Friday, June 24, 2011

Keretapi Laju


Baru-baru ini China melancarkan keretapi paling laju di dunia..

Berkeupayaan untuk bergerak selaju 380km sejam..

Untuk keselamatan penumpang, keretapi laju China ini cuma dibenarkan bergerak selaju 300km sejam sahaja..

Andai kata keretapi laju ini ujud di Malaysia..

Kalau kita travel dari KL ke Johor Baru umpamanya..

Perjalanan hanya kira-kira 1 jam sahaja...

Kalau dari KL ke Penang mungkin 1 jam juga..

Jadi yang tinggal di Johor Baru atau Penang boleh bekerja di Kuala Lumpur ...

Kalau tinggal di Kuala Lumpur pun, dari rumah nak ke tempat kerja mungkin mengambil masa selama 90 minit untuk sampai ke tempat kerja..

Ada kalanya kalu jam teruk mungkin 3 jam baru sampai rumah..

Kalu naik kapalterbang dari KL ke Kuching pun dah selamat sampai..

Kalau adanya keretapi laju di Malaysia...

Bolehlah breakfast di Penang jam 1o pagi..

Lunch di Kuala Lumpur..

Makan malam di Johor Bahru...

Bila nak tidor, bolehlah balik semula ke Penang..

Tapi sayang..

Buat masa sekarang projek keretapi landasan berkembar dari Padang Besar Ke Johor..

Keretapi cuma boleh lari 120km paling maksimum..

Itu pun landasan berkembar dari Rawang ke Ipoh..

Ambil masa hampir 7 tahun baru nak siap...

Bila agaknya dari Ipoh ke Padang Besar nak siap..

Bila agaknya dari Seremban ke Gemas nak siap..

Ikut pelan pembinaan memang cantikk..

2015 semuanya dah siapp..

Tapi projek keretapi di Malaysia mana pernah ada siap on-time..

Kalau depa claim siap on time..

Itu pun sebab "projek finish date" sudah dibawa kedepan beberapa kali..

Macam-macam alasan diberi kenapa "projek finish date" di pospon berkali kali..

Akhir sekali yang empunya projek yang bersalah..

Main contractor tepuk tangan sambil tersenyum lebar..

Sebab akhirnya depa boleh claim "late delivery date" penalty..

Paling tidak pun.. VO (Variation Order)

Itu yang kontraktor dok cari...

Asal quote memang rendah..

Tapi VO punya pasal..

Kontraktor rasa legaaaaaa....

Itu orang kata..

Entah betul entah tidak..

Tanyalah main contractor..







No comments:

Post a Comment