucapkan "Tahniah".. "Semuga Berjaya" dan lepas tu pun mereka pun akan hilang jua...


Dalam bisnes kekadang kita memerlukan rakan yang boleh berkongsi idea dan tempat meluahkan perasaan dan tidak secara langsung cuma perlu sokongan
moral dari seorang yang bernama RAKAN.. tetapi ramai antara mereka yang tersalah anggap....




Carilah contact bisnes sendiri dan mulakanlah perniagaan anda dengan yakin & bertawakal..






Tuesday, March 1, 2011

Cermin Mata Rayban -- Rayban Glassess




Min. order quantity - 30 pcs ( 10 pcs for each model)
Price -- USD 15 per pcs or RM50 satu ex Kuala Lumpur
Delivery - 7 - 14 days
Payment Term - 100% Prepaid.

For ordering please indicate Rayban Model and email your inquiry to baya68@gmail.com

Untuk tempahan nyatakan Rayban Model dan email pada baya68@gmail.com..
Maklumat




Rayban 80140311

Rayban 33700312

Rayban 70600313

Rayban 70150314

Rayban 43160315

Rayban 34200316

Rayban 34040317

Rayban 31460318


Rayban 30250319



Min. order quantity - 30 pcs ( 10 pcs for each model)
Price -- USD 15 per pcs or RM50 satu ex Kuala Lumpur
Delivery - 7 - 14 days
Payment Term - 100% Prepaid.

For ordering please indicate Rayban Model and email your inquiry to baya68@gmail.com

Untuk tempahan nyatakan Rayban Model dan email pada baya68@gmail.com..
Maklumat