Dalam memulakan bisnes sendiri, mungkin anda mengharapkan bantuan dari kawan-kawan yang anda kenali selama ini. Anda sangka anda
kenal dan rapat pada mereka..
Mungkin anda tidak mengharapkan bantuan wang ringgit dari mereka tetapi anda mungkin cuma mengharapkan sokongan moral dari mereka.
Tetapi ramai dari mereka yang tersalah anggap.
Apabila anda menyatakan niat untuk berbisnes sendiri akan ada kalangan kekawan yang menganggap anda memerlukan bantuan dari mereka.
Andaikata kawan rapat anda seorang "Project Manager" di sebuah syarikat telekomunikasi yang ternama di Malaysia.
Dan anda pula menyatakan hasrat anda menceburi dalam bidang pengkabelan, jangan terkejut jika anda call dia lagi sekali lagi mungkin panggilan anda sudah tidak dijawab atau jika dijawab umpama mahu tidak mahu bercakap.
Kerana apa?
- Kawan anda takut anda mengecek projek dari dia..
- Kawan anda tidak selesa mungkin anda akan meminta bantuan darinya
- Kawan anda tidak mahu anda mengacau susunan projek organisasinya...
- Kawan anda tidak yakin anda boleh berjaya..
Ada juga kekawan yang hendak menolong tetapi apabila melihat
anda memandu Proton Saga model lama, kekawan anda pun hilang dari pandangan anda.
Bukan apa.. persepsi orang Melayu, kalu berbisnes sekadar Proton model lama alamatnya tidak berjaya.
Ada juga kekawan yang secara sinis memperkecilkan kebolehan anda berniaga dari segi kewangan mahupun dari segi pengurusan anda.
Ada juga yang bakal kata "Tak sesuai sekarang.. Ekonomi tak bagus"..
Walau apapun jua alasan anda untuk berbisnes sendiri, pastikan anda tidak mengharapkan kekawan anda bakal sudi menolong anda.
Ada juga yang akan mengucapkan "Tahniah".. "Semuga Berjaya" dan lepas tu pun mereka pun akan hilang jua...
Dalam bisnes kekadang kita memerlukan rakan yang boleh berkongsi idea dan tempat meluahkan perasaan dan tidak secara langsung cuma perlu sokongan
moral dari seorang yang bernama RAKAN.. tetapi ramai antara mereka yang tersalah anggap....
Carilah contact bisnes sendiri dan mulakanlah perniagaan anda dengan yakin & bertawakal..
No comments:
Post a Comment