Adakah ianya merujuk pada www.alibaba.com ?
Bukan. Bukan yang itu.
Saya rujuk pada syarikat alibaba hasil kreatif orang-orang di Malaysia.
Apakah yang sebenarnya syarikat alibaba ini?
Syarikat alibaba bercambah sejak Kerajaan Malaysia memperkenalkan undang-undang yang hanya membenarkan sesetengah kontrak kerajaan hanya boleh diperolehi oleh orang-orang Melayu atau kaum Bumiputera.
Orang-orang bukan Melayu juga tidak mahu ketinggalan dalam memperolehi kontrak yang dikhususkan khas untuk kaum Bumiputera. Jadi mereka pun memikirkan cara yang kreatif untuk tidak ketinggalan.
Jadi apa yang mereka lakukan?
Mereka menubuhkan sebuah syarikat bumiputera. Yang mana kesemua pemegang saham dan pengarah syarikat terdiri dari orang-orang bumiputera contohnya Mamat dan Minah. Tetapi pada hakikatnya syarikat ini adalah milik si Ah Chong.
Jadi macamana si Ah Chong nak pastikan yang duit keluar masuk sentiasa dalam genggaman Ah Chong?
Tidak dinafikan si Mamat adalah sole cheque signatory. Tetapi untuk memastikan Ah Chong sentiasa alert akan aliran wang keluar masuk, si Mamat akan disuruh menandatangani cek-cek kosong. Iaitu chek ditandatangani dahulu oleh si Mamat tetapi amaun wang dibiarkan kosong. Walaupun kepingan cek itu mempunyai 100 helai keping cek, si Mamat akan tetap menandatangani cek-cek tersebut dan menyerahkan buku cek tersebut pada simpanan si Ah Chong.
Untuk memastikan Si Mamat dan Si Minah tidak menyeleweng pengurusan syarikat dari segi AGM atau mesyuarat tahunan atau menyediakan resolusi yang tidak sepatutnya, si Ah Chong akan terlebih dahulu memilih Company Secretary yang akan memihak sepenuhnya pada si Ah Chong. Segala resolusi syarikat adalah atas arahan si Ah Chong sahaja.
Inilah yang dinamakan Syarikat Alibaba. Pada dasarnya nampak macam syarikat orang Melayu tetapi pada hakikatnya segalan urusan syarikat dikawalselia sepenuhnya oleh si Ah Chong.
Mudah bukan?
Apakah lagi cara lain yang boleh dipanggil bisnes Alibaba?
Satu cara lagi lebih mudah. Mungkin si Ah Chong tidak pening kepala. Tetapi cuma perlu meletak kepercayaan sepenuhnya pada Mamat dan Minah.
Katakan Mamat dan Minah hak milik sebuah syarikat sepenuhnya yang mana si Ah Chong tiada mempunyai apa-apa kaitan.
Si Ah Chong akan menggunakan syarikat Mamat dan Minah dalam memasuki tender yang mana kesemua kos penyediaan tender disediakan sepenuhnya oleh si Ah Chong.
Jika syarikat Mamat dan Minah ditakdirkan berjaya memperolehi tender ini, Si Mamat dan Minah akan menyerahkan sepenuhnya pada si Ah Chong untuk menjayakan implementasi projek tersebut. Segala kewangan dari segi penyediaan tender bon, insuran, tender deposit, pengurusan tenaga kerja dan lain-lain akan ditanggung sepenuhnya oleh si Ah Chong termasuk pembelian barang-barang dari luar negara. Diringkaskan, si Ah Chong adalah banker pada si Mamat dan Minah.
Jadi apa Mamat dan Minah dapat?
Selalunya mereka akan diberi habuan mendapat komisen dari 3% - 10% dari total harga tender tersebut.
Jika jumlah tender yang dimenangi oleh Mamat dan Minah berjumlah RM100 juta , maka Mamat dan Minah akan mendapat untung atas angin sebanyak RM10juta manakala RM90 juta lagi akan diserahkan bulat-bulat pada si Ah Chong...
Begitulah hakikatnya.. Samada benar atau tidak cuma empunya badan yang tahu..
No comments:
Post a Comment