Ya. Bukannya bisnes saingan malahan musuh bisnes.
Jika ianya bisnes saingan anda mungkin lagi boleh bersembang-sembang kosong tapi musuh bisnes sukar untuk dibawa berunding.
Malah bagi mereka dunia bisnes adalah hak mutlak kepunyaan mereka.
Jadi kalu ada sesiapa berhajat nak mulakan bisnes kena minta permisi dari mereka terlebih dahulu.
Itulah yang saya alami apabila saya menceburi bisnes pada awalnya.
Mereka-mereka ini kurang faham mengenai konsep perdagangan bebas ataupun mereka ini tidak mahu diganggu "comfort zone" mereka.
Tetapi alangkah baiknya jika mereka ini mempamirkan diweb mereka nama pelanggan-pelanggan mereka dengan amaran tertulis "Ini pelanggan saya... jangan dikacau"
Jadi senanglah untuk kita memahami dan tak perlu lah kita berbalah-balah dan bermusuh-musuh.
Dunia ini luas. Rezeki ada dimana-mana. Cuma kita perlu pohon dan berpegang pada Nya sahaja.
Apa yang perlu anda buat jika ketemu dengan orang-orang seperti ini?
Perlu meminta maaf?
Tidak perlu sebenarnya. Cuma kita perlu yakin, berdoa dan bertawakal.
No comments:
Post a Comment