Dalam proses memulakan bisnes mungkin anda terfikir..
" Perlu pejabat ke atau tidak perlu lagi?"
" Macamana dengan pendaftaran Kementerian Kewangan?"
" Macamana pula nak tulis alamat kat bisnes kad?"
" Nak meeting kat mana nih?"
" Macamana pula jika client nak datang meeting?"
dan macam-macam lagi persoalan yang terlintas didalam kepala anda..
Walaubagaimanapun jawapannya ada pada jenis bisnes yang bakal anda jalankan..
Umpamanya jika anda target bisnes utama anda adalah jabatan-jabatan kerajaan ( seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dll agensi kerjaaan ) memandangkan anda punyai ramai kekawan di sana, jadi anda tiada pilihan kerana kriteria utama pendaftaran denganKementerian Kewangan adalah mempunyai pejabat. Anda juga diminta menyertakan salinan surat sewa pejabat semasa pendaftaran kelak.
Tapi perlukah anda menyewa pejabat yang sebenar pada permulaan menjalankan bisnes?
Jawapan anda mungkin cuma perlu menyewa alamat perniagaan pada 12 bulan yang pertama. Anda juga diminta mencari penyewa alamat perniagaan yang bersetuju menandatangai surat sewa pejabat .
Jika bisnes utama adalah adalah jual beli melalui internet atau secara konvensional, anda mungkin cuma perlu beroperasi dari rumah sahaja.
Cuma anda pastikan tempat kerja anda di rumah anda berasingan dari bilik tidur . Jika tidak anda akan bekerja sambil tidur atas katil....
No comments:
Post a Comment