Sunday, June 26, 2011

Hati Hati Beli Barang dari China







Tidak dinafikan pembelian barang-barang dari China dapat menjimatkan kos. Secara tidak langsung ianya dapat meminimamkan kos pembelian dan sebaliknya memaksimum keuntungaan anda. 


 Tetapi dalam keghairahan memaksimamkan keuntungan anda , pembelian secara "online" harus tidak dipandang ringan kerana Anda tidak mengenali penjual anda apatah lagi untuk bersemuka disebabkan jarak yang jauh. Jika sampel produk diberi oleh penjual, tidak semestinya penjual akan menghantar barang seperti sampel produk yang diberikan pada anda. Berisiko yang amat tinggi jika anda mengirim wang dalam amaun yang besar tanpa terlebih dahulu mengenali penjual dari China 


Apakah yang boleh anda lakukan untuk meminimamkan risiko tinggi pembelian secara "online" dari negara China ini? Anda harus meminta contoh atau sampel produk dari mereka. Selalunya sample produk akan diberi secara percuma tetapi kos penghantaraan akan ditanggung oleh pihak pembeli atau dalam kes adalah pihak anda. Setelah berpuas hati dengan contoh atau sampel yang diberi anda harus "negotiate" mengenai harga. Lagi besar kuantiti yang dibeli maka harga jual akan menjadi lebih murah.. 


Sebelum anda membuat "telegraphic transfer" sejumlah wang yang besar ke negara China, anda harus bersemuka dahulu dengan penjual. Tujuannya mengenali penjual secara individu dan tidak secara langsung melihat keujudan pejabat atau kilang yang dimilikinya. Anda harus ingat apa yang anda lihat dan nampak di website tidak semestinya melambangkan keutuhan sesebuah syarikat. Ada yang meletak gambar kilang yang dimiliki dalam website, walhal kilang itu bukan miliknya. 


Kos tambang kapal terbang dari Kuala Lumpur ke China adalah semakin hari semakin murah. Anda boleh pergi kesana samada melalui Air Asia atau Malaysian Airlines mahupun lain-lain sistem penerbangan yang lain yang dapat mengurangkan kos tambang kapalterbang.Faktor bahasa merupakan isu utama dalam berkomunikasi di China kerana cuma segelintir sahaja yang pandai berbahasa Inggeris dengan baik. 


 Setelah anda rasa "comfortable" dengan penjual anda, pastikan semasa "loading" barang-barang yang dijual pada anda harus berada di China semasa "loading" dijalankan. Ini untuk memastikan barang yang dihantar sama seperti sampel. Adalah lebih penting anda berada di China apabila amaun pembelian agak besar kerana di China semua urusan pembelian adalah di dalam US Dollar. 


Apabila anda sudah rasa comfortable dengan penjual anda barulah pembelian yang kedua atau ketiga atau seterusnya boleh dibeli atas dasar kepercayaan yang sudah terjalin. Anda harus teliti dengan pembelian barang-barang dari China terutamanya dari segi kualiti. 


 Secara kesimpulannya anda harus berhati-hati dan pastikan anda sudah melawat penjual anda di China termasuk melihat kilang dan pejabat yang dimiliki atau diduduki sebelum anda membuat urusan jual beli dalam amaun yang besar. **********************************************************************************
 A FACTORY owner was cheated when he bought goods worth almost RM500,000 from a website recently. Tan Chong Chew, 48, whose factory manufactures thermoplastic road marking material in Kota Damansara, said he ordered four containers of hydrocarbon resin for making road marking from three companies in China only to receive fake and inferior material. “My company has been importing this material from China for almost 10 years from one supplier. The usual supplier had to stop production for maintenance of the factory for a few months.

“We cannot stop production as there is a demand here so we had to source from other suppliers,” he said. Tan said he had asked the companies to send specimens of the material before making the purchase. “The specimen they sent was genuine and we paid a 30% deposit to confirm the order and paid the rest once the goods were on board the ship. “When we received the product, they were not the material we ordered,” he said, adding that the material he received was inferior such as bitumen.

Tan said after receiving all the goods, he tried to negotiate with the suppliers, however, the three companies denied sending the wrong product. “Two of the companies agreed to compensate assuring me they would deduct from future purchases and told me to place another order,” he said. Tan said he went to China twice to complain to the authorities only to find that the address given by the suppliers were non-existent. Segambut MP Lim Lip Eng, who accompanied the victim at the press conference, urged people to be more careful when buying products on the internet. “We have to always check with the relevant authorities and confirm whether it is a genuine supplier before making a purchase,” he said. “I will try to highlight this case to the Chinese embassy in Malaysia and the police,” he added. -

The Star Monday 26th September 2011..

Saturday, June 25, 2011

Sebutharga...



Dalam proses anda berbisnes..

Sudah pasti anda akan menghantar sebutharga...

Tak kira samada yang swasta atau gomen..

Anda kira top 3 dalam sebutharga anda..

Anda dipanggil untuk "negotiate" harga..

Anda quote untuk kerja-kerja sebanyak RM65,000.00

Negotiate punya negotiate anda beri diskaun sehingga RM15,000.00

Itu pun cuma kos perkhidmatan saja..

Anda balik tersenyum..

Kerana anda pasti kerja-kerja tersebut dalam tangan anda..

Esok pagi anda diberitahu ada PO sudah masuk..

Anda bekejar ke pejabat nak tengok PO..

Yes.. PO dah masuk ...

Tapi kenapa harga RM65,000.00????

Anda tertanya-tanya..

Anda pun call yang buat PO..

Boss.. kenapa RM65,000?

Bukan RM50,000 ?

Yang tukang buat PO kata ...

Ya. Betul la tu.. RM65,000...

You sudah setuju beri diskaun RM15,000

Itu RM15,000 saya punya maaaaaaaa....

Anda terkedu..

Kalau lah anda tahu..

Anda beri sikit je diskaun..

Ha ha ha ha..

Anda ingat anda smart?

Depa lagi smart dari anda......

Friday, June 24, 2011

Technical Know How VS Technical Know Who

Transparency International Malaysia (TI-M) sudah isu press statement..

Katanya amat penting penganugerahan kontrak kerajaan dibuat secara telus..

Kontrak yang mana satu tu?

Kontrak dari Prasarana Negara Berhad untuk extension LRT di Kelana Jaya RM 675 juta..

Prasarana Negara Berhad anugerah kontrak pada Konsortium CCU..

CCU - CMC Engineering + Colas + Uniway Konsortium..

Apa sudah jadi?

Ikut kata TI-M, dari segi technical evaluation, favored pada syarikat ABC..

Tetapi bila keluar surat anugerah, yang dapat syarikat DEF pulak..

Tetapi kita tidak pula dinyatakan oleh TI-M..

Apakah yang dimaksudkan sebagai telus?

Haruskah proses technical evaluation dan commercial evaluation di beritahu pada orang ramai?

Syarikat apa yang dapat markah tinggi dari segi technical evaluation?

Syarikat apa yang dapat markah tinggi dari segi commercial evaluation?

Kalau Syarikat ABC technical evaluation markahnya terbaik dan dari komersil mungkin mahal gila.. apa nak buat?

Kalau Syarikat DEF hantar harga paling murah dan ala kadar comply pada technical evaluation , macamana pula proses seterusnya?

Tapi macamana pula kalu technical evaluation tak sebegitu baik tapi dapat jugak surat anugerah..

Ini lah yang dinamakan Technical Know How dan Technical Know Who..

Mungkin kalau ada Technical Know How tetapi tidak ada Technical Know Who mungkin syarikat buang masa hantar tender..

Mungkin yang terbaik kalau Technical Know How dan Technical Know Who di gembeling dan diuli sampai sebati..

Kurang pasti apa yang terjadi pada Konsortium CCU..

Hanya Prasarana je yang tahu..

Tapi Prasarana pun ada boss jugak..

Isshhh.. panjang cerita ni..










Projek Kerajaan



Kontraktor Melayu diingatkan jangan terlalu bergantung pada kerajaan..

Kontraktor Melayu kena "smart" cari pelbagai lubang jenis perniagaan..

Umpamanya Pertanian, Petroleum dan Gas, Information Technology dan Multimeda..

Tapi kalu Petroleum & Gas.. Petronas yang pegang.. Kerajaan juga yang punya..

Macamana kontraktor nak cari makan...

Kalu kerajaan isu tender-tender yang besar-besar.

Yang beli tender majoriti GLCs (Government Linked Company)..

Bukankah sepatutnya GLC ni create opportunities untuk kontraktor..

Bukannya compete dengan kontraktor..

Andai kata kontraktor Melayu yang dapat tender jutaan..

Nak kerja dapat untung senang kontraktor Melayu main ali baba je..

Tak payah keluar duit pun..

Cuma guna air liur je..

Serah semua pada si Ali Baba..

Ali Baba will take care of everthing..

Dari financing sehinggalah beli material pembinaan..

Kontraktor Melayu cuma perlu pergi meeting jee..

Bila Menteri datang lawat site barulah si Melayu muncul tiba tiba..

Kalau tak , nak tengok 1 Melayu kat site pun susah..

Semuanya si Ali Baba yang kontrol...

Siapa yang untung?

Yang untung banyak si Ali Baba...

Sebab semua kaum kerabat dapat merasa limpahan rezeki..

Yang Melayu untung apa?

Untung pun banyak juga..

Tapi masalahnya 1 Melayu je yang untung..

Melayu yang lain.. tak merasa apa-apa pun..

Bila lah Melayu nak berkembang..






Keretapi Laju


Baru-baru ini China melancarkan keretapi paling laju di dunia..

Berkeupayaan untuk bergerak selaju 380km sejam..

Untuk keselamatan penumpang, keretapi laju China ini cuma dibenarkan bergerak selaju 300km sejam sahaja..

Andai kata keretapi laju ini ujud di Malaysia..

Kalau kita travel dari KL ke Johor Baru umpamanya..

Perjalanan hanya kira-kira 1 jam sahaja...

Kalau dari KL ke Penang mungkin 1 jam juga..

Jadi yang tinggal di Johor Baru atau Penang boleh bekerja di Kuala Lumpur ...

Kalau tinggal di Kuala Lumpur pun, dari rumah nak ke tempat kerja mungkin mengambil masa selama 90 minit untuk sampai ke tempat kerja..

Ada kalanya kalu jam teruk mungkin 3 jam baru sampai rumah..

Kalu naik kapalterbang dari KL ke Kuching pun dah selamat sampai..

Kalau adanya keretapi laju di Malaysia...

Bolehlah breakfast di Penang jam 1o pagi..

Lunch di Kuala Lumpur..

Makan malam di Johor Bahru...

Bila nak tidor, bolehlah balik semula ke Penang..

Tapi sayang..

Buat masa sekarang projek keretapi landasan berkembar dari Padang Besar Ke Johor..

Keretapi cuma boleh lari 120km paling maksimum..

Itu pun landasan berkembar dari Rawang ke Ipoh..

Ambil masa hampir 7 tahun baru nak siap...

Bila agaknya dari Ipoh ke Padang Besar nak siap..

Bila agaknya dari Seremban ke Gemas nak siap..

Ikut pelan pembinaan memang cantikk..

2015 semuanya dah siapp..

Tapi projek keretapi di Malaysia mana pernah ada siap on-time..

Kalau depa claim siap on time..

Itu pun sebab "projek finish date" sudah dibawa kedepan beberapa kali..

Macam-macam alasan diberi kenapa "projek finish date" di pospon berkali kali..

Akhir sekali yang empunya projek yang bersalah..

Main contractor tepuk tangan sambil tersenyum lebar..

Sebab akhirnya depa boleh claim "late delivery date" penalty..

Paling tidak pun.. VO (Variation Order)

Itu yang kontraktor dok cari...

Asal quote memang rendah..

Tapi VO punya pasal..

Kontraktor rasa legaaaaaa....

Itu orang kata..

Entah betul entah tidak..

Tanyalah main contractor..







Tuesday, June 14, 2011

Kaedah Terbaru Menyamun..


Kaedah Terbaru Menyamun.. dari akhbar The Star..

Penyamun ini agak canggih operasinya..

Siap dengan mobile phone yang terkini..

Yang dilengkapi dengan mobile broadband..

Apa yang dilakukan mereka?

Menyamar jadi customer ..

Konon-kononnya dok tunggu nombor Q..

Tapi yang sebenar nya penyamun jadi pemerhati..

Penyamun ni dok perhati sapa yang dok keluar TUNAI jumlah yang besar...

Confirm duit banyak.. maka orang yang mengeluarkan duit akan diambil gambar..

Gambar dihantar melalui mobile broadband ke kekawan penyamun yang dok tunggu di luar bank..

Kekawan penyamun yang dok kat luar dok target orang yg dalam gambar...

Confirm orangnya sama depa pun ikut orang tu dari belakang..

Tak kiralah berjalan kaki atau naik kereta..

Sampai masa & tempat yang sesuai..

Penyamun menahan orang yang dok keluar Tunai banyak..

Apa lagi..

Samun menyamun mula berlaku...

Wang yang dikeluar nak bayar gaji pekerja habis hilang..

Penyamun senyum lebar..

Pekerja hilang senyuman..

Majikan tepuk dahi...




Sunday, June 12, 2011

Practical Students - Masalah Dgn Penulisan



Tidak dinafikan ada sesetengah pelajar latihan industri yang bagus bagus.

Mereka-mereka ini lah yang mempunyai sikap ingin tahu...

Tapi sesetengah anggap diri mereka sebagai kuli majikan..

Mereka anggap majikan membuli mereka untuk pulangan elaun yang sedikit..

Tapi mereka ini majoriti ada masalah dari segi penulisan..

Terutama sekali membuat laporan harian..

Agak sukar bagi mereka merencana perjalanan harian aktivi mereka..

Katanya sudah belajar cara menulis laporan di universiti atau kolej..

Tapi kenapa masih lagi ada masalah dari segi penulisan..

Laporan harian hanya memerlukan masalah pelanggan..

Apakah yang di komplen oleh pelanggan..

Apakah solusinya?

Apakah peralatan dan perkakasan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah..

Itu pun sukar nak diluahkan dalam bentuk penulisan..

Pelajar latihan industri ingatkan majikan tak akan baca laporan bertulis..

Mereka mulalah menulis yang merepek..

Akhirnya apa yang mereka tulis pada bahagian rumusan ?

"Berhati-hati di jalanraya.. Ingatlah orang yang tersayang".....

Baguslah tuu...

Selamat Maju Jaya...





Friday, June 10, 2011

Practical Students - Cost Savings untuk Majikan



Ada beberapa buah universiti dan kolej di Malaysia yang mengkehendaki samada para pelajar Diploma atau Ijazah tahun akhir menjalani latihan industri.

Tujuannya agar latihan industri dapat mendedahkan para pelajar kepada situasi pekerjaan yang sebenar agar mereka tidak mendapat kejutan budaya ketika bekerja.

Ada sesetengah universiti atau kolej mewajibkan para pelajar mereka menjalani latihan industri ini dalam tempuh 3 bulan atau 6 bulan.

Sesetengah universiti atau kolej menyediakan buku laporan harian iaitu buku dimana setiap harian aktiviti pelajar mereka akan dicatit oleh pelajar berkenaan.

Ada juga sesetengah universiti mahupun kolej meminta para pelajar menyediakan laporan lengkap atau seperti thesis mengenai latihan industri mereka yang merangkumi jadual harian bekerja, aktitivi harian yang mereka lakukan dan sebagainya...

Pengambilan pelajar industri ini juga salah satu cara untuk majikan mengambil para pekerja pada kos yang rendah.

Umpamanya majikan boleh mengambil sehingga 5 orang pelajar industri untuk tujuan kerja-kerja di tapak pembinaan umpamanya jika majikan di bidang fiber optics, maka para pelajar industri tersebut akan membuat sendiri kerja-kerja penyambungan fiber optics, penyeliaan fiber optics dan pengtauliahan kerja-kerja fiber optics.

Konsep ini adalah lebih kurang 2 dalam 1 di mana para pelajar latihan mendapat ilmu percuma dan majikan dapat menjimatkan kos..

Masalahnya timbul bila para pelajar latihan industri ini menganggap diri mereka seolah-olah mempunyai pengalaman bekerja puluhan tahun hanya berdasarkan pada sekeping kertas yang belum lagi kepunyaan mereka.

Ada yang menganggap mereka harus dibayar gaji pada harga pasaran.

Bayangkan pelajar latihan industri yang belum tamat pembelajaran mereka

Yang masih lagi mempunyai ZERO pengalaman bekerja

Sudah demand harga pasaran untuk mereka menyertai latihan industri...

Seolah olah majikan jika hendak memberi mereka-mereka ini ilmu dan tempat latihan industri..

Harus memberi upah pada mereka terlebih dahulu...

Ada sesetengah majikan sudah bersetuju memberi tempat latihan praktikal pada si Mamat..

Mamat akan talipon majikan terlebih dahulu,..

Ingatkan nak ucap terima kasih..

Ingatkan nak tanya apakah kerja-kerja yang bakal dilakukan..

Rupa-rupanya lebih minat nak tahu berapa gaji yang dia bakal dapat..

Alahai...

Kita yang nak beri ilmu kat dia...

Rupa-rupanya kita kena bayar kat dia...

Kalu macam tu adik adik sekelian...

Carilah majikan yang lain...





Top Ten Business & Bottom Ten Business


Orang orang kat US suka buat kajian.

Dari kajian ini mereka bertindak samada ke depan atau ke belakang.

Tapi kat Malaysia jarang jarang orang-orang yang cerdik pandai ni buat kajian

Kajian US mengenai Top Ten Business dan mempunyai masa depan yang cerah

The full list is below:

SectorRevenue 2010 (in millions)Growth 2000-2010Forecast Growth 2010-2016
Voice Over Internet Protocol Providers (VoIP)$12,498194%17.4%
Wind Power$3,38816.9%11.2%
E-Commerce & Online Auctions$95,00512.2%9.4%
Environmental Consulting$18,1537.7%9.4%
Biotechnology$86,97111%9.6%
Video Games$38,6226.2%8.3%
Solar Power$692.7%7.9%
Third-Party Administrators & Insurance Claims Adjusters$57,5306.9%7.7%
Correctional Facilities$34,3739.1%7.5%
Internet Publishing & Broadcasting$32,57325.2%6.8%

Yang menarik E-Commerce & Online Auction , patutlah la boleh tahan jugak banyaknya web yang macam ni..

Rupa-rupanya ramai antara kita nak jual barang & dok cari platform yang boleh dijual beli..

Boleh tahan juga yang beli barang dari online ni..


Kajian US, mengenai bottom ten business

The full list is below:

SectorRevenue 2010 (in millions)Decline 2000-2010Forecast Decline 2010-2016Establish- ments 2010Decline 2000-2010Forecast Decline 2010-2016
Wired Telecommunications Carriers$154,096-54.9%-37.1%23,474-10.5%-15.9%
Mills$54,645-50.2%-10.0%9,553-23.6%-12.8%
Newspaper Publishing$40,726-35.9%-18.8%6,128-28.6%-17.6%
Apparel Manufacturing$12,800-77.1%-8.5%2,265-60.5%-11.3%
DVD, Game & Video Rental$7,839-35.7%-19.3%17,369-34.8%-11.2%
Manufactured Home Dealers$4,538-73.7%-62.0%3,968-56.7%-58.7%
Video Postproduction Services$4,276-24.9%-10.7%1,789-43.2%-37.8%
Record Stores$1,804-76.3%-39.7%2,916-77.4%-11.6%
Photofinishing$1,603-69.1%-39.1%7,083-59.3%-33.3%
Formal Wear & Costume Rental$736-35.0%-14.6%2,310-28.5%-17.0%

Ini adalah bisnes-bisnes secara conventional.

Nampak gayanya mereka-mereka ni kena tukar cepat teknik jualan secepat mungkin..


Thursday, June 9, 2011

E - FAX Anda boleh menerima fax di mana sahaja anda berada !!



E-Fax... anda tidak perlu lagi sewa lain Telekom
E-Fax ... anda tidak perlu lagi membeli fax mesin
E-Fax.. . fax anda akan dihantar melalui email anda
E-Fax ... cuma RM2 sehelai

Anda memerlukan perkhidmatan fax?

Anda boleh berbuat demikian dengan hanya mendaftar di sebelah sini --->>>

Anda cuma perlu berdaftar terlebih dahulu dan tick Fak Masuk sahaja...

Anda dikehendaki mendeposit RM10 sahaja dan deposit ini tidak dipulangkan pada anda

Segala fak yang masuk kos RM2 sehelai akan ditolak dari deposit anda..

Anda dikehendaki mendeposit semula RM10 jika akaun anda telah kehabisan kredit..

Fak yang masuk akan di email pada email anda yang berdaftar sahaja..

Mudah bukan untuk berbisnes....