Wednesday, April 13, 2011

Law of Friendship..



Anda ada sahabat ?

Soalan mudah ini akan dijawab dengan begitu mudah sekali oleh semua orang kerana ramai antara kita mempunyai kumpulan sahabat masing-masing.

Kalau sahabat meminta pertolongan dari kita untuk berbuat sesuatu pasti kita tidak akan teragak-agak untuk membantu kerana anda menganggap dia adalah sahabat anda.

Begitu juga sebaliknya, jika anda meminta bantuan dari sahabat anda sudah pasti sahabat anda akan sudi untuk membantu anda. Kenapa sahabat anda berbuat demikian?

Kerana anda berdua adalah sahabat baik.

Jika ada seseorang yang anda tidak kenali muncul di depan anda dan meminta bantuan atau pertolongan sudah pasti anda tidak teragak-agak untuk tidak berbuat apa-apa.

Tetapi jika jiran anda yang datang meminta bantuan sudah pasti anda akan membantu sedaya upaya anda.

Konsep yang sama juga anda gunakan untuk mencari pelanggan ketika anda menjalankan perniagaan anda. Anggaplah pelanggan anda sebagai seorang sahabat karib anda.

Dan bantulah pelanggan anda sebaik mungkin untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan anda yang anda adalah sahabat mereka dan bukan sekadar ingin menjual produk atau perkhidmatan pada mereka.



Bila persahabatan sudah terjalin,sudah pasti pelanggan anda akan menaruh kepercayaan pada anda tanpa sebarang syak wasangka.

Inilah salah satu cara mudah untuk anda menambah pelanggan setia anda dari sehari ke sehari. Bila persahabatan sudah terjalin, sudah pasti anda akan diberi kepercayaan untuk berjumpa atau berkenalan dengan sahabat-sahabat mereka yang lain.








No comments:

Post a Comment