Monday, April 25, 2011

Syarikat ALIBABA


Adakah ianya merujuk pada www.alibaba.com ?

Bukan. Bukan yang itu.

Saya rujuk pada syarikat alibaba hasil kreatif orang-orang di Malaysia.

Apakah yang sebenarnya syarikat alibaba ini?

Syarikat alibaba bercambah sejak Kerajaan Malaysia memperkenalkan undang-undang yang hanya membenarkan sesetengah kontrak kerajaan hanya boleh diperolehi oleh orang-orang Melayu atau kaum Bumiputera.

Orang-orang bukan Melayu juga tidak mahu ketinggalan dalam memperolehi kontrak yang dikhususkan khas untuk kaum Bumiputera. Jadi mereka pun memikirkan cara yang kreatif untuk tidak ketinggalan.

Jadi apa yang mereka lakukan?

Mereka menubuhkan sebuah syarikat bumiputera. Yang mana kesemua pemegang saham dan pengarah syarikat terdiri dari orang-orang bumiputera contohnya Mamat dan Minah. Tetapi pada hakikatnya syarikat ini adalah milik si Ah Chong.

Jadi macamana si Ah Chong nak pastikan yang duit keluar masuk sentiasa dalam genggaman Ah Chong?

Tidak dinafikan si Mamat adalah sole cheque signatory. Tetapi untuk memastikan Ah Chong sentiasa alert akan aliran wang keluar masuk, si Mamat akan disuruh menandatangani cek-cek kosong. Iaitu chek ditandatangani dahulu oleh si Mamat tetapi amaun wang dibiarkan kosong. Walaupun kepingan cek itu mempunyai 100 helai keping cek, si Mamat akan tetap menandatangani cek-cek tersebut dan menyerahkan buku cek tersebut pada simpanan si Ah Chong.

Untuk memastikan Si Mamat dan Si Minah tidak menyeleweng pengurusan syarikat dari segi AGM atau mesyuarat tahunan atau menyediakan resolusi yang tidak sepatutnya, si Ah Chong akan terlebih dahulu memilih Company Secretary yang akan memihak sepenuhnya pada si Ah Chong. Segala resolusi syarikat adalah atas arahan si Ah Chong sahaja.

Inilah yang dinamakan Syarikat Alibaba. Pada dasarnya nampak macam syarikat orang Melayu tetapi pada hakikatnya segalan urusan syarikat dikawalselia sepenuhnya oleh si Ah Chong.

Mudah bukan?

Apakah lagi cara lain yang boleh dipanggil bisnes Alibaba?

Satu cara lagi lebih mudah. Mungkin si Ah Chong tidak pening kepala. Tetapi cuma perlu meletak kepercayaan sepenuhnya pada Mamat dan Minah.

Katakan Mamat dan Minah hak milik sebuah syarikat sepenuhnya yang mana si Ah Chong tiada mempunyai apa-apa kaitan.

Si Ah Chong akan menggunakan syarikat Mamat dan Minah dalam memasuki tender yang mana kesemua kos penyediaan tender disediakan sepenuhnya oleh si Ah Chong.

Jika syarikat Mamat dan Minah ditakdirkan berjaya memperolehi tender ini, Si Mamat dan Minah akan menyerahkan sepenuhnya pada si Ah Chong untuk menjayakan implementasi projek tersebut. Segala kewangan dari segi penyediaan tender bon, insuran, tender deposit, pengurusan tenaga kerja dan lain-lain akan ditanggung sepenuhnya oleh si Ah Chong termasuk pembelian barang-barang dari luar negara. Diringkaskan, si Ah Chong adalah banker pada si Mamat dan Minah.

Jadi apa Mamat dan Minah dapat?

Selalunya mereka akan diberi habuan mendapat komisen dari 3% - 10% dari total harga tender tersebut.

Jika jumlah tender yang dimenangi oleh Mamat dan Minah berjumlah RM100 juta , maka Mamat dan Minah akan mendapat untung atas angin sebanyak RM10juta manakala RM90 juta lagi akan diserahkan bulat-bulat pada si Ah Chong...

Begitulah hakikatnya.. Samada benar atau tidak cuma empunya badan yang tahu..





Wednesday, April 13, 2011

Law of Friendship..



Anda ada sahabat ?

Soalan mudah ini akan dijawab dengan begitu mudah sekali oleh semua orang kerana ramai antara kita mempunyai kumpulan sahabat masing-masing.

Kalau sahabat meminta pertolongan dari kita untuk berbuat sesuatu pasti kita tidak akan teragak-agak untuk membantu kerana anda menganggap dia adalah sahabat anda.

Begitu juga sebaliknya, jika anda meminta bantuan dari sahabat anda sudah pasti sahabat anda akan sudi untuk membantu anda. Kenapa sahabat anda berbuat demikian?

Kerana anda berdua adalah sahabat baik.

Jika ada seseorang yang anda tidak kenali muncul di depan anda dan meminta bantuan atau pertolongan sudah pasti anda tidak teragak-agak untuk tidak berbuat apa-apa.

Tetapi jika jiran anda yang datang meminta bantuan sudah pasti anda akan membantu sedaya upaya anda.

Konsep yang sama juga anda gunakan untuk mencari pelanggan ketika anda menjalankan perniagaan anda. Anggaplah pelanggan anda sebagai seorang sahabat karib anda.

Dan bantulah pelanggan anda sebaik mungkin untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan anda yang anda adalah sahabat mereka dan bukan sekadar ingin menjual produk atau perkhidmatan pada mereka.



Bila persahabatan sudah terjalin,sudah pasti pelanggan anda akan menaruh kepercayaan pada anda tanpa sebarang syak wasangka.

Inilah salah satu cara mudah untuk anda menambah pelanggan setia anda dari sehari ke sehari. Bila persahabatan sudah terjalin, sudah pasti anda akan diberi kepercayaan untuk berjumpa atau berkenalan dengan sahabat-sahabat mereka yang lain.








Saturday, April 2, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri? Buatlah Bisnes Yang Anda Berkebolehan

Apakah yang dimaksudkan "Buatlah Bisnes Yang Anda Berkebolehan" ?

Maksudnya ialah ceburilah bidang perniagaan yang anda mempunyai kebolehan atau kemahiran selari dengan minat anda.

Usah berbisnes ikut kawan.


Kawan jual karipap instant, kita pun nak ikut sama. Ini kerana kita nampak kawan berniaga maju menjual karipap instant maka kita pun akan ik
ut sama.. tapi kita lupa - kawan kita ada kemahiran menghasilkan sendiri resipi karipap instant tapi kita cuma mengharapkan orang lain buat untuk kita.



Sebab itu Bill Gates berjaya dalam perniagaannya. Beliau mempunyai minat dalam bidang komputeran. Itulah kemahiran utama beliau.

Andaikata Bill Gates terlibat dalam bidang manipulasi kewangan seperti George Soros, kemungkinan besar beliau akan gagal kerana Bill Gates tidak mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan.


Andaikata George Soros memulakan bidang komputeran dari bawah, beliau juga mungkin gagal kerana beliau tidak mempunyai kemahiran yang selari dengan minat beliau.

Jadi berbisneslah selari dengan minat dan kemahiran anda.
Kemahiran mungkin boleh dicari dan dipelajari TETAPI minat datangnya dari dalaman seseorang.




Friday, April 1, 2011

Anda Ingin Bisnes Sendiri? Banyakkanlah Membaca Buku-Buku Mereka yang Berjaya


Kalau kita membaca buku-buku mengenai mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan di persada antarabangsa, majoriti kejayaan mereka ini bermula dari langkah kosong.

Mereka menaiki tangga kejayaan dengan menapak dari satu anak tangga ke satu anak tangga yang lain.
Umpamanya SONY.. apabila founder SONY memulakan perniagaan beliau tidak tahu jenis apa perniagaan yang harus dimulakan tetapi beliau nekad dengan mengambil beberapa jurutera untuk merekacipta produk elektronik.

Kegagalan demi kegagalan beliau alami sehinggalah pada suatu hari jurutera-jurutera SONYsecara tidak sengaja ter "design" transistor yang paling kecil pada masa itu.

Dari situlah terciptanya WALKMAN.



Begitu juga dengan dengan 2 orang jurutera yang baru habis tamat pengajian kejuruteraan yang bernama Hewlet dan Packard.

Mereka juga tidak tahu jenis perniagaan yang harus mereka mulakan tetapi mereka juga nekad tidak mahu makan gaji. Design awal mereka adalah mencipta "urinal basin" iaitu tempat orang lelaki kencing berdiri... Dari kegagalan lah mereka mencipta kejayaan.

Kegagalan mereka untuk mencapai kejayaan harus kita jadikan satu motivasi pada kita untuk berjaya.

Tidak semestinya mereka yang mempunyai sekeping ijazah boleh memulakan bisnes sendiri. Yang penting adalah bekalan kemahiran, kreativiti dan minat untuk memulakan perniagaan.


Perhatikan Bill Gates umpamanya. Beliau tidak habis belajar hingga ke peringkat sekolah menengah. Tetapi dengan kemahiran & kreativiti beliau, beliau berjaya dalam industry yang menghasilkan berbillion dollar setahun untuk Microsoft.

Tetapi dinafikan juga beliau jugak menciplak design orang lain untuk menambahkan lagi kejayaan Microsoft...

Hanya saudara saudari saja yang boleh menilai maksud yang tersirat & tersurat di sanubari saudara saudari sekelian..