Katanya amat penting penganugerahan kontrak kerajaan dibuat secara telus..
Kontrak yang mana satu tu?
Kontrak dari Prasarana Negara Berhad untuk extension LRT di Kelana Jaya RM 675 juta..
Prasarana Negara Berhad anugerah kontrak pada Konsortium CCU..
CCU - CMC Engineering + Colas + Uniway Konsortium..
Apa sudah jadi?
Ikut kata TI-M, dari segi technical evaluation, favored pada syarikat ABC..
Tetapi bila keluar surat anugerah, yang dapat syarikat DEF pulak..
Tetapi kita tidak pula dinyatakan oleh TI-M..
Apakah yang dimaksudkan sebagai telus?
Haruskah proses technical evaluation dan commercial evaluation di beritahu pada orang ramai?
Syarikat apa yang dapat markah tinggi dari segi technical evaluation?
Syarikat apa yang dapat markah tinggi dari segi commercial evaluation?
Kalau Syarikat ABC technical evaluation markahnya terbaik dan dari komersil mungkin mahal gila.. apa nak buat?
Kalau Syarikat DEF hantar harga paling murah dan ala kadar comply pada technical evaluation , macamana pula proses seterusnya?
Tapi macamana pula kalu technical evaluation tak sebegitu baik tapi dapat jugak surat anugerah..
Ini lah yang dinamakan Technical Know How dan Technical Know Who..
Mungkin kalau ada Technical Know How tetapi tidak ada Technical Know Who mungkin syarikat buang masa hantar tender..
Mungkin yang terbaik kalau Technical Know How dan Technical Know Who di gembeling dan diuli sampai sebati..
Kurang pasti apa yang terjadi pada Konsortium CCU..
Hanya Prasarana je yang tahu..
Tapi Prasarana pun ada boss jugak..
Isshhh.. panjang cerita ni..
No comments:
Post a Comment