Ada beberapa buah universiti dan kolej di Malaysia yang mengkehendaki samada para pelajar Diploma atau Ijazah tahun akhir menjalani latihan industri.
Tujuannya agar latihan industri dapat mendedahkan para pelajar kepada situasi pekerjaan yang sebenar agar mereka tidak mendapat kejutan budaya ketika bekerja.
Ada sesetengah universiti atau kolej mewajibkan para pelajar mereka menjalani latihan industri ini dalam tempuh 3 bulan atau 6 bulan.
Sesetengah universiti atau kolej menyediakan buku laporan harian iaitu buku dimana setiap harian aktiviti pelajar mereka akan dicatit oleh pelajar berkenaan.
Ada juga sesetengah universiti mahupun kolej meminta para pelajar menyediakan laporan lengkap atau seperti thesis mengenai latihan industri mereka yang merangkumi jadual harian bekerja, aktitivi harian yang mereka lakukan dan sebagainya...
Pengambilan pelajar industri ini juga salah satu cara untuk majikan mengambil para pekerja pada kos yang rendah.
Umpamanya majikan boleh mengambil sehingga 5 orang pelajar industri untuk tujuan kerja-kerja di tapak pembinaan umpamanya jika majikan di bidang fiber optics, maka para pelajar industri tersebut akan membuat sendiri kerja-kerja penyambungan fiber optics, penyeliaan fiber optics dan pengtauliahan kerja-kerja fiber optics.
Konsep ini adalah lebih kurang 2 dalam 1 di mana para pelajar latihan mendapat ilmu percuma dan majikan dapat menjimatkan kos..
Masalahnya timbul bila para pelajar latihan industri ini menganggap diri mereka seolah-olah mempunyai pengalaman bekerja puluhan tahun hanya berdasarkan pada sekeping kertas yang belum lagi kepunyaan mereka.
Ada yang menganggap mereka harus dibayar gaji pada harga pasaran.
Bayangkan pelajar latihan industri yang belum tamat pembelajaran mereka
Yang masih lagi mempunyai ZERO pengalaman bekerja
Sudah demand harga pasaran untuk mereka menyertai latihan industri...
Seolah olah majikan jika hendak memberi mereka-mereka ini ilmu dan tempat latihan industri..
Harus memberi upah pada mereka terlebih dahulu...
Ada sesetengah majikan sudah bersetuju memberi tempat latihan praktikal pada si Mamat..
Mamat akan talipon majikan terlebih dahulu,..
Ingatkan nak ucap terima kasih..
Ingatkan nak tanya apakah kerja-kerja yang bakal dilakukan..
Rupa-rupanya lebih minat nak tahu berapa gaji yang dia bakal dapat..
Alahai...
Kita yang nak beri ilmu kat dia...
Rupa-rupanya kita kena bayar kat dia...
Kalu macam tu adik adik sekelian...
Carilah majikan yang lain...
No comments:
Post a Comment